Sunday, February 03, 2013

Lessons of the month

1. Kalau hati rasa tak lapang atau rasa berat hati nak tukar oncall, JANGAN TUKAR ONCALL. Buruk padahnya. Serik. Menyesal.

2. Buat kerja perlahan-lahan. Biar lambat asal selamat. Kali ni baru boleh guna ayat hikmat ni dengan betul. Kalau guna masa nak pergi kerja pagi-pagi, ayat hikmat tu boleh pergi mati tepi-tepi. Tak pun gantung bawah jambatan. Orang yang travel pergi kerja dengan jarak yang jauh dan tempuh traffic jam yang macam !@#$%^&* saja yang tahu.

3. Mula buat kerja dengan sebelah kanan. Nabi ajar.

4. Mula pakai baju sebelah kanan. Nabi pesan.

5. Dapat gaji jangan lupa sedekah. Berkat. Patient aku ingatkan aku. Aku angguk kepala tanda setuju.

6. Tolong orang berpada-pada. Dah berapa kali dah aku dengan niat nak tolong, tapi penyudahnya aku kena smash dan kena perli. Lepas ni sampai lebam aku tak nak tolong kalau asyik jadi macam tu.

7. Fokus dengan kerja. Kalau duty kat tempat A, fokus kerja kat situ. Bila dah free, baru buat kerja lain. Jangan sibuk-sibuk nak buat kerja lain.

8. Buat kerja dengan tertib. Yang mana kena buat dulu, buat dulu. Bukan tahu nak abeskan kerja cepat tapi hasil macam ..... Tak dapat nak zahirkan dengan huruf. Bunyi sangat indah dan seronok disebut tapi maknanya sangat buruk.

9. Save money! Jangan asyik nak makan donut saja. Ingat sama insuran dengan roadtax kereta yang nak kena bayar. Service kereta lagi.

10. Minum susu. Susu baik untuk kesihatan. Kalau tak baik, buat apa orang sibuk-sibuk kempen suruh minum.

11. Bangun awal. Solat subuh awal. Tidur awal. Tidur awal perkara paling susah nak buat. Makan sushi guna chopstick pun tak susah macam ni.

12. Kalau rasa berat hati nak tolong buat sesuatu kerja, baik elakkan. Kalau tak, nanti buat kerja halai balai ja. Nanti ada saja yang silap.

13. Jangan selalu shopping baju especially online shopping. Peplum dress, kenapa comel sangat. Kenot tahan lah tengok you.

14. Jangan parking kereta kat parking lot yang ada tiang lampu kat belakang parking tu. Nanti kereta kena toreh macam kereta aku kena. Oh lagi satu. Elak parking bawah pokok kat tempat parking staff. Ada potensi jugak kereta kena toreh kat situ.


15. Bila kereta kena toreh, jangan cuci atau polish kereta. Bahan bukti mungkin ada kat situ.

16. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, peluk cium dan belek kereta. Kot-kot kena toreh ke orang baling roti expired kat atas bumbung kereta ke.

17. Buat report polis kat balai polis yang berhampiran. Tak perlu buat report kat balai polis kat kampung sebelah.

18. Jangan lupa nombor plat kereta kalau nak buat report polis yang membabitkan kereta.

19. Bawak kereta yang dah kena toreh pi balai polis kalau nak buat report polis tentang perkara yang ada kaitan dengan kereta.

20. Jangan buat report polis lewat malam. Nanti balik rumah lambat. Lepas tu rasa mengantuk sangat masa kat balai polis. Tak pasal-pasal tumpas ketiduran depan pegawai masa pegawai tengah amek statement.

21. Jangan lupa tanya pegawai, statement tu boleh amek copy tak. Bila dah balik rumah rasa menyesal tak tanya. Tak apa tanya pasal copy statement. Bukannya nak tanya pasal status beliau ke makanan kegemaran ke warna kesukaan ke pengalaman manis ke.

22. Jangan lupa tanya pegawai apa beza statement dengan report polis ke dua-dua sama saja. Kalau tak, akan rasa confuse sampai subuh minggu depan dan rasa menyesal sebab tak tanya.

23. Jangan lupa pasal dose limit untuk pekerja dan orang awam. Kalau boleh ingat sekali salasilah Wilhelm Rontgen. Standby saja. Mana tau kot-kot ada orang tanya. Nak tau sangat. Kang bila bagitau tak paham pulak.

24. Kalau orang tanya tak takut mandul ke kerja xray, dengan konfiden jawab, kawen dengan orang kerja kat xray murah rezeki. Lepas sebulan kawen dah dapat baby.

25. Jangan masuk tempat parking kereta kat Queensbay kalau tak biasa parking kat situ. Buruk padahnya. Satu, potensi sesat cari kereta tak jumpa bila balik. Dua, ada potensi sagat kereta orang masa nak masuk parking.

26. Jangan terburu-buru beli handbag. Nanti menyesal.

27. Jangan letak seliper luar rumah. Nanti hilang walaupun seliper tu dah tak nampak gorjes sebab pakai dari zaman belajar lagi. Isk isk isk. Seliper aku... T_____T

28. Jangan keluar lambat bila nak pergi kerja. Nanti jem kat highway nak ke jambatan pulau pinang. Lambat sampai, parking kereta penuh. Rekod kedatangan pun buruk macam pakai lipstik lebih daripada saiz sebenar mulut.

29. Jangan tinggal handphone dalam kereta walaupun handphone tu handphone cikai.

30. Jangan selalu sangat minum air sejuk. Nanti batuk manja-manja. Kerongkong rasa gatal.

31. Jangan nangis sebelum tidur atau masa pejam mata bila dah ready nak tidur. Esok pagi mata bengkak macam kena sengat tebuan. Biar mata bengkak macam kena gigit tebuan daripada perangai macam baru lepas macam berkilo-kilo tebuan. Rasa nak tanam hidup-hidup orang yang perangai macam tu.

No comments: