Sunday, January 06, 2013

Wedding : Road to Taiping

Assalamualaikum.

Ehem. Macam biasa. Aku selalu datang dengan entry tertangguh. Kali ni entry kasih sayang melimpah ruah.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Hanif (Anip) dan pasangan tercinta Ainul Afina (Kak Ainul).   Majlis telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Selasa, 13 November2012 di Taiping, Perak.

Pengantin baru :)

Pelamin cantik :)

Pengantin tengah seronok sebab dah kawen dan dapat bersanding kat pelamin. Orang yang amek gambar depa tengah pedih tunggu masa nak kawen. Nasib baik tak pergi gigit pintu besi lambang tak larat tunggu masa dan duit cukup untuk kawen.


Sebelum depa kawen, sempat jumpa depa kat Penang. Masa tu tengah mendidih darah manis kira hari nak kawen. Eceh. Seronok rupanya kawen ni. Aku agak lah. Kalau tak seronok, kenapa ramai orang nak kawen, kan? :)

Tak sempat nak bergambar dengan pengantin sebab kena gerak balik awal dan ada tempat lain nak dituju. *kesal* Majlis meriah. Ramai orang datang. Makanan sedap. 

No comments: