Sunday, January 13, 2013

Telefon & MRI

Assalamualaikum.

Disebabkan aku second call, aku kena stayback. Tak payah stayback lama-lama. Tapi disebabkan sebab-sebab tertentu, aku stay lama sikit. Kebetulan ada kes MRI.

Dah abes buat kes MRI, sebelum off machine, kemas bilik dulu. Punya lah seronok nak balik dan dah abes buat kes. Macam teletubbies dapat gula-gula kapas. Sebelum masuk bilik MRI, keluarkan semua barang. Telefon, jam tangan, kunci kereta.

Dah ready nak balik rumah, seluk dalam poket seluar nak amek kunci locker. cis.

Ada kunci rumah. Ada telefon lagi satu dalam poket. Isk isk isk.

Boleh pulak aku buat tak peduli bila ada benda melekat kat gantry MRI. Isk isk isk.

Menangis tak berlagu.

Terbawak telefon dalam bilik MRI boleh menyebabkan gigi jatuh bersepah-sepah. Tak pun rasa macam jongkong emas jatuh dari siling lalu terpelanting masuk dalam laut. Masuk dalam longkang boleh lagi guna penyodok ke nak amek balik. Tak pun panggil bomba tolong selamatkan. Kalau dah masuk laut, nak kena mintak tolong obor-obor amekkan jongkong emas.

Bahaya terbawak masuk telefon dalam MRI. Tambah-tambah lagi kalau terbawak masuk Iphone ke Samsung S3 ke. Pedih weih pedih. Kalau dah terbawak masuk, berdoa saja lah semoga telefon selamat.

No comments: