Saturday, February 16, 2013

Musim durian dah abes




.... Dan aku tak dapat makan durian crepe :'(


1. Dah dapat bonus dan increment. Yeay! Tenkiu bos! :)
Good : Jumlah dalam akaun nampak cantik. Sejuk mata memandang. Heee.
Bad : Laju saja duit mengalir keluar bayar itu ini. Income tax pun macam fun sangat nak kena bayar.


2. Telah berjaya menghabiskan oncall yang ditetapkan untuk bulan lepas. Phew. Sangat lega. Last day oncall rasa nak buat berlari pusing keliling department lambang terlalu seronok oncall dah abes.
Good : Dah lama tak buat banyak oncall dan kes. Tak sabar tengok berapa banyak boleh dapat untuk bulan lepas $$
Bad : Prepare untuk bayar hutang. Isk isk.


3. Berjaya pecah rekod peribadi buat banyak kes secara solo dalam satu malam tanpa henti sampai subuh. HAHAHA. Tapi sayang. Aku kurang satu patient lagi untuk bagi cantik bilangan kes haritu.
Good : Masa ni semua patient sangat behave. Yang datang banyak chest xray. Woot woot.
Bad : Aku sangat mengantuk. Dapat tidur sekejap. Natijahnya, sakit kepala.


4. Sudah lali dengan pesakit mahupun relative pesakit yang impress tengok aku kerja kat deparment sorang-sorang tengah-tengah malam. KAHKAHKAH. Weeelll. *tolak rambut pergi belakang sambil buat muka kacak* Bagi aku, tak ada apa-apa pun sebab tu memang kerja aku. Takut hantu? Manusia lagi menakutkan daripada hantu. Sepanjang aku oncall dan kerja ni, tak ada pulak aku dapat kes patient datang xray sebab hantu naik basikal dan terlanggar orang sampai patah tulang tak pun jatuh longkang ke. Kalau orang langgar sampai jatuh hati? Itu kes terpencil. Ini bukan novel.
Good : Depa boleh tolong aku tolak stretcher dan angkat patient.
Bad : Bila dapat kes MVA di mana patient tak boleh gerak, tulang patah lapan dan ada dari atas sampai bawah ada papan yang support badan. Masa ni kewanitaan aku teruji bila buat kes macam ni sorang-sorang. Masa ni pergi mati tepi-tepi dengan pujian. Yang penting aku nak selesaikan kerja.


5. Aku ketagih minum susu perisa strawberry. Aku beli berdozen stok susu tu simpan dalam loker lambang rasa kena minum setiap hari. Kalau tak minum rasa macam bangun pagi tak gosok gigi.
Good : Minum susu baik untuk kesihatan.
Bad : Minum susu yang dibeli selepas sales dah abes tak baik untuk kewangan.


6. Aku rasa menyesal beli handbag baru since tu bukan taste aku. Masa pergi Al Ikhsan aku jumpa beg yang gorjes aauuww auuw aauuw. Aku menyesal. Jadi, kena lah pakai handbag yang dah beli tu sampai lebam.
Good : Beg ni boleh isi macam-macam barang. Nak seludup tepung ke beras ke anak kucing ke pun boleh.
Bad : Tak fancy. Dan bukan taste aku. Tapi still beli jugak. My bad.


8. Aku dah mula ketagih shopping online. Bahaya. Bahaya. Bahaya. Ketagih nak beli baju.
Good : Bertambah koleksi baju. Jadi baju lama boleh let go. Perlukan koleksi baju yang baru.
Bad : Berkurangan koleksi duit.


9. Walaupun demikian, aku sudah tidak ada rasa nak shopping di shopping mall. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Pergi shopping mall aku ada rasa boring. Tak tahu nak cari apa. Kalau dulu, pergi shopping kat sana macam tak bawak otak.
Good : Selamat duit aku daripada terjerumus ke arah pembaziran. Membazir itu amalan Lucifer.
Bad : Bila pergi ada saja benda yang aku nak beli. Haish. Membazir itu amalan Lucifer.


10. Aku pun sebenarnya dah ada sikit rasa ketagih nak beli mask. Baru saja memborong mask kat Etude sebab ada sales yang menggoncang keimanan dan duit.
Good : Mask kat Etude sangaaaat murah aauuww auuww. Serius.
Bad : Lepas sales dah abes, bila tengok harga rasa nak baling kedai tu dalam laut.


11. Aku jumpa Anwar Hadi!!! *pengsan* Satu hari senyum tak berhenti. Jumpa Michelle Yeoh pun aku tak rasa teruja macam jumpa Anwar. Akumasih lagi steady walaupun Michelle yeoh ada depan mata.
Good : First time jugak dia live depan mata. Aaaaaaa.
Bad : Blushing sangat. Hik hik hik.


12. Aku noob guna Itunes yang telah diupdate untuk sync lagu masuk dalam telefon. Version yang lama senang sikit nak transfer.
Good : Aku jadi malas nak bukak laptop. Jadi kurang potensi aku melagha depan laptop.
Bad : Aku jugak noob guna function lagi kat Itunes.


13. Aku sedih sekarang dah tak boleh guna Installous. Telefon kurang bermakna tanpa Installous.
Good : Memory telefon ada banyak lagi. Boleh amek gambar banyak lagi.
Bad : Tak boleh dah nak download full version apps secara percuma. Hey. Semua orang suka benda percuma. Sapa yang tak suka? Meh jumpa aku kat simpang.


14. Aku jugak noob bila nak parking kereta. Disebabkan kenooban aku tu, dah banyak kali kereta aku tersangkut kat pembahagi jalan. Part kereta aku dah tak hensem sebab orang buat khianat, tak ada kena mengena dengan kenooban aku parking kereta.
Good : Aku kena selalu keluar jalan-jalan di shopping mall supaya skill parking semakin baik.
Bad : Rumah sewa yang baru kena selalu parking tepi jalan. Argh.


15. Aku rasa perut aku tak cukup universal nak terima macam-macam jenis makanan. Makan sushi pun aku surrender tapi tak putus asa nak makan lagi. Tak puas hati kenapa orang kata sushi sedap. Aku makan jadi drama sedih.
Good : Aku tak makan banyak since perut aku kata enough. No more sushi for that day.
Bad : Banyak sushi nampak sedap. Nak cuba rasa tapi tak dapat. Isk isk.



16. Mahu makan aiskrim goreng. Nak nak nak nak! Selalu dengar orang sebut pasal aiskrim goreng.
Good : Dah jumpa kedai yang jual aiskrim goreng. Yeay!
Bad : Tak pi beli sebab dah terlalu kenyang dan penat. Makan banyak boleh menyebabkan aku muntah manja-manja.


17. Tahun ni bekalan limau kat department kurang. Supplier tak bagi banyak macam tahun lepas.
Good : Tak ada lagi kes sakit perut setiap hari.
Bad : Tak dapat makan limau sepuas-puasnya. Last year, kami buat pesta limau. Nyaris-nyaris nak buat limau fight kat department.


18. Kali pertama dapat balik kerja awal, sehari sebelum Tahun Baru Cina sebab tak ada patient . HAHAHAHA. Dapat balik awal sejam. Dokte bagi balik.
Good : Itu yang kami semua mahukan. KAHKAHKAH.
Bad : Tunggu lah lepas tahun baru cina. Balik lewat lah jawapnya.


19. Dah selamat terminate broadband. Dah lebih 3 tahun pakai. Memuaskan hati bila pakai. Nak cari Maxis centre kat Bandar Sunway pun menguji kewanitaan aku. Banyak kali pusing baru jumpa.
Good : Tak payah nak pikir nak bayar broadband tiap-tiap bulan. Boleh guna telefon untuk kol dan mesej.
Bad : Aku rindu broadband aku. Dah lama hidup dengan dia. Dah banyak jasa dia kat aku.


20. Dah lengkap koleksi cushion Doraemon KFC. Woot woot. Asal pergi KFC cushion warna merah habis.
Good : Aku dah boleh tido dengan nyenyak bila dah dapat dua-dua warna bantal ni.
Bad : Tilam penuh dengan bantal. Aku tido hujung tilam lah jawabnya.



21. Nak cari cushion Doraemon punya pasal, sampai sesat jalan. Then stuck dalam traffic jem. Habis. Duduk lah kat jalan raya tu sampai lebam lambang orang ramai pakat-pakat nak balik kampung.
Good : Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan, di situ jalan. Sekarang rumah sewa dah ada lif. Jadi tukar peribahasa. Usaha lif kejayaan.
Bad : Aku tak suka stuck dalam traffic jem. Rasa nak muntah tengok kereta gerak pelan-pelan. Drive pelan-pelan sebab cari rumah atau kedai, dimaafkan. Kalau sebab ada girlfriend atau boyfriend kat sebelah, memang mintak muka kena sagat kat jalan raya.


22. Pindah rumah. Sangat fun macam ........ Punya lah gigih sumbat barang dalam kereta. Ulang alik naik rumah lama kat tingkat 4 guna tangga masa hujan. Menguji kewanitaan. Rumah baru tingkat 10. HAHAHAHA.
Good : Lif ada depan rumah. Bila boring, senang nak pergi main dalam lif.
Bad : Lengan aku besar sebelah dan rasa sakit untuk beberapa hari. Tak gorjes pun lengan besar sebelah.


23. Cuti sempena tahun baru cina tak berapa nak fun sebab kena oncall. Baru balik rumah dah kena pergi kerja balik. Ada potensi kes sikit.
Good : Tak payah stayback. Dapat rest day and public holiday pay. Woot woot. Kayo den.
Bad : Tak dapat angpau daripada dokte. Isk.


24. Tak boleh nak jadi kaya sangat. Dah dapat mesej insurans kereta dah nak expired. Service kereta lagi.
Good : Aku tak shopping macam tak bawak mengucap dan tertinggal otak.
Bad : Terlepas beberapa baju yang gorjes. Bisa menggugat iman bila tengok. Kalau jongkong emas jatuh daripada siling, tak apa.


25. Aku noob bila nak isi angin tayar kereta. Serius. Nervous nak isi. Isi minyak kereta pun tak nervous macam ni.
Good : Tayar masih lagi dalam keadaan steady walaupun tak isi angin. Masih lagi lah.
Bad : Tahun lepas last isi angin tayar kereta. Itu pun ada orang tolong isikan.


26. Aku ada CME lepas ni. Isk isk isk. Aku memang tak suka nak buat benda-benda ni.
Good : Seksa buat presentation abes. HAHAHAH. Dokte yang ada terang masa CME nanti. Presenter hanya baca sikit-sikit saja.
Bad : Aku still tak suka buat presentation mahupun kursus yang bila duduk dalam group ada aktiviti bina bangunan guna straw lah dan lain lain. Blergh. Cukup-cukup lah masa belajar dulu buat semua menda alah ni.


27. Kak Na tak keja masa aku onkol. Dia cuti lama. Haih. Sungguh tak best.
Good : Duit selamat sebab tak beli makanan dengan kuantiti yang banyak. Lepas tu kaver dengan ayat makan untuk dua orang. HAHAAHAHAPTUIH.
Bad : Kami yang kerja malam dan oncall tak ada makanan untuk dinner. Masing-masing ada kerja nak buat. Kadang-kadang tak sempat nak keluar beli makanan.


28. Aku masih lagi tak beli tiket bulanan parking kereta. Tak ada kesempatan nak pergi beli.
Good : Masih lagi parking secara tidak senonoh kat tepi-tepi kedai. Tak kena bayar parking. Itu perkara biasa.
Bad : Ada potensi kena saman dengan majlis perbandaran. Dunia ni bulat. Kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah.

1 comment:

jai666 said...

salam. nak jual x bntal cushion doraemon kaler pink tu? ank saya buat bntal busuk tapi dah lusuh. saya ingat nak carikan pganti bntal tu.