Tuesday, October 15, 2013

100 Ways to Take a Break

  1. Makan laksa penang kat batu feringgi
  2. Pergi massage lepas makan laksa.
  3. Jalan-jalan tepi pantai
  4. Jogging tepi laut
  5. Pergi legoland
  6. Naik roller coaster sambil jerit kuat-kuat.
  7. Pakai facemask sk 11. KAHKAHKAH.
  8. Makan sayur dan buah setiap hari.
  9. Beli sk ii satu set. KAHKAHKAH
  10. Makan macarons.
  11. Basuh kereta
  12. Main makeup-makeup
  13. Cuci mata kat airport
  14. Makan sotong kangkung tepi pantai kat teluk batik.
  15. Naik banana boat
  16. Snorkeling
  17. Pergi kursus jenazah
  18. Hirup udara subuh
  19. Main sudoku
  20. Amek muet
  21. Check in kat hotel dan tido sana tanpa buat apa-apa aktiviti.
  22. Jadi imam kat masjid
  23. Join gotong royong hapuskan denggi
  24. Translate lagu inggeris ke bahasa melayu. 
  25. Baca komik lawak kampus
  26. Jangan online selama seminggu. 
  27. Belajar berenang
  28. Deactivate facebook
  29. Masak mushroom soup
  30. Belajar tae kwan do
  31. Tengok drama dan movie korea sampai lebam
  32. Main game candy crush (new addiction)
  33. Join marathon jambatan pulau pinang
  34. Jahit manik kat border lace
  35. Baca buku motivasi
  36. Makan pavlova
  37. Cuci baju tanpa guna mesin basuh
  38. Buat senarai impian yang ingin dicapai
  39. Pergi korea masa spring. 
  40. Main lif
  41. Buat push up exercise
  42. Shopping dari pagi sampai malam
  43. Marathon tengok movie
  44. Pergi zoo tengok orang utan
  45. Pergi toy muzium
  46. Makan coconut shake tepi pantai
  47. Had a romantic dinner with the one you love. Your husband, wife or even your family
  48. Design baju kawen agar tak pakai baju sama dengan orang lain
  49. Buat photoshoot kat kawasan menarik
  50. Naik cruise 
  51. Pergi Korea dan cari jodoh di sana.. HAHAHAHAH. 
  52. Okay. Boleh abaikan cadangan kat atas kalau mahu. 
  53. Pergi korea dan bawak balik berlungguk-lungguk face mask.
  54. Oh ya. Jangan lupa. Bawak balik bunga sakura. Much better.
  55. Cuci bilik air guna berus tembaga.
  56. Tukar sport rim kereta. 
  57. Tidur awal dan bangun awal. 
  58. Belajar menari zumba. 
  59. Pergi salun buat rawatan rambut. 
  60. Tengok movie seram sampai muntah. Selagi tak muntah jangan stop tengok. 
  61. Belajar pakai shawl. Oh. Aku memang noob part pakai shawl. 
  62. Buat manicure and penicure. 
  63. Let go pakaian yang dah tak pakai. 
  64. Jahit baju kurung sendiri. 
  65. Pergi bunjee jumping. 
  66. Naik top gun sampai muntah. 
  67. Buat kes kat cath selama sebulan tanpa henti sebagai tanda cinta terhadap cath lab. HAHAHAHAPTUIH. 
  68. Bela kucing. 
  69. Pergi sea aquarium. Amazed by beautiful sea creatures.
  70. Belajar masak. 
  71. Pakai banyak losyen. Losyen tangan. Losyen kaki. Losyen badan. 
  72. Deco your home or your bedroom.
  73. Pergi kerja naik motosikal. 
  74. Minum air suam sahaja selama sebulan as a start. 
  75. Naik ke rumah yang berada di tingkat 10, sebagai contoh, ikut tangga. 
  76. Pergi latihan fire fighting. 
  77. Bawak kereta pergi servis. 
  78. Tweet seribu tweet dalam masa sehari. 
  79. Smile to ten strangers per day. 
  80. Buat kes minimum dua puluh orang sehari. 
  81. Pergi konsert maroon 5.
  82. Download cerita yang best. Contohnya CSI.
  83. Nyanyi dengan lirik yang betul. 
  84. Buat medical check up. 
  85. Naik kuda kat tepi pantai
  86. Minum air kosong lapan gelas sehari. 
  87. Buat smoothie. 
  88. Belajar tukar tayar kereta. 
  89. Stalk your crush or your own fiance. HAHAHAHAH. 
  90. Take your selfie photo like 100 poses. 
  91. Baca suratkhabar. 
  92. Duduk tepi tingkap sambil tengok dan bau hujan yang turun. 
  93. Pergi kenduri kawen.
  94. Naik belon panas.
  95. Pergi taman tema tambun dan main-main kat sana. 
  96. Pergi rock climbing. 
  97. Baca majalah yang disediakan dalam kapal terbang masa travel.
  98. Breakfast dengan cereal, susu dan pisang. 
  99. Delete gambar yang tak menarik dan lagu yang tak best tapi gatal pi download jugak. Contohnya lagu maroon 5 yang baru. 
  100. Drawing and colouring for the whole day. 


Sebenarnya.
Aku nak cuti. Kalau boleh dua hari seminggu.
Nak rehat.
T____T

Sunday, October 13, 2013

What I Want



Macam-macam jadi sebulan dua ni. 




1. Expection
Tenang saja masa nak jawab soalan dan bercakap masa exam. Setenang-tenang air tenang lagi diri ni. Muka penuh cahaya yang memancar.
Reality
Lebih daripada gelabah beruk. Beruk pun tak mampu gelabah macam mana aku gelabah.

2. Expectation
Dah buat chest xray dengan harapan lepas ni bawak saja old xray film tu jumpa doktor.
Reality
Tak boleh pakai pun chest xray tu. Rosak and kena buat lagi satu chest xray. Haih.

3. Expectation
Berjaya dapat buat test kahak sebab kahak selalu buat onar masa pagi dan tengah malam. Kahak memang banyak. Serius banyak.
Reality
Masa nak amek sampel kahak lah kahak tu tak nak keluar banyak. Ciput yang keluar. Haish. Penat haptuih haptuih haptuih nak bagi keluar kahak.

4. Expectation
It's gonna be fun had a picnic by the beach. Barberque, singing and eating. HAHAHAHAH.
Reality
It's still fun but didn't enjoy it to the fullest except the food. Teehee.

5. Expectation
Dalam bulan puasa, nak buat macam-macam. Nak buat terawih sebanyak yang mungkin, nak khatam al-quran dan lain-lain amal ibadah.
Reality
Not use the opportunity to the fullest. Sad.

6. Expectation
Dapat balik awal sehari sebelum raya. Yeay. Dah siap bagitau mak abah.
Reality
Tak dapat puuunnn balik awal.

7. Expectation
Tak balik raya kat kampung tahun ni. Sooooo tak payah standby duit raya.
Reality
Memang balik jugak kampung. So bajet duit raya tak ada dan kena guna duit lain. Haih.

8. Expectation
Balik tak payah drive dari kampung balik rumah dan perjalanan jadi lebih singkat.
Reality
Kena drive dari kampung balik ke rumah. Plus lalu jalan yang disangka dekat dan boleh cepat sampai tapi aku rasa macam dah lama drive tapi tak sampai-sampai rumah lagi.

9. Expectation
Badan boleh behave masa raya. Tak demam, batuk berleluasa serta tak sakit mana-mana bahagian badan.
Reality
Malam raya sakit punggung sampai tak boleh duduk. Penat duduk dalam kereta.

10. Expectation
Tak dapat soalan bila nak kahwin. Eleh. Bajet ja tak dapat soalan ni.
Reality
Of course lah ni soalan wajib sedara mara tanya. Macam tak biasa pulaksss.

11. Expectation
Dah kerja. Jadi telah sampai masanya aku pulak berbakti dengan bagi duit raya, bukan menerima.
Reality
Membawa muka bakal mendirikan rumahtangga pada bila-bila masa mampu membuatkan orang bagi duit raya.

12. Expectation
Makeup yang sesuai dengan muka. Tak perlu tebal sampai tak nampak macam muka sendiri
Reality
Cerita sedih korea episode 7.

13. Expectation
Nak buat majlis mengikut bajet yang dah ditetapkan. Buat majlis yang biasa-biasa saja. Tak ada labuci mahupun rama-rama berterbangan.
Reality
Alih-alih lari bajet banyak. Memang linangan air mata berdarah.

14. Expectation
Dah ready tisu lambang nak masuk duty kat angio lab lepas raya.
Reality
Tak payah masuk lagi. HAHAHHAAHHA. I'm happy! :)

15. Expectation
Rasa macam tak banyak buat kes bulan lepas. Serius. Kes terhad. Jadi kurang reject image.
Reality
Champion lagi. Haaiihh. Nampaknya kena tulis surat lagi lah jawabnya.

16. Expectation
By the end of this year, dapat kumpul duit cukup untuk perkara-perkara yang sepatutnya.
Reality
Tak capai target plus sebab dah terlebih guna untuk majlis plus guna untuk holiday.

17. Expectation
Masalah sakit kaki dapat dikurangkan lepas letak ubat.
Reality
Tak kurang pun sakit kaki. Getting worst. Now jalan tanpa kasut memang sakit.

18. Expectation
Nak buat kes sehari dua pulih patient. Eceh. Or more than that.
Reality
Hampeh. Paling banyak buat kes secara solo belas-belas saja. Bila kurang buat kes skill kurang mantap. Kalau skill kurang mantap macam mana nak berhenti kerja. HAHAHAHAHA.

19. Expectation
After one year dapat panggilan untuk kat hospital awam.
Reality
Tak dapat pun panggilan. Siap ada jawatan kena reject sebab tak lepas syarat-syarat yang ditetapkan. Cry me a river T____T

20. Expectation
Berkobar-kobar nak futher study. Siap amek muet bagai. Survey nak amek course apa.
Reality
Muet dah lepas. Now malas nak sambung sebab sibuk dengan kerja, oncall plus kena stayback bagai. Eceh. Cakap macam kerja gaji puuh ribu sebulan padahal patient saja yang dah berpuluh dalam sehari.

21. Expectation
Balik rumah ada surat. Tak kisah lah surat daripada Tesco ke kad kawen ke katalog ke.
Reality
Dapat result Muet. HAHAHHAHA. Ini memang tak dijangka.

22. Expectation
As I'm not well prepared for the exam, tak jangka pun dapat good result. Yelah. Sehari sebelum exam baru nak praktis, buat latihan sikit-sikit.
Reality
Beyond expectation. HAHAHHA.

23. 
Expectation
Nak pergi holiday dengan happy. Mengikut apa yang telah dirancang. The places we want to go. How many days.
Reality
Ke laut. Ada perubahan yang aku okay ada yang tak.

24. Expectation
Holiday. It supposed to be fun, exciting. Tinggal berapa hari nak pergi pun still tak rasa exciting. Tak ada pertelingkahan (eceh. Ayaaaatt)
Reality
Semuanya ke laut. Even small matter became big problem. I want to enjoy this holiday to the fullest.

25. Expectation
Bag pack akan penuh dengan pakaian as nak pergi holiday lama.
Reality
Still ada ruang untuk letak lagi barang. Pergi empat hari but tak bawak banyak barang walaupun masukkan barang nampak macam banyak.

26. Expectation
Nak beli fridge magnets seperti yang dirancang. Yang dalam senarai.
Reality
Alih-alih semua tempat yang aku singgah aku beli fridge magnets.

27. Expectation
Nak masuk semua tempat dan tengok semua show yang ada. Siap tanda lagi apa tempat nak pergi seterusnya.
Reality
Tak semua dapat pergi. Sedihnya. Still tertinggal show yang best.

28. Expectation
Dah lebih sebulan letak ubat kat kaki. Kali ni siap jumpa doktor lagi. Dengan gigijnaku letak ubat sebab nak baik cepat.
Reality
This pain getting worst.

29. Expectation
Ipanema is my favourite flip flop. Selesa bila pakai. Then yang lama dah hilang. So beli yang baru as kaki pun still sakit dengan harapan kurang sakit kaki bila pakai flip flop ni.
Reality
Still sakit. Isk isk isk. T___T

30. Expectation
Pergi holiday tapi rasa bajet akan habis dengan cepat disebabkan beli barang dan fridge magnets dengan banyak.
Reality
Still ada baki lagi tapi tak tukar lagi duit. Malas. HAHAHHAAH.



Jadi sudah sampai masa untuk kumpul banyak duit. :P

Wednesday, July 31, 2013

June is My Birthday

Assalamualaikum. 
Got a present for myself since I'm a big fan of Victoria's Secret. Woot woot .
 
So quick updates this month:

  1. Berjaya jahit manik dan border lace kat baju. Yeah.
  2. Pergi program Relay For Life. Kinda fun actually especially part makan. hewhewhew. But for me, tak banyak aktiviti yang ada.
  3. Dapat pergi external training which is I liikeeee. Internal training? Muntah hijau.
  4. But it was the worst external training experience.
  5. Sebabnya terlepas flight. Last flight untuk malam tu. Blergh.
  6. Since nak balik jugak Penang malam tu, dapat naik train yang disangkakan train express. Naik train aku asyik terbayang movie Korea, Ghost Train. Ada jugak rasa tak best sebab tak amek tempat tido.
  7. Dapat early birthday present. Ehem.
  8. Dah setahun lebih tak buat chest xray, doctor request for it. As i expected. Pantang batuk sebulan lebih. Kalau kentut sebulan lebih?
  9. Disebabkan pergi jumpa doktor, maka bertambah koleksi ubat batuk. 4 botol semuanya.
  10. Tiga kali jumpa doktor, tiga diagnos yang depa buat. Dua kali buat chest xray, dua diagnosis. Haish.
  11. Kesannya, batuk tak hilang jugak.
  12. Dan dapat pergi well-known shopping mall kat Malaysia di mana aku langsung tak rasa nak shopping like craazzyyy.
  13. Persiapan tinggal 50% lagi.
  14. As usual. Ikat perut.
  15. Tak prepare apa lagi untuk exam bulan Julai since I'm busy like a bee.
  16. Got a new tote bag. Kinda like it.
  17. Got warm birthday wishes. Thank you :)
  18. Not to forget, bonus masuk. Yeah.
  19. Macam biasa, koleksi baju saja yang tak bertambah. Tak terasa nak beli lagi.
  20. Hairan sebab apa tak sampai limit internet usage lagi.
  21. Gatal tangan delete Cydia. Goooddd. Nasib baik boleh install balik Cydia.
  22. Macam biasa, masih lagi noob isi angin tayar kereta.
  23. Minyak kereta pun noob lagi nak isi penuh-penuh.
  24. What else. Hhmm. Oh ya. Krim kewanitaan bertambah. Heee. Totally in love with SK II.
  25. Dapat voucher yang menggugat iman untuk shopping lagi. More you spent, more you get.
  26. Lawak kampus yang special edition kurang uummpphh. Maybe sebab banyak yang bukan Keith lukis.
  27. Apa pasal macam boring ja hidup aku bulan Jun tahun ni. Hhmmhhmm.
  28. Delete account twitter dan buat yang baru. Reason? Old account penuh sampah.
  29. Casing telefon still tak tukar lagi sejak 1st day pakai telefon ni. HAHAHAHAHA.
  30. Memang betul apa orang cakap. Dugaan sebelum kahwin memang banyak.



Tak banyak perkara menarik buat bulan enam tahun ni. Tahun depan mungkin lebih menarik. Tahun depan lagi sekali? Ehem ehem. Special.

Saturday, May 25, 2013

Nails

Now playing; beneath your beautiful.


I just realized that my nails are a little bit difference than before. No more white spots on my finger nails. Yea!! I had them since I was a kid. The white spots were on most of my nails except my toes nails.

Early this year, I started to drink milk everyday. I bought 2 cantons of milk for starting (thanks Tesco for the good price) and omega milk for cholesterol. Since then, I'm a big fan of milk. Hik.

And few months past.

The white spots are getting invisible. Amazing right? Maybe before this my body does not receive enough essential nutrients.

Trust me. If you are facing the same problem as I am, try drink milk everyday. Milk not just good for your bones but your nails too.

Sunday, May 19, 2013

I hate dogs

Penat tak abes lagi. I can curse until next week because of dogs!

Nightmare mula last week masa oncall. Ada kes ct scan untuk patient yang dah buat xray sebelum tu. Yes. Sengaja kan tak nak mintak ct scan sekali dengan xray tadi. Nak jugak hantar patient yang sama banyak kali. Blergh.

Niat cuma satu. Nak balik rumah. Serius. Niat cuma satu saja. Anjing yang tunggu kat rumah lebih daripada satu. Not fair.

I think they thought I am a burgular. Or maybe worst, a ghost. *cry a river* Teruk sangat ke muka aku pukul 4 pagi sampai ingat aku ni hantu. Cis. Entah entah they weren't barking at me. Maybe soooomeethiiing behind me. *cry me a river* Hey! Hantu tak pakai tudung warna oren dengan seliper cap Flipper warna merah lah. Haish.

The dogs came out of no where. Masa pergi tak ada pun. Balik saja yang depa dok buat ramai. Gila.

It wasn't funny and fun at all to be chased and barked by dogs at 4am! Plus, being chased four times in a day by the same dogs is not fun at all!

Gelak. Gelak. Gelak. Kena kat diri sendiri baru tau.

To make them go away, I just threw anything. Sand, stones even plastic bag (yeah. It worked for me). Maybe after I did it they finally realized that you were a human, not a ghost. Ghost didn't throw plastic bag at dogs at 4am. I think so.

Pergi mati tepi-tepi dengan orang cakap jangan lari kalau nampak anjing. Kalau dah anjing tu berlari-lari pergi kat hang, nak duduk diam lagi. Do something! Ini anjing tu dah macam adik beradik anjing dalam movie resident evil, gila ke apa masa tu stay still and didn't do anything or even worst pretend to be dead. You will die.

Dogs... Argh. They make me pissed off.

Sudah lah petang tu pissed off dengan makcik jual nasik. Charge mahal untuk nasik dengan seketul ikan sardin. Nasik seringgit dan ikan sardin tu seketul dua ringgit lebih. Memang cari pasal.

He said that i should stay at the hospital. So tak payah ulang alik dari rumah ke hospital. But i insisted to do so. Now, this what i got. Plus, it was the first time i'm commuting from home T____T *cry me a river* Sebab tu orang cakap jangan apa? Jangan degil. Jangan apa? Jangan degil. Bagus lah kalau dah faham. Lepas ni jangan degil.

Worst oncall ever T___T

Sudah lah Candy Crush dah seminggu lebih tak lepas level 65. Jadi macam ni pulak. Lagi lah sedih.

I think they recognized my odor since the very first time they met me and bear in in their mind ad soul. I doomed. Totally doomed.

So i washed my clothes with full of hope that the odor will wash away. Wear perfumes and lotion. Felt like a murderer that just chopped a human into pieces and try the best to clear out all the evidences. It was my theory. If it works, full marks for me. If not, pray for me. T____T

I'm dealing with dogs, not cats. All of you know what dogs can do to you.

Sigh.

Sekarang, balik rumah dari tempat kerja macam baru lepas balik daripada pukul orang. Bawak kayu dengan batu. 

Saturday, February 16, 2013

Musim durian dah abes




.... Dan aku tak dapat makan durian crepe :'(


1. Dah dapat bonus dan increment. Yeay! Tenkiu bos! :)
Good : Jumlah dalam akaun nampak cantik. Sejuk mata memandang. Heee.
Bad : Laju saja duit mengalir keluar bayar itu ini. Income tax pun macam fun sangat nak kena bayar.


2. Telah berjaya menghabiskan oncall yang ditetapkan untuk bulan lepas. Phew. Sangat lega. Last day oncall rasa nak buat berlari pusing keliling department lambang terlalu seronok oncall dah abes.
Good : Dah lama tak buat banyak oncall dan kes. Tak sabar tengok berapa banyak boleh dapat untuk bulan lepas $$
Bad : Prepare untuk bayar hutang. Isk isk.


3. Berjaya pecah rekod peribadi buat banyak kes secara solo dalam satu malam tanpa henti sampai subuh. HAHAHA. Tapi sayang. Aku kurang satu patient lagi untuk bagi cantik bilangan kes haritu.
Good : Masa ni semua patient sangat behave. Yang datang banyak chest xray. Woot woot.
Bad : Aku sangat mengantuk. Dapat tidur sekejap. Natijahnya, sakit kepala.


4. Sudah lali dengan pesakit mahupun relative pesakit yang impress tengok aku kerja kat deparment sorang-sorang tengah-tengah malam. KAHKAHKAH. Weeelll. *tolak rambut pergi belakang sambil buat muka kacak* Bagi aku, tak ada apa-apa pun sebab tu memang kerja aku. Takut hantu? Manusia lagi menakutkan daripada hantu. Sepanjang aku oncall dan kerja ni, tak ada pulak aku dapat kes patient datang xray sebab hantu naik basikal dan terlanggar orang sampai patah tulang tak pun jatuh longkang ke. Kalau orang langgar sampai jatuh hati? Itu kes terpencil. Ini bukan novel.
Good : Depa boleh tolong aku tolak stretcher dan angkat patient.
Bad : Bila dapat kes MVA di mana patient tak boleh gerak, tulang patah lapan dan ada dari atas sampai bawah ada papan yang support badan. Masa ni kewanitaan aku teruji bila buat kes macam ni sorang-sorang. Masa ni pergi mati tepi-tepi dengan pujian. Yang penting aku nak selesaikan kerja.


5. Aku ketagih minum susu perisa strawberry. Aku beli berdozen stok susu tu simpan dalam loker lambang rasa kena minum setiap hari. Kalau tak minum rasa macam bangun pagi tak gosok gigi.
Good : Minum susu baik untuk kesihatan.
Bad : Minum susu yang dibeli selepas sales dah abes tak baik untuk kewangan.


6. Aku rasa menyesal beli handbag baru since tu bukan taste aku. Masa pergi Al Ikhsan aku jumpa beg yang gorjes aauuww auuw aauuw. Aku menyesal. Jadi, kena lah pakai handbag yang dah beli tu sampai lebam.
Good : Beg ni boleh isi macam-macam barang. Nak seludup tepung ke beras ke anak kucing ke pun boleh.
Bad : Tak fancy. Dan bukan taste aku. Tapi still beli jugak. My bad.


8. Aku dah mula ketagih shopping online. Bahaya. Bahaya. Bahaya. Ketagih nak beli baju.
Good : Bertambah koleksi baju. Jadi baju lama boleh let go. Perlukan koleksi baju yang baru.
Bad : Berkurangan koleksi duit.


9. Walaupun demikian, aku sudah tidak ada rasa nak shopping di shopping mall. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Pergi shopping mall aku ada rasa boring. Tak tahu nak cari apa. Kalau dulu, pergi shopping kat sana macam tak bawak otak.
Good : Selamat duit aku daripada terjerumus ke arah pembaziran. Membazir itu amalan Lucifer.
Bad : Bila pergi ada saja benda yang aku nak beli. Haish. Membazir itu amalan Lucifer.


10. Aku pun sebenarnya dah ada sikit rasa ketagih nak beli mask. Baru saja memborong mask kat Etude sebab ada sales yang menggoncang keimanan dan duit.
Good : Mask kat Etude sangaaaat murah aauuww auuww. Serius.
Bad : Lepas sales dah abes, bila tengok harga rasa nak baling kedai tu dalam laut.


11. Aku jumpa Anwar Hadi!!! *pengsan* Satu hari senyum tak berhenti. Jumpa Michelle Yeoh pun aku tak rasa teruja macam jumpa Anwar. Akumasih lagi steady walaupun Michelle yeoh ada depan mata.
Good : First time jugak dia live depan mata. Aaaaaaa.
Bad : Blushing sangat. Hik hik hik.


12. Aku noob guna Itunes yang telah diupdate untuk sync lagu masuk dalam telefon. Version yang lama senang sikit nak transfer.
Good : Aku jadi malas nak bukak laptop. Jadi kurang potensi aku melagha depan laptop.
Bad : Aku jugak noob guna function lagi kat Itunes.


13. Aku sedih sekarang dah tak boleh guna Installous. Telefon kurang bermakna tanpa Installous.
Good : Memory telefon ada banyak lagi. Boleh amek gambar banyak lagi.
Bad : Tak boleh dah nak download full version apps secara percuma. Hey. Semua orang suka benda percuma. Sapa yang tak suka? Meh jumpa aku kat simpang.


14. Aku jugak noob bila nak parking kereta. Disebabkan kenooban aku tu, dah banyak kali kereta aku tersangkut kat pembahagi jalan. Part kereta aku dah tak hensem sebab orang buat khianat, tak ada kena mengena dengan kenooban aku parking kereta.
Good : Aku kena selalu keluar jalan-jalan di shopping mall supaya skill parking semakin baik.
Bad : Rumah sewa yang baru kena selalu parking tepi jalan. Argh.


15. Aku rasa perut aku tak cukup universal nak terima macam-macam jenis makanan. Makan sushi pun aku surrender tapi tak putus asa nak makan lagi. Tak puas hati kenapa orang kata sushi sedap. Aku makan jadi drama sedih.
Good : Aku tak makan banyak since perut aku kata enough. No more sushi for that day.
Bad : Banyak sushi nampak sedap. Nak cuba rasa tapi tak dapat. Isk isk.



16. Mahu makan aiskrim goreng. Nak nak nak nak! Selalu dengar orang sebut pasal aiskrim goreng.
Good : Dah jumpa kedai yang jual aiskrim goreng. Yeay!
Bad : Tak pi beli sebab dah terlalu kenyang dan penat. Makan banyak boleh menyebabkan aku muntah manja-manja.


17. Tahun ni bekalan limau kat department kurang. Supplier tak bagi banyak macam tahun lepas.
Good : Tak ada lagi kes sakit perut setiap hari.
Bad : Tak dapat makan limau sepuas-puasnya. Last year, kami buat pesta limau. Nyaris-nyaris nak buat limau fight kat department.


18. Kali pertama dapat balik kerja awal, sehari sebelum Tahun Baru Cina sebab tak ada patient . HAHAHAHA. Dapat balik awal sejam. Dokte bagi balik.
Good : Itu yang kami semua mahukan. KAHKAHKAH.
Bad : Tunggu lah lepas tahun baru cina. Balik lewat lah jawapnya.


19. Dah selamat terminate broadband. Dah lebih 3 tahun pakai. Memuaskan hati bila pakai. Nak cari Maxis centre kat Bandar Sunway pun menguji kewanitaan aku. Banyak kali pusing baru jumpa.
Good : Tak payah nak pikir nak bayar broadband tiap-tiap bulan. Boleh guna telefon untuk kol dan mesej.
Bad : Aku rindu broadband aku. Dah lama hidup dengan dia. Dah banyak jasa dia kat aku.


20. Dah lengkap koleksi cushion Doraemon KFC. Woot woot. Asal pergi KFC cushion warna merah habis.
Good : Aku dah boleh tido dengan nyenyak bila dah dapat dua-dua warna bantal ni.
Bad : Tilam penuh dengan bantal. Aku tido hujung tilam lah jawabnya.



21. Nak cari cushion Doraemon punya pasal, sampai sesat jalan. Then stuck dalam traffic jem. Habis. Duduk lah kat jalan raya tu sampai lebam lambang orang ramai pakat-pakat nak balik kampung.
Good : Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan, di situ jalan. Sekarang rumah sewa dah ada lif. Jadi tukar peribahasa. Usaha lif kejayaan.
Bad : Aku tak suka stuck dalam traffic jem. Rasa nak muntah tengok kereta gerak pelan-pelan. Drive pelan-pelan sebab cari rumah atau kedai, dimaafkan. Kalau sebab ada girlfriend atau boyfriend kat sebelah, memang mintak muka kena sagat kat jalan raya.


22. Pindah rumah. Sangat fun macam ........ Punya lah gigih sumbat barang dalam kereta. Ulang alik naik rumah lama kat tingkat 4 guna tangga masa hujan. Menguji kewanitaan. Rumah baru tingkat 10. HAHAHAHA.
Good : Lif ada depan rumah. Bila boring, senang nak pergi main dalam lif.
Bad : Lengan aku besar sebelah dan rasa sakit untuk beberapa hari. Tak gorjes pun lengan besar sebelah.


23. Cuti sempena tahun baru cina tak berapa nak fun sebab kena oncall. Baru balik rumah dah kena pergi kerja balik. Ada potensi kes sikit.
Good : Tak payah stayback. Dapat rest day and public holiday pay. Woot woot. Kayo den.
Bad : Tak dapat angpau daripada dokte. Isk.


24. Tak boleh nak jadi kaya sangat. Dah dapat mesej insurans kereta dah nak expired. Service kereta lagi.
Good : Aku tak shopping macam tak bawak mengucap dan tertinggal otak.
Bad : Terlepas beberapa baju yang gorjes. Bisa menggugat iman bila tengok. Kalau jongkong emas jatuh daripada siling, tak apa.


25. Aku noob bila nak isi angin tayar kereta. Serius. Nervous nak isi. Isi minyak kereta pun tak nervous macam ni.
Good : Tayar masih lagi dalam keadaan steady walaupun tak isi angin. Masih lagi lah.
Bad : Tahun lepas last isi angin tayar kereta. Itu pun ada orang tolong isikan.


26. Aku ada CME lepas ni. Isk isk isk. Aku memang tak suka nak buat benda-benda ni.
Good : Seksa buat presentation abes. HAHAHAH. Dokte yang ada terang masa CME nanti. Presenter hanya baca sikit-sikit saja.
Bad : Aku still tak suka buat presentation mahupun kursus yang bila duduk dalam group ada aktiviti bina bangunan guna straw lah dan lain lain. Blergh. Cukup-cukup lah masa belajar dulu buat semua menda alah ni.


27. Kak Na tak keja masa aku onkol. Dia cuti lama. Haih. Sungguh tak best.
Good : Duit selamat sebab tak beli makanan dengan kuantiti yang banyak. Lepas tu kaver dengan ayat makan untuk dua orang. HAHAAHAHAPTUIH.
Bad : Kami yang kerja malam dan oncall tak ada makanan untuk dinner. Masing-masing ada kerja nak buat. Kadang-kadang tak sempat nak keluar beli makanan.


28. Aku masih lagi tak beli tiket bulanan parking kereta. Tak ada kesempatan nak pergi beli.
Good : Masih lagi parking secara tidak senonoh kat tepi-tepi kedai. Tak kena bayar parking. Itu perkara biasa.
Bad : Ada potensi kena saman dengan majlis perbandaran. Dunia ni bulat. Kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah.

Sunday, February 03, 2013

Lessons of the month

1. Kalau hati rasa tak lapang atau rasa berat hati nak tukar oncall, JANGAN TUKAR ONCALL. Buruk padahnya. Serik. Menyesal.

2. Buat kerja perlahan-lahan. Biar lambat asal selamat. Kali ni baru boleh guna ayat hikmat ni dengan betul. Kalau guna masa nak pergi kerja pagi-pagi, ayat hikmat tu boleh pergi mati tepi-tepi. Tak pun gantung bawah jambatan. Orang yang travel pergi kerja dengan jarak yang jauh dan tempuh traffic jam yang macam !@#$%^&* saja yang tahu.

3. Mula buat kerja dengan sebelah kanan. Nabi ajar.

4. Mula pakai baju sebelah kanan. Nabi pesan.

5. Dapat gaji jangan lupa sedekah. Berkat. Patient aku ingatkan aku. Aku angguk kepala tanda setuju.

6. Tolong orang berpada-pada. Dah berapa kali dah aku dengan niat nak tolong, tapi penyudahnya aku kena smash dan kena perli. Lepas ni sampai lebam aku tak nak tolong kalau asyik jadi macam tu.

7. Fokus dengan kerja. Kalau duty kat tempat A, fokus kerja kat situ. Bila dah free, baru buat kerja lain. Jangan sibuk-sibuk nak buat kerja lain.

8. Buat kerja dengan tertib. Yang mana kena buat dulu, buat dulu. Bukan tahu nak abeskan kerja cepat tapi hasil macam ..... Tak dapat nak zahirkan dengan huruf. Bunyi sangat indah dan seronok disebut tapi maknanya sangat buruk.

9. Save money! Jangan asyik nak makan donut saja. Ingat sama insuran dengan roadtax kereta yang nak kena bayar. Service kereta lagi.

10. Minum susu. Susu baik untuk kesihatan. Kalau tak baik, buat apa orang sibuk-sibuk kempen suruh minum.

11. Bangun awal. Solat subuh awal. Tidur awal. Tidur awal perkara paling susah nak buat. Makan sushi guna chopstick pun tak susah macam ni.

12. Kalau rasa berat hati nak tolong buat sesuatu kerja, baik elakkan. Kalau tak, nanti buat kerja halai balai ja. Nanti ada saja yang silap.

13. Jangan selalu shopping baju especially online shopping. Peplum dress, kenapa comel sangat. Kenot tahan lah tengok you.

14. Jangan parking kereta kat parking lot yang ada tiang lampu kat belakang parking tu. Nanti kereta kena toreh macam kereta aku kena. Oh lagi satu. Elak parking bawah pokok kat tempat parking staff. Ada potensi jugak kereta kena toreh kat situ.


15. Bila kereta kena toreh, jangan cuci atau polish kereta. Bahan bukti mungkin ada kat situ.

16. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, peluk cium dan belek kereta. Kot-kot kena toreh ke orang baling roti expired kat atas bumbung kereta ke.

17. Buat report polis kat balai polis yang berhampiran. Tak perlu buat report kat balai polis kat kampung sebelah.

18. Jangan lupa nombor plat kereta kalau nak buat report polis yang membabitkan kereta.

19. Bawak kereta yang dah kena toreh pi balai polis kalau nak buat report polis tentang perkara yang ada kaitan dengan kereta.

20. Jangan buat report polis lewat malam. Nanti balik rumah lambat. Lepas tu rasa mengantuk sangat masa kat balai polis. Tak pasal-pasal tumpas ketiduran depan pegawai masa pegawai tengah amek statement.

21. Jangan lupa tanya pegawai, statement tu boleh amek copy tak. Bila dah balik rumah rasa menyesal tak tanya. Tak apa tanya pasal copy statement. Bukannya nak tanya pasal status beliau ke makanan kegemaran ke warna kesukaan ke pengalaman manis ke.

22. Jangan lupa tanya pegawai apa beza statement dengan report polis ke dua-dua sama saja. Kalau tak, akan rasa confuse sampai subuh minggu depan dan rasa menyesal sebab tak tanya.

23. Jangan lupa pasal dose limit untuk pekerja dan orang awam. Kalau boleh ingat sekali salasilah Wilhelm Rontgen. Standby saja. Mana tau kot-kot ada orang tanya. Nak tau sangat. Kang bila bagitau tak paham pulak.

24. Kalau orang tanya tak takut mandul ke kerja xray, dengan konfiden jawab, kawen dengan orang kerja kat xray murah rezeki. Lepas sebulan kawen dah dapat baby.

25. Jangan masuk tempat parking kereta kat Queensbay kalau tak biasa parking kat situ. Buruk padahnya. Satu, potensi sesat cari kereta tak jumpa bila balik. Dua, ada potensi sagat kereta orang masa nak masuk parking.

26. Jangan terburu-buru beli handbag. Nanti menyesal.

27. Jangan letak seliper luar rumah. Nanti hilang walaupun seliper tu dah tak nampak gorjes sebab pakai dari zaman belajar lagi. Isk isk isk. Seliper aku... T_____T

28. Jangan keluar lambat bila nak pergi kerja. Nanti jem kat highway nak ke jambatan pulau pinang. Lambat sampai, parking kereta penuh. Rekod kedatangan pun buruk macam pakai lipstik lebih daripada saiz sebenar mulut.

29. Jangan tinggal handphone dalam kereta walaupun handphone tu handphone cikai.

30. Jangan selalu sangat minum air sejuk. Nanti batuk manja-manja. Kerongkong rasa gatal.

31. Jangan nangis sebelum tidur atau masa pejam mata bila dah ready nak tidur. Esok pagi mata bengkak macam kena sengat tebuan. Biar mata bengkak macam kena gigit tebuan daripada perangai macam baru lepas macam berkilo-kilo tebuan. Rasa nak tanam hidup-hidup orang yang perangai macam tu.

Sunday, January 13, 2013

Telefon & MRI

Assalamualaikum.

Disebabkan aku second call, aku kena stayback. Tak payah stayback lama-lama. Tapi disebabkan sebab-sebab tertentu, aku stay lama sikit. Kebetulan ada kes MRI.

Dah abes buat kes MRI, sebelum off machine, kemas bilik dulu. Punya lah seronok nak balik dan dah abes buat kes. Macam teletubbies dapat gula-gula kapas. Sebelum masuk bilik MRI, keluarkan semua barang. Telefon, jam tangan, kunci kereta.

Dah ready nak balik rumah, seluk dalam poket seluar nak amek kunci locker. cis.

Ada kunci rumah. Ada telefon lagi satu dalam poket. Isk isk isk.

Boleh pulak aku buat tak peduli bila ada benda melekat kat gantry MRI. Isk isk isk.

Menangis tak berlagu.

Terbawak telefon dalam bilik MRI boleh menyebabkan gigi jatuh bersepah-sepah. Tak pun rasa macam jongkong emas jatuh dari siling lalu terpelanting masuk dalam laut. Masuk dalam longkang boleh lagi guna penyodok ke nak amek balik. Tak pun panggil bomba tolong selamatkan. Kalau dah masuk laut, nak kena mintak tolong obor-obor amekkan jongkong emas.

Bahaya terbawak masuk telefon dalam MRI. Tambah-tambah lagi kalau terbawak masuk Iphone ke Samsung S3 ke. Pedih weih pedih. Kalau dah terbawak masuk, berdoa saja lah semoga telefon selamat.

Saturday, January 12, 2013

The lead barrier

Bila pergi ICU, kami bawak lead gown. Sekarang ni dah ada barrier kat sana. Bila buat xray kat sana, doktor selalu pesan dan suruh kami guna barrier instead of using the lead gown. But we are too stubborn or shall I make it more precisely, lazy to use the lead barrier. HAHAHHAHA. Malas nak tolak lead barrier pergi depan setiap katil patient.

Doktor kata, radiation tak baik untuk kesihatan sebab kami tiap-tiap hari kerja guna radiation.

Setiap kali kami buat xray, doktor pesan perkara yang sama.

Satu hari, kami mengalah. Kami guna lead barrier tu. Doktor pun rasa seronok. HAHAHAHA.

Hari-hari kerja dengan radiation. Lagi berapa puluh tahun, aku jadi ultraman tak pun ninja turtle. Itu apa yang orang sangkakan. realitinya, tak jadi apa-apa pun. Itu kalau aku kerja kat xray lagi lah.

Sunday, January 06, 2013

Wedding : Road to Taiping

Assalamualaikum.

Ehem. Macam biasa. Aku selalu datang dengan entry tertangguh. Kali ni entry kasih sayang melimpah ruah.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Hanif (Anip) dan pasangan tercinta Ainul Afina (Kak Ainul).   Majlis telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Selasa, 13 November2012 di Taiping, Perak.

Pengantin baru :)

Pelamin cantik :)

Pengantin tengah seronok sebab dah kawen dan dapat bersanding kat pelamin. Orang yang amek gambar depa tengah pedih tunggu masa nak kawen. Nasib baik tak pergi gigit pintu besi lambang tak larat tunggu masa dan duit cukup untuk kawen.


Sebelum depa kawen, sempat jumpa depa kat Penang. Masa tu tengah mendidih darah manis kira hari nak kawen. Eceh. Seronok rupanya kawen ni. Aku agak lah. Kalau tak seronok, kenapa ramai orang nak kawen, kan? :)

Tak sempat nak bergambar dengan pengantin sebab kena gerak balik awal dan ada tempat lain nak dituju. *kesal* Majlis meriah. Ramai orang datang. Makanan sedap. 

Tuesday, January 01, 2013

Happy New Year Peeps!

Assalamualaikum.

Now playing, Troublemaker by Olly Murs :)

Yeah. I know. New year. New resolutions. New things to achieve. New things to buy. HAHAHAHA.

But, I just want the old me. That's all I need for now. That is my new resolution. And of course, I do have new things I want to achieve. Not to forget, a gorgeous beautiful handbag, soon. Yeah.I want it like ages. Heee. (jongkong emas, sila jatuh dari siling sekarang). Being the old me. I think I'm done so many bad things for the past years. Things that i avoided to do.

For this year, I'm really pissed off with somebody. I may look calm, but I've killed you in my head like thousands times. Argh. Having the jealousy beyond I even can imagine and it getting worst and worst day by day. I think it's the worst feeling ever. Bluweek. It got  too much and it makes me really really really  pissed off. Boleh pergi mati tepi-tepi kalau ada orang nak kata aku ni tak sporting ke eating ke shooting ke queen control ke queen bee. Don't mess with me young lady. Jangan sampai aku tanam kau sampai jadi lady finger ke aku fire kau guna kuasa bulan sampai rentung baru kau tau. 

Jangan buat kat orang apa yang kita taknak orang buat kat kita.

Blergh. Stop talking about it. It hurts me. Even the wounds healed but the scars still remained.

I think enough with all these crappy things. Let's move on.
So everybody, lets make a difference! :)

Okay. I think that's all for today. Sebelum ada cikgu Bahasa Inggeris yang murka dengan aku, baik aku berhenti taip dalam Bahasa Inggeris. Grammar berguling-guling.