Wednesday, October 17, 2012

Kali pertama

Assalamualaikum.

Mungkin bagi orang lain ni bukan kali pertama masuk dewan bedah. Bagi aku, sebagai junior memang kali pertama since masa praktikal aku tak pernah jejak kaki kat dewan bedah. Malas. HAHAHAHA. Dah kerja baru nak masuk.

Balik daripada kursus mammogram, dapat tahu yang nama dah masuk dalam jadual untuk duty kat dewan bedah. Sebenarnya, panjang nak taip dewan bedah. Memandangkan aku bukan manusia yang rajin, aku sebut OT saja. Huuh. Terbayang aku cerita anak jiran yang kerja sama dengan aku macam mana dia mula-mula masuk OT. Biasa lah. Cerita kali pertama kalau masuk part anak jiran baru nampak macam dramatik sikit. Itu baru part anak jiran. Tak masuk lagi part anak kucing jatuh longkang ada bomba datang selamatkan. Itu bukan dramatik. Itu namanya melampau anak kucing jatuh longkang sampai bomba kena masuk campur. Nasib ambulans tak datang jugak. Kalau ambulans datang masuk campur, ini dah jadi cerita sinetron. Nama saja sinetron tapi jangan ada yang kata megatron turut serta berlakon sudah lah. Apa kaitan megatron dengan anak kucing serta sinetron.

Tengok.

Asalnya sebut pasal anak jiran. Dah berpanjangan jadi perenggan sinetron. Tak apa. Semoga tak ada anak kucing yang jatuh longkang. Jatuh hati tak apa. Aku boleh tolong sambut. Hik.

Dua perenggan membazir. Sangat membazir di mana tak ada kena mengena dengan dewan bedah. Meh sambung balik.

Masa nama aku dalam jadual, aku tak pernah masuk OT. Ada kes kat OT tapi aku tak naik. It's complicated. Kalau nak hurai, anak kucing dengar pun boleh jatuh longkang. Jadi, sebab nak tahu macam mana rasa masuk OT, aku ikut kawan. Jadi dapat tahu macam mana nak handle machine C arm kat OT. Setakat ni, aku dah masuk dua kali.

Masa kali pertama bertentang mata, tengok dokte buat kes PCNL, aku rasa macam sakit buah pinggang. Macam buah pinggang aku yang kena cucuk. Setakat ni dah masuk untuk kes orthopedic. Macam biasa. Ada sesi dokte belah isi badan, gerudi tulang, ketuk besi masuk dalam tulang, masukkan skru dan lain-lain lagi. Macam nak buat kerja kursus kemahiran hidup. Dengan darah menitik-nitik. Okay. Tak ada lah menitik sangat. Mengalir. Macam air sirap. Nyum nyum. HAHAHAHA.

Kami masuk awal. Patient tak ready lagi. Dok tersadai atas meja kami dah terpacak kat tepi. Biar cepat asal selamat. Bila dapat kol ada kes kat OT, istilah biar lambat asal selamat boleh pergi mati tepi-tepi. Memang nak kena fire dengan dokte kalau naik OT lambat.

Oleh yang demikian, terima lah nasihat orang kali pertama naik OT. Jaga kesihatan buah pinggang dan tulang anda. Semoga kita tak bertemu di dalam dewan bedah.

//
//
//

Serius. Rasa kekok. Nak sesuaikan diri dengan kerja tempat baru.

Ini dugaan terbaru.

No comments: