Friday, December 21, 2012

To my beloved kak lin

Terngiang lagi nasihat Kak Lin kat Tika. Tika cuba ikut. But in the end, Tika tak dapat nak ikut, tak dapat nak kawal tambah-tambah lagi berkaitan dengan... you know. Kohkohkoh. Sedih. Sedih darab dua belas. Kak Lin, I miss you darab dua puluh tiga. T______T Bila jadi hal macam ni, tika tak boleh dan taktau macam mana nak handle. Tika tau dugaan ni kecik saja kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang orang lain tempuh.

Tika dah taktau nak buat macam mana. Kalau lah makan aiskrim boleh bagi reda rasa sedih, dah lama Tika makan banyak aiskrim. Tapi cara tu tak praktikal. Boleh pokai. Lari bajet belanja makan untuk seminggu. Kena pulak nak aiskrim baskin robin. Memang kewangan dalam keadaan bahaya. Kalau masa kerja, boleh guna modified techniques. Tapi untuk ni, Tika taktau nak modified macam mana. Rasa sangat noob. Penyudahnya, empangan air mata pecah. Alar. Macam dulu-dulu kita suka bagi empangan air mata kita pecah

Tika cuba buang semua perasaan yang tak comel langsung ni. Tapi macam degil sangat perasaan tu nak keluar sampai rasa nak rotan punggung perasaan tu, kalau dia ada punggung lah. Tak ada punggung, kita rotan kat tangan dia. Tak pun, ikat perasaan-perasaan tak comel tu kuat-kuat lepas tu letak dalam peti besi campak tengah laut. Takpa. Penang kan tengah laut. Senang nak campak peti besi tu.

Kadang-kadang Tika rasa Tika bukan Tika. Tika rasa Tika ni mariah carey. Eh. Silap. Nak taip lain tertaip lain. Nak delete, sayang. Kohkohkoh. Tika rasa Tika bukan Tika yang dulu.

Sekarang Tika dah tak gila main game dekat facebook macam dulu. Dah setahun lebih tinggal.
Sekarang Tika dah tak selalu makan nasik goreng ayam macam dulu.
Sekarang Tika dah tak jaga time makan macam dulu.
Sekarang Tika dah tak selalu updae blog macam dulu. Dugaan yang datang, blog jadi mangsa. Memang betul apa yang orang dulu-dulu kata. Kalau takmau jari kena kepit dengan ketam, jangan berumah di tepi pantai. Tika pun taktau apa kaitan ketam dengan dugaan yang tika rasa. Takpa. Tak terjejas ekosistem bumi. Hati Tika saja yang terjejas.
Sekarang Tika dah berubah, tak macam dulu. Banyak berubah. Rasa macam dah jadi Mariah Carey pun ada jugak. Kohkohkoh. Acah saja.

Tapi ada satu yang pasti. Masih ada lagi sebahagian diri Tika yang masih macam dulu. Tinggi badan dengan saiz kaki tetap tak berubah. Itu memang pasti. Kak Lin jangan risau pasal tu. Senang nak cuci kipas kat siling. Tak pun lawan badminton dengan Lin Dan ke.

Tika rindu nak dengar love advice daripada Kak Lin.
Tika rindu Kak Lin.
Tika rindu nyut nyut dengan nyet nyet.
Tika rindu macam-macam lagi.


Kak Lin, jom pi makan kek.

Saturday, October 27, 2012

Kali kedua

Ehem.

Beberapa minggu lepas dapat kes rare. Tak semua orang dapat. Dua minggu berturut-turut duty portable aku dapat kes kat wad psikatrik atau nama glemer, PSY. Heee. Automatik orang akan ingat PSY Gangnam style.

Wad akan mintak portable xray bila patient tak boleh nak bagi kerjasama. Depa pun tak berani nak bawak keluar patient. Kawan aku dah pernah buat portable xray kat wad PSY masa oncall. Aku baru ni nak merasa dapat buat. Teruja weih. HAHAHHAHAHA. Sebab bukan senang nak dapat kes.

Ramai jugak patient kat wad PSY. Dan ramai jugak yang muda-muda lagi. Cantik dan hensem. Tapi sangat sayang.

Depa pun tak mintak jadi macam tu.

Tapi yang aku pasti, masa buat portable xray dekat sana, tak ada pulak patient yang menari buat Gangnam Style walaupun depa duduk kat wad PSY.

Jadi, paham-paham lah sendiri. Hewhewhew.

Taknak upgrade telefon ke IOS 6

Assalamualaikum.

Balik rumah, aku godek-godek telefon. Bila dah tak tahu nak bukak apps apa kat telefon, tangan gatal bukak kat setting dan software update. Tu tempat yang aku akan bukak bila dah boring godek-godek Facebook, Twitter dengan Instagram.

Tangan yang gatal jugak aku tertekan download and install. Memang gatal sungguh tangan. Gatal cari masalah. Disebabkan telefon aku dah jailbreak, adalah dilarang sama sekali untuk update ke IOS 6. Tak boleh. Kalau lah boleh nak terjemahkan betapa tak boleh tu dalam bentuk banner, aku guna font scary saiz 72 siap guna darah lagi untuk tulis.

Dan macam biasa, tangan gatal dah tertekan.

Aku tak boleh nak stop download, pause dan lain-lain lagi. On off telefon, buang simcard pun tak jalan jugak.

Damn.

Dah start gelabah. Terus Google cepat-cepat macam mana nak stop download. Ada cara nak stop tapi tak berapa nak berkesan. Then aku ada jumpa cara penyelesaian. Tapi sebelum aku jumpa penyelesaian, aku buat macam-macam. Antaranya;

1. Turn off wifi. Ia akan pause downloading. Bila on balik wifi, sambung download balik. Huuh. Tak boleh pakai cara ni. Jadi cara ni boleh pergi mati tepi-tepi.

2. Biarkan aktiviti downloading IOS tu jalan. Dan pada masa yang sama, bagi bateri abes. Main lah games ke camwhoring ke buat video cerdik ke asalkan bateri abes. Nak amek gambar sambil buat pose duck face pun boleh. Tak salah. Mungkin lagi cepat bateri telefon abes. Sebab kamera tak sanggup nak hadap muka duck face sampai dia cepat-cepat nak tamatkan riwayat dia masa tu. Heeee.

3. Aku biarkan telefon turn off sendiri. Lebih kurang setengah jam, baru aku on dan cas telefon. Aku off wifi rumah jugak.

Guess what?

Menjadi.

Sebab...



Memory telefon tak cukup. Untuk complete upgrade, memory storage kena ada at least 2.5 GB. Memory aku kurang daripada tu. Jadi, tak boleh nak upgrade. Wehuuu. Lagipun, memang asalnya memory aku dah ak cukup walaupun tak amek video atau gambar. Aku tak perasan pasal memory tu. Tapi whatever. HAHAAHAHAH.





Everything goes back to normal.

Thursday, October 18, 2012

Sayu


Aku dah agak. Aku mesti kena fire since aku budak baru. Pagi-pagi dah kena tegur dengan manager. Dia tanya kes apa yang ada semalam. Aku bagitau semua kes yang aku masuk. Dia pesan. Kena cepat belajar. Aku akur. My bad. Tak ada courage nak buat kes sorang-sorang. Serius.

Keesokkannya aku duty portable. Sedih bila jadi macam tu. Pagi-pagi mood happy dah jatuh. Pergi ward pun rasa sedih. Kalau kes banyak kat ward tu biasa lah.

Nak cari balik keseronokkan. Buat kes lain. Buat betol-betol. Buat xray knee. Dapat true lateral. Woot woot. Mood sedikit naik. HAHAHAH. Dapat buat true lateral knee xray pun dah boleh bagi happy sedikit.

Perlukan keberanian. Itu baru sikit.

Wednesday, October 17, 2012

Kali pertama

Assalamualaikum.

Mungkin bagi orang lain ni bukan kali pertama masuk dewan bedah. Bagi aku, sebagai junior memang kali pertama since masa praktikal aku tak pernah jejak kaki kat dewan bedah. Malas. HAHAHAHA. Dah kerja baru nak masuk.

Balik daripada kursus mammogram, dapat tahu yang nama dah masuk dalam jadual untuk duty kat dewan bedah. Sebenarnya, panjang nak taip dewan bedah. Memandangkan aku bukan manusia yang rajin, aku sebut OT saja. Huuh. Terbayang aku cerita anak jiran yang kerja sama dengan aku macam mana dia mula-mula masuk OT. Biasa lah. Cerita kali pertama kalau masuk part anak jiran baru nampak macam dramatik sikit. Itu baru part anak jiran. Tak masuk lagi part anak kucing jatuh longkang ada bomba datang selamatkan. Itu bukan dramatik. Itu namanya melampau anak kucing jatuh longkang sampai bomba kena masuk campur. Nasib ambulans tak datang jugak. Kalau ambulans datang masuk campur, ini dah jadi cerita sinetron. Nama saja sinetron tapi jangan ada yang kata megatron turut serta berlakon sudah lah. Apa kaitan megatron dengan anak kucing serta sinetron.

Tengok.

Asalnya sebut pasal anak jiran. Dah berpanjangan jadi perenggan sinetron. Tak apa. Semoga tak ada anak kucing yang jatuh longkang. Jatuh hati tak apa. Aku boleh tolong sambut. Hik.

Dua perenggan membazir. Sangat membazir di mana tak ada kena mengena dengan dewan bedah. Meh sambung balik.

Masa nama aku dalam jadual, aku tak pernah masuk OT. Ada kes kat OT tapi aku tak naik. It's complicated. Kalau nak hurai, anak kucing dengar pun boleh jatuh longkang. Jadi, sebab nak tahu macam mana rasa masuk OT, aku ikut kawan. Jadi dapat tahu macam mana nak handle machine C arm kat OT. Setakat ni, aku dah masuk dua kali.

Masa kali pertama bertentang mata, tengok dokte buat kes PCNL, aku rasa macam sakit buah pinggang. Macam buah pinggang aku yang kena cucuk. Setakat ni dah masuk untuk kes orthopedic. Macam biasa. Ada sesi dokte belah isi badan, gerudi tulang, ketuk besi masuk dalam tulang, masukkan skru dan lain-lain lagi. Macam nak buat kerja kursus kemahiran hidup. Dengan darah menitik-nitik. Okay. Tak ada lah menitik sangat. Mengalir. Macam air sirap. Nyum nyum. HAHAHAHA.

Kami masuk awal. Patient tak ready lagi. Dok tersadai atas meja kami dah terpacak kat tepi. Biar cepat asal selamat. Bila dapat kol ada kes kat OT, istilah biar lambat asal selamat boleh pergi mati tepi-tepi. Memang nak kena fire dengan dokte kalau naik OT lambat.

Oleh yang demikian, terima lah nasihat orang kali pertama naik OT. Jaga kesihatan buah pinggang dan tulang anda. Semoga kita tak bertemu di dalam dewan bedah.

//
//
//

Serius. Rasa kekok. Nak sesuaikan diri dengan kerja tempat baru.

Ini dugaan terbaru.

Sunday, October 14, 2012

Rindu

Assalamualaikum.

Masa buat entry ni aku tengah oncall malam minggu. Malam di mana aku sepatutnya berpoya-poya kat rumah dengan keluarga, bantal, tilam, selimut dan peti ais. Bukan di hospital. Bukan bukan bukan. Masa ni aku rasa kat sini hujan. Aku rasa lah sebab dengar bunyi macam hujan dan kemain sejuk lagi. Kalau tak, tak ada lah ada aunty yang datang buat xray kata sini sejuk. Well aunty, tak payah pergi United Kingdom pun dah boleh rasa sejuk. Datang saja xray department. Macam mana kami boleh survive dengan suhu sejuk ni? Sebab kami semua reptilia. Heee. Sapa percaya memang lah ... Kami kan taf. Eceh. Sengaja highlight United Kingdom, tambah-tambah lagi tempat yang nama ..... Tak apa lah. United Kingdom tak bersalah. Yang salah ialah .... Kalau aku dapat dia, nak saja aku ...... . Macam seronok pulak main teka-teka. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betol. Kasihan United Kingdom. Terbabit dalam konflik dan permainan isi tempat kosong. Memang kasihan United Kingdom tapi tak kesian pun kat Machester United. Pekdahnya kesian kat Machester United. HAHAHHA.

Sebelum abah balik daripada hantar aku kat rumah sewa, abah ada kata. Kalau esok lepas kerja bak balik rumah, abah boleh tolong pi amek kat hospital. Sayu aku dengar. Ikutkan hati memang nak balik rumah. Tapi kesian kat abah. Kena drive malam-malam pergi Penang semata-mata untuk amek aku.

Aku beritahu menatap indahnya senyuman di wajahmu buatku terdiam dan terpaku. Dia kata tak payah balik. Kesian kat aku dan abah. Aku balik kerja penat. Abah kena drive jauh. Aku akur walaupun ... Isk isk isk ... Nak balik rumah sebab rasa rindu dengan family dan rumah dan barang - barang dalam rumah. Daaaan pelbagai jenis aktiviti yang boleh dibuat di rumah. Eceh. Ayat macam nak buat sukaneka dalam rumah. Cari gula-gula dalam tepung. Hik. Berani kau nak main tepung dalam rumah. Tak pasal-pasal mak aku uli jadi kuih ketayap.

Banyak perkara yang aku rindu mahu buat di rumah.

Aku rindu;

  • berguling-guling atas katil sampai nak terhantuk kepala lutut kat dinding
  • rindu bukak peti ais cari makanan tersembunyi. Makanan yang selalu nampak dalam peti ais adalah ikan bilis.
  • download movie secara berleluasa. Nak cari movie memang rajin. Nak tunggu movie abes download memang malas.
  • kacau adik guna bantal peluk guna cara psiko
  • buat lawak cerdik dengan adik di mana kalau buat lawak cerdik tu dengan mak memang nak kena fire balik sampai rentung. Biasa lah. My mum is a super mummy. Ada kuasa ultraman dan kuasa bulan. Jangan main-main dengan beliau. Kami, anak-anak selaku AJK tingkatan empat dan AJK keceriaan serta raksasa kecik dah selalu kena fire. HAHAHAHA. Biasalah. Dah nama pun anak-anak nakal. 
  • main tukar-tukar channel tv. Bila dah penat tekan remote control, channel radio yang aku bukak. Nak bukak channel MTV kena line clear. Nanti kantoi ada video pitbull dok berjoget, tak pasal-pasal kena fire dengan supermummy. Nanti kena fire dengan ayat makan dalam. "hampa ingat rumah ni disko"
  • nak main game tumblebugs yang tinggal lagi satu level nak menang. Lepas format laptop abes usaha aku nak menang. Game ni pun dah tak boleh bukak. Isk isk isk :'(
  • sembang dengan family tentang macam-macam perkara. Yeah. 
  • nak bukak Myspace dan baca ayat-ayat cinta yang indah especially pantun buah-buahan. Ada orang kacak bagi. HAHAHAHA.
  • katil yang empuk. Tilam kat rumah sewa memang tak best sebab nipis. Jadi tak boleh baring lurus. Kena tidur mengiring. 
  • nak tengok CSI dan America's Next Top Model. Aku peminat tegar cerita ni tapi tak ada lah sampai tegar melampau-lampau kalau tak tengok boleh cirit birit atau makan tak kenyang mandi tak basah. Sebenarnya perumpamaan tu agak melampau tapi tak apa. Amek saja yang mana terlintas di kepala. 

Aktiviti macam tak menyeronokkan dan macam orang tak ada life. HAHAHAHA. Well. Bila dah kerja, baru lah hampa nak hargai aktiviti macam ni, yang hampa kata fak ada life ni sebab aku pun pernah kata perkara yang sama.

Friday, August 31, 2012

Manis II

Aku dah standby nak off machine ct scan sebab dah yakin tak ada kes dah untuk ct scan. Masa ni keyakinan sangat tinggi sampai kalau gempa bumi jadi lagi sekali pun keyakinan tetap steady. Tak goyang. Baru duduk depan control panel, telefon bunyi. Cis. Ada kes. Dah pukul 7 pagi. Masa ni lah nak ada kes. Cis cis cis. Nak hantar patient untuk ct scan abdomen. Aarrggh. Kenapa mesti kes yang guna contrast.

Tak apa. Keep calm and take a deep breath.

Katanya urgent. Okay. Fine. Aku pun dengan urgentnya load contrast dan saline. Urgent bukak pintu ct scan dengan harapan urgent patient datang dengan urgent.

Selesai satu patient, ada kol lagi. Staff nurse tak bagi balik. Ada kes CTU urgent katanya. Okay. Fine. Aku pun dengan urgentnya tunggu patient datang. Bila tengok indication, suspect calculi kat kidney or hydronephrosis. Hhmm. Batu yang buat onar kat buah pinggang sampai situasi jadi urgent. Oh ya. Memang betol sangkaan dokte. Patient ada batu dekat ureter dia.

Selesai kes CTU, orang dah masuk kerja. T____T Dengan sedih sebab tak mandi lagi, print filem CTU. Dokte pun urgent sampai awal pagi bak report kes ct scan abdomen urgent tadi dengan urgentnya. Sempat jugak nak mintak chest xray portable. Aku surrender. Pass kat orang pagi pulak.

Dokte kata, pergi lah balik. Pass kerja kat orang lain. Mereka dah masuk kerja.

Terharu.

Bila masuk kerja tengah hari, dokte tegur. Semalam busy ke. Masa dia datang untuk tulis report, beratur patient depan bilik xray. Dah hantar empat patient sekali gus. Mau tak jadi macam pasar malam depan bilik x-ray. Itu baru patient dengan orang yang tolong teman depa. Kalau yang jenis datang bawak satu kampung tak ke jadi macam funfair deparment x-ray. Haish.

Dokte pun paham. Anak buah dia dari malam tadi sampai pagi buat kerja.

Aku pun manusia. Ada rasa letih.

Saturday, August 25, 2012

Terima Kasih ...

Ada dua patient untuk xray. Dan dua-dua patient atas stretcher. Seorang untuk ct scan brain, seorang lagi untuk xray biasa, long list xray. 

Patient ct scan tak abes set iv line. Jadi hantar patient untuk long list xray dulu. Masa buat kes, patient ct scan sampai. Uncle datang bagitahu patient dah sampai. Dia tengok aku bertungkus lumus nak siapkan cepat kerja.

Uncle kata, takpa. Buat kerja pelan-pelan. Dia tunggu.

Selesai kes, terus lari pergi ct scan. Ni bukan sekadar taip perkataan "lari" untuk sedapkan ayat. I mean it. Aku betol-betol lari. Orang lain seronok-seronok tido, aku berlari dalam hospital. Sebab tu aku kurus slim langsing. KAHKAHKAHKAH. Maafkan aku terbuat ayat tadi. Tiba-tiba keluar ayat poyo tersebut dan rasa sayang nak delete balik. Jangan tembak kepala aku bila baca ayat tu tadi. Aku insan biasa yang suka makan nasik. Balik semula pada cerita patient. Bila sampai ct scan, sejuk hati.

Patient dah on table, dah siap positioning untuk scan.

Terharu.

Terus register dan abeskan scan cepat-cepat.

Terima kasih sebab tolong position patient.
Terima kasih sebab tolong letak patient on table siap-siap.
Terima kasih sebab tunggu saya abeskan kerja saya.

Kadang-kadang benda kecik boleh bagi orang lain gembira.

Wednesday, August 22, 2012

Oncall

Assalamualaikum.

Ini well, kali pertama kerja di bulan Ramadhan. Kali pertama berbuka puasa sambil bekerja. Masa praktikal tak kira. Eceh. Ayat macam busy like a bee. Hey. Bukan kah aku boleh bertukar jadi lebah. Biasa lah. Nak jadi queen bee tak dapat jadi lah lebah kecik. Small and dangerous. Hik.

Ada jugak kena standby untuk pergi kerja atau perkataan dambaan pilunya oncall di hari Sabtu. Orang lain bersuka ria rehat kat rumah, aku kena kerja. Tak apa. Semua tu duit. Sebenarnya seronok jugak oncall masa bulan puasa. Patient tak ramai. Pukul 12 malam dah boleh tidur dengan aman sampai subuh. Tapi itu ikut jugak. Tak semestinya tak ramai patient.

Sebabnya pernah ada kes sampai pagi sebab ada patient. Orang lain 8.30 pagi dah wangi, hensem, cantik masuk kerja. Aku dengan comot, selekeh, tudung senget, tak mandi lagi dok tolak patient atas stretcher sorang-sorang T______T Setakat ni dah dua tiga kali jadi macam tu. Macam biasa, cakap berdasarkan pengalaman

Sekarang sudah jarang buat oncall dan overtime. Sangat jarang. Bukan malas tapi tak rasa nak buat oncall. HAHAHAAH. Haish. Mana ada malas. Jarang saja. Maybe sebab aku pun dah ada kenderaan sendiri. Makin galak balik kampung. Setiap hari balik. Sanggup redah traffic jam kat jambatan pulau pinang yang macam amp;amp;@"#%* semata-mata nak balik rumah.

Kes macam biasa. Ada patient demam, datang xray. Accident, lagi lah pergi xray. Patah tulang selengka, kaki, tangan dan patah lain-lain lagi. Sakit perut pun datang xray. Pening kepala pun datang xray jugak, tak boleh berak datang xray, tak boleh kencing, datang xray. Cuma aku tak pernah dapat kes patah hati saja. Kalau dapat kes tu, aku pun taktau nak xray macam mana. Setakat balut guna micropore ke gam UHU ke aku tahu. Tak pun lapik hati yang patah guna kain anduh boleh lah. Nak ubat patah-patah ni pergi jumpa dokte tulang ke hati ke. Kalau diri sendiri yang patah hati? Boleh pergi menanges bawah titi sambil makan choki-choki.

Sahur masa oncall, boleh lah nak lapik perut makan roti, biskut takpun kuih bukak posa tadi. Kalau tak rajin, tak sahur sebab rasa kenyang bila dapat tido. Dapat tido masa oncall sama macam jongkong emas jatuh daripada siling. Serius. Lagi serius daripada sirius black.

Oncall masa bulan puasa dengan oncall bukan dalam bulan puasa tak banyak bezanya. Yang bezanya... Hhmm... Yang bezanya... Hhmm... Mungkin bilangan patient. Mungkin saja. Tunggu lah lepas raya nanti. Tempat xray dah jadi macam pasar malam. Merangkak buat kerja.

Sunday, June 24, 2012

From Cameron Highland with Love

Assalamualaikum.

Eceh. Tajuk rasa macam mintak muka kena sagat kat jalan raya.

Disebabkan nak abeskan cuti 4 hari yang tak boleh dibawak ke tahun depan, macam besa, pi lah jalan-jalan. Apa lah erti jalan-jalan tanpa shopping. Dah abes banyak duit kat Jakel. Aku pun tak tahu doa apa salesman tu guna sampai kain apa yang dia pegang semua aku beli. Bahaya bahaya bahaya. Ayat bodek yang tak pernah lekang daripada mulut dia adalah adik manis. Ya. Dia panggil aku adik manis siap bagi air laici yang sangat manis kat aku. Tak bagi air laici manis pun aku dah manis. Semut tengok aku pun boleh dapat kencing manis. KAHKAHKAHKAH. Mau tak panggil aku adik manis. Dah dekat beribu duit abes kat Jakel saja.

Move to Cameron Highland's story.

Lalu ikut jalan dari Tapah. Memang menguji skil memandu tambah-tambah lagi drive kereta manual. Abah, you my idola. I love you. Kalau aku drive kereta manual, memang akan jadi cerita sedih korea episode 5.

Sampai sana, apa yang kami cari dulu adalah kedai makan dan peta. Aku pulak sibuk mencari kedai jual barang-barang strawberi. Heee. Kemudian baru jalan-jalan kat strawberry farm dan tea farm.

Petang tu pergi pasar malam. Aku macam tak berapa ketahuan. Macam nak beli semua barang yang berkaitan dengan strawberry. Nasib baik duit tak berapa nak banyak, you know, lepas berpoya-poya kat Jakel. Ada banyak barang strawberry yang cantik, comel dan murah. Orang lain sibuk beli buah strawberry cicah coklat, aku sibuk beli stokin gambar strawberry. HAHAHAHA. Tiba-tiba jadi obses dengan barang strawberry.


Esok pagi lepas breakfast, pergi jalan-jalan beli barang. Aku macam biasa. Jadi tak ketahuan tengok barang strawberry. HAHAHAHA. Breakfast kat hotel ni bagi aku okay. Ada banyak makanan. Makan lah sampai perut jadi bulat macam tempayan. Tak apa. Tak ada yang nak marah. Tapi jangan harap nak dapat perut kecik comel macam strawberry kalau makan macam tak jumpa makanan sejak dari zaman sebelum merdeka lagi.





Ada nampak pancake kat atas? Mampu makan sikit sebab ada kisah sedih disebaliknya. Ini lagi sedih daripada cerita korea episode lapan. Niat hati nak cari syrup untuk makan dengan pancake. Bila sudah jumpa, tuang lah atas pancake. Masuk saja dalam mulut, rasa menyesal letak syrup tu atas pancake. Tak sedap langsung. Ini syrup palsu. Sangat alsu syrup ni. Sebab apa palsu? Sebab tu adalah kicap, bukan syrup. Cis cis cis. Aku tersilap amek. Cis cis cis.

Oh ya. Masa dekat srawberry farm sempat tengok kejap depa shooting drama vanila coklat. Masa tu tak kenal sapa pelakon-pelakon tu sebab aku pun jarang tengok tv. Dah kenal jadi sasau bila tengok Amir. KAHKAHKAH.

Masa pi bee farm dengan harapan dapat tengok maskot lebah tengah tiup belon untuk budak-budak ke tengah lambai-lambai kat orang yang ke. Rupanya ada patung lebah batu saja. Kalau nak tengok payung batu lebah, boleh lah pi sana. Tak rugi kalau tak pi sana. Serius. Butterfly farm boleh lah tahan. Aku teruja nak kejar rama-rama kat sana walaupun sebenarnya ada jugak rasa takut nak duduk dekat-dekat dengan rama-rama kat sana. Buat-buat berani. Rama-rama kat sini tak berapa nak colourful. Kaler lebih kurang sama ja.

Kerja part time jadi duta taman rama-rama. Rehat sebentar daripada jadi duta Jusco.


Duta lebah kembali beraksi. Yeah.

Queen bee yang tak menjaga penampilan diri. Comot. Aku sebagai lebah berasa sangat dukacita dengan sikap queen bee yang bersikap sedemikian.

Ada jugak cadang nak pergi taman bunga. Tapi bila tengok bayaran yang bagi aku boleh tahan mahal, aku cancel. Lain kali saja lah masuk.

Cameron Highland memang best. Ada keistimewaan tersendiri. Kalau pergi sana dan tak jalan-jalan mana pun dah okay. Tak pun makan kek dan minum teh panas sambil tengok sunset.  Cepat lah dua tahun. Nak pergi Cameron Highland dengan... dengan... hik.

 Sebelum

Selepas

Sangat tenang. Bila tengah malam, sejuk macam aku ni ikan bawal dalam peti ais.KAHKAHKAKAH. Sebenarnya aku pun dah lupa nak taip apa. Biasa lah. Ini cerita lama. Disebabkan pergi Cameron Highland, aku suka lagu Hyper Act, Ku Tiba Lagi. Kalau malam, selain daripada pergi pasar malam, kami dah tak tahu nak pergi mana. Tapi sempat jugak kami main lif lambang tak tahu nak buat aktiviti apa dan menghilangkan rasa sejuk. Lagipun, parking kat hotel yang kami duduk agak terhad.

Dan sekarang, keinginan nak pergi sana tak padam.

Sunday, June 17, 2012

Today is My Birthday

Assalamualaikum.

Eceh. Birthday girl buat entry baru sempena hari lahir. Hik.

Ini entry yang tak berapa nak manis walaupun sepatutnya manis sampai orang baca boleh dapat diabetes. Sebabnya ia dibuat semasa birthday girl rasa hati tak berapa manis. Mungkin entry akan jadi rasa sweet sour.

# Semakin jauh

Now playing : Rita Ora, R.I.P

Aku ada rasa, sedikit di pelosok hati yang comel ini, perasaan semakin jauh. Aku setiap hari cuba buang perasaan yang tak manis ini. Setiap hari aku cuba sedaya upaya aku untuk kekalkan setiap perkara yang manis yang aku buat dan jaga dari dulu sampai sekarang walaupun aku kena tolak tepi keinginan aku. Ya. Aku ada banyak keinginan yang aku nak buat sebelum aku... you know... pergi ke satu fasa penting dalam hidup. Aku sayang setiap perkara manis yang aku buat dan jaga dari dulu sampai sekarang. Tapi hari ini hari lahir aku. Please, dont make cry *air mata dah start nak keluar*. Sepatutnya hari ini dihiasi dengan ketawa, lawak dan kasih sayang *okay. air mata sebelah kanan dah menitik keluar* Bukannya dengan sesuatu yang hambar T___________T *giliran air mata sebelah kiri pulak menitik keluar*

Walau penat macam mana pun (especially bila hari kerja yang kena stayback. blergh), walau mengantok macam mana pun, walau lapar macam mana sekali pun, aku buat seperti biasa, macam aku tak mengantok, lapar dan penat sebab aku nak kekalkan perkara-perkara manis yang aku selalu buat. Aku akan deny rasa mengantok, enat dan lapar sebab aku tak nak suasana jadi hambar dan tak seronok. Bunyi macam budak degil. HAHHAHAH. Semua perkara manis tu bukan sehari dua develop, sudah bertahun lamanya. Again. Serius rasa sebak bila celebrate hari lahir dalam keadaan hambar. Tak bagi hadiah Iphone pun tak apa. Dapat sembang sekejap walaupun kat telefon dengan ceria pun dah cukup. Tapi kalau nak bagi hadiah Iphone aku terima dan tak akan tolak. HAHAHAHA. Now, I'm alone, duduk depan laptop sambil menikmati kedinginan aircond sorang-sorang dan dengar lagu R.I.P by Rita Ora.

Sepatutnya aku dengar lagu Saloma Selena Gomez, I love You Like a Love Song.
Sepatutnya aku sembang di telefon mengenai perkara-perkara yang manis dan bahagia.
Sepatutnya aku beli saja telefon HTC tu tadi sebab promoter tu... Ehem... Ehem... Sebab pandai jual telefon lah. Takkan jual telefon saja. Jual hati tak mahu? KAHKAHKAHKAH.

Kalau berdua menikmati kedinginan aircond lagi best. Hik. *senyum gatal* Nak sembang sekejap di telefon pun tak dapat, apatah lagi nak .... *speechless* .... T______T *sambung menanges satu sungai*


# Oncall

Now playing : Vanessa Hudgens, Come Back to Me

Sudah lah aku kena oncall hari Ahad di mana memang aku tak berkenan langsung. Tempat aku kerja tak amek cuti Israk Mikraj. Cis cis cis. Kedekut cuti. Hari orang lain bergembira sebab cuti umum, aku kena kerja. Bukan sekali dua. Banyak jugak bila dikira. Mak ada tegur. Kenapa asyik oncall hari cuti. Aku ingat nak let go saja oncall masa public holiday bulan depan. Kalau nak cerita pasal oncall, nanti lah. Semak bila pikir. Oleh yang demikian, sempena menyambut hari lahir yang hambar dan kurang kasih sayang, tak mahu pikir oncall.


# I miss You

Now playing : Bruno Mars - Catch A Grenade | The Hooligans Remix

Tak masuk langsung rindu dengan lagu grenade. HAHAHHAHA. Punya lah bersungguh-sungguh aku usaha cari lagu ni. Jumpa jugak. Rasa nak berjoget hoyeh hoyeh pusing keliling rumah. Sudah lah rindu, sedih pulak tu.. Punya lah rindu dan sedih sampai perut rasa pedih. Esok kena isi minyak kereta. 



# I gotta feeling

Now playing : Lindsay Lohan, Over

Kadang-kadang pernah terlintas kat hati ni sesuatu yang kurang manis. Phew. Nasib baik lintas saja. Kalau berhenti dan tak nak jalan dah memang susah. Kadang-kadang aku rasa ... entah lah. Aku bukan lah yang terbaik tapi setiap hari nak jadi yang terbaik. You know. Ada banyak faktor yang mendorong ke arah perubahan ni. Bila tak dapat capai yang kita nak, tak dapat penuhi impian orang lain, memang rasa sakit weih. Antara keinginan diri sendiri dan keinginan orang lain. Contohnya, ada orang nak hampa jadi  lemah lembut tapi kita tak dapat penuhi keinginan tu sebab kita nak jadi Alice dalam movie resident evil tak pun everlyn salt. Kan dah jauh beza. Ada hikmah semua ni. Ni contoh saja. Tu saja contoh yang aku dapat pikir sekarang ni. Heee.


# Nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan

Now playing : Hunny Madu feat Anuar Zain, Kisah Kita

Aku check permohonan aku. Tiga jawatan sudah kena reject sebab tak penuhi syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Punya lah hancur berkecai hati. Sudah lah hari lahir disambut dengan hambar tanpa berkasih sayang di talian telefon, jawatan yang aku apply kena reject. Jawatan utama masih lagi jadi tanda tanya. Sedih weih sedih. Orang lain sambut hari lahir seronok-seronok, aku sambut dengan hambar. Tahun-tahun sebelum ini sambut dengan gembira walaupun tak ada kek, kad hari lahir mahupun hadiah. Dapat sembang dengan orang tersayang pun sudah rasa seronok. Tak apa. Tak apa. Tak apa. Ada hikmah semua ni. Tak akan sebab .... Argh. Simpan dalam hati saja semua tu.


# Merajuk

Now playing : Selena Gomez, I Love You Like a Love Song

Setelah menyambut banyak kali hari lahir, baru aku sedar aku tak reti merajuk. Contoh; tak angkat phonecall ke tak reply mesej ke taknak makan nasik ke taknak basuh baju ke. Sungguh aku tak reti. Untung woooo sapa dapat jadi boyfriend tak pun suami aku. HAHHAHAHA.




//
//
//



Buang rasa sedih dalam peti besi, campak tengah laut. Fokus sekarang, HTC. HAHAHAHHAHA. Oh ya. Seronok baca ucapan hari lahir daripada kawan-kawan. Terima kasih. Ada jugak ucapan yang tak disangka-sangka dapat :) *kenyit mata*

Tuesday, May 22, 2012

your first hello

I will break free from this sphere and will not give into my fears as long as you are in my life together we will defeat strife

Every bleak moment you replace with thoughtful words to embrace those years of trials and tribulations tied us with a strong connection

Days of depression are no more for you heal each of my sore I will not crawl back into that hole cause you are here healing my soul

Feelings of love flutter in my eyes where once it used to be ice you awake a dying woman in me and now I am the woman I can be

I know I am stubborn and annoying yet your patience keeps our relation going you are my one true love to hold

I pray this bond never grows cold.

Sunday, May 06, 2012

Little Wish

Assalamualaikum.

Ada satu hari, ada seseorang datang kat tempat kerja aku. Dia ada datang untuk mengajar something extra tentang kerja yang kami buat tiap-tiap hari. Hari terakhir dia kat sana, dia ada cakap sesuatu yang tak ada orang cakap kat aku sebelum ni. Banyak nasihat yang dia bagi kat kami masa tu yang bagi aku memang berguna walaupun dia cuma datang sekejap saja. Datang dua hari tapi dia dah boleh bagi impak yang besar. Dan sampai sekarang bila aku bekerja, aku ingat pesan dia. Well, pesan mak abah dan insan tersayang menatap indahnya senyuman di wajahmu membuatku terdiam dan terpaku pun aku ingat. Depa selalu pesan dan tak jemu-jemu pesan kat aku.

Salah satu daripada kata-kata orang yang datang kat tempat kerja aku cakap ialah buat apa yang kita masih muda boleh buat. HAHAHA. Walaupun tu bunyi macam hhmm... klise, hey, at least bagi semangat kat aku nak buat oncall dan kumpul duit banyak. HAHHAHA.

Nak jumpa Mickey! Nak jumpa Mickey!

Oh my. I really want this baby walaupun aku tak banyak sangat nak guna apps kat sini dan malas nak explore apps yang ada. HAHAHAH

Coming soon. Ehem.

Haritu dah terlepas nak pergi masa ada kat Putrajaya. Rugi rugi rugi. Kerja punya pasal. Sudahlah cuti sehari saja. T______T

Sangat mahu dan dalam proses ke arah ini. Tak rugi belajar. 

Sangat mahu ke sini. Rasa mahu pergi ke sana hujung tahun ni dengan rakan-rakan. Tak pun dengan keluarga. Kalau tak dapat pergi dengan rakan-rakan mahupun keluar, mahu pergi dengan encik suami. Hik.

Ini pun nak sangat pergi. Tengok harga tiket rasa nak menanges tepi sinki. Apa mahal sangat. Jadi kena kumpul dari sekarang. Kalau tak mula kumpul duit, dinosor hidup balik pun aku tak sampai kat sana.

Ini antara makanan yang menjadi dambaan perut dan usus. Tapi rasa was-was pun sama naik dengan keinginan. Oleh yang demikian, aku pun rasa berbelah bahagi. Penyudahnya, tak makan sampai sekarang walaupun dah bertahun-tahun teringin nak makan.

Ini salah satu destinasi nak pergi. Nak tengok sendiri kecantikan Taj Mahal dan jumpa Kajol. HAHAHHAH


//
//
//


Punya lah banyak keinginan. Semua tu guna duit. Ni ekceli kali kedua aku buat entry ni. Entry yang kali pertama entah pergi mana. Terdelete ke, hilang secara mengejut ke pun aku tak tahu. Kalau hilang lagi, memang lah ....

Tuesday, May 01, 2012

Saya tak gila, saya cuma tak sihat

Assalamualaikum.

Lagi satu siri catatan orang yang asyik on off sakit.


Sepanjang hari merenung siling, berkawan dengan bayang-bayang di dinding
Sepanjang malam dengar ada suara bagitau saya yang saya sepatutnya tido
Sebabnya esok mungkin baik untuk sesuatu
Tunggu sekejap, saya rasa saya menuju ke arah kejatuhan
Dan saya taktau pasai pa


Aku rasa malas nak oncall sebab esoknya kena stayback sampai petang. Kalau diikutkan hati mahu saja aku masuk kerja pagi tu semata-mata tak mahu stayback. Heee. Ada jugak aku offer sapa-sapa amek oncall aku. Ada yang kata boleh amek tapi aku kena stayback. Argh. Baik aku oncall. Dapat jugak claim ot. Dengan berat hati dan kepala, aku teruskan jugak buat oncall untuk malam tu.

Balik rumah, macam biasa, akan beli makan malam. Tapi kedai ada yang tak bukak dan bukak lewat. Aku memang dah rasa malas nak jalan jauh-jauh beli makan sebab kepala pun dah mula rasa sakit. Nampaknya terpaksa makan mi segera walaupun hakikatnya aku tak suka makan. Dari zaman pengkolejan lagi aku tak suka makan mi segera. Beli pun untuk time kecemasan saja. Kalau tak ada kecemasan, memang mi segera tu akan expired. Bukan aku saja, housemates pun tak minat makan. Kami pencinta nasik.


Tapi saya tak gila, saya cuma tak berapa nak sihat
Saya tau, hang tak boleh bagitau la ni
Tapi tunggu sat dan mungkin hang dapat tengok
Bahagian lain saya 
Saya tak gila, saya cuma sedikit terjejas
Saya tau la ni awak tak peduli
Tapi satgi awak akan berfikir tentang saya
Bagaimana menjadi saya.


Basuh baju yang bila fikir macam sikit tapi hakikatnya sangat banyak. Agak menguji kewanitaan aku basuh baju hand-wash. Kalau nampak banyak baju, fikir sikit. Sekurang-kurang dapat kurangkan rasa beban basuh banyak baju. Usai solat Isyak, dah standby dengan handphone kat tangan. Eerr. Bila oncall, nak pergi toilet pun aku tak tenang. Takut hospital kol aku tak dengar. Tunggu punya tunggu dekat sejam hospital tak kol lagi. Kawan aku dok seru-seru nama hospital bila nak kol aku. Memang nak kena tidur kat luar budak ni malam ni. HAHAHAHA. Masa dok sembang-sembang kepala aku dok sakit. Kuat. Sakit macam nak ...

Berkat seruan masin kawan, hospital kol jugak. Ada kes dari A&E. Kes pertama aku adalah nasal bone. Dan ni kali pertama aku buat nasal bone xray sepanjang aku kerja kat sini. Dan memang rezeki aku, patient yang datang umur setahun. Wuuuuu. T_____T Aku agak susah hati bila dapat patient budak-budak. Tapi alhamdulillah. Tak meragam dan langsung tak menanges. Sangat bagi kerjasama. Aku yang rasa nak menanges sebab budak tu baik sangat.


Saya bercakap dengan diri sendiri di tempat awam,
Pedulikan pandangan pada kereta api,
Dan saya tau, saya tau depa dok cakap pasai saya,
Saya dapat dengar depa bisik tentang saya, dan ia membuatkan saya berfikir
Mesti ada yang tak kena dengan saya
Lepas berjam-jam fikir, saya pun taktau dah


Malam tu tak banyak kes. Cuma empat orang patient saja. Bila sampai tengah malam, aku dah surrender. Sakit kepala makin kuat. Dah sampai masa untuk rehat. Nak tido pun ada cabaran jugak. Sangat sejuk walaupun dah off aircond. Aku memang dah tutup muka badan semua guna selimut putih lambang terlalu sejuk. Nasib lah sapa masuk department aku ternampak aku dalam keadaan macam tu atas katil ultrasound. Sapa suruh masuk tak bagi salam.

Esok pagi balik rumah kena hujan. Tapi tak ada lah lencun bagai. This is where the journey begin. Bila sampai rumah, aku akan mandi, breakfast dulu kemudiam baru tido. Tapi aku tak boleh tido. Dalam pukul 10 pagi baru boleh lelap. Kepala sudah merry go round. Makan roti yang tak sedap langsung memang penambah perisa kepala sakit kepala dan ketidakbestan badan.


Saya dok bercakap dalam tido
Tak lama lagi depa datang dapatkan saya
Yeah, depa bawak lari saya


Masuk kerja kes pertama untuk petang tu adalah skull xray. Sudah lah aku kepala rasa berat, buat xray kepala patient yang banyak tanya memang mengundang murka. Tak padan dengan muka luka-luka. Kang aku hempuk dengan spanar. Kes banyak sampai ke petang especially ct scan. Memanjang ada kes ct abdomen dan ct abdomen pelvis. Nasib baik doktor pun ada tolong. Tolong print filem ct scan. HAHAHAHHA. Nak kerja abes cepat. Dan doktor jugak dengan baik hati tolong hantar aku balik sampai jeti. Terima kasih sebab hantar budak demam sampai jeti.

Kepala petang tu rasa tak best jugak. Badan pun rasa tak best.

Sampai rumah rehat-rehat dulu. Internet pulak tak ada. Haish.

Malam tu memang tumpas ketiduran awal. Rasa sangat sejuk. Memang tak on kipas. Sejuk lebih kurang macam semalam. Memang senang tido bila dah sakit. Bangun pagi kepala masih lagi sakit dan rasa berat. Lepas breakfast sambung tido lagi. HAHAHHA. Nak buat kerja rumah pun tak larat. Nasib baik selera makan tak putus.

......

Masuk harini dah tiga hari demam dan demam semakin pulih. Batok dan selsema jugak makin kurang. Jumpa doktor di klinik. Dia cakap aku maybe ada sakit eerr... aku pun dah lupa. Nama terlalu medic. Dia cakap tekak aku sedikit merah tapi dah tak demam. Kali ni demam tak teruk sampai kena xray. Ya. Masa tu aku baru masuk belajar. Baru nak belajar apa itu xray dah aku pulak yang kena xray. Haish.

........

Kalau lepas ni demam dan batok lagi, aku kena buat blood test. Dulu sudah lah dua minggu batok dan selsema. Ini suara pun dah bertukar. Beginilah hasil catatan orang sakit. Sampai terkeluar satu lagu yang dia sendiri translate dan catatan satu hari yang kurang berkualiti.

Aku perlukan ubat selain daripada antibiotik. Ubat yang lebih berkesan.

Duit dan shopping. HAHAHHAHAH. Tak dilupakan jugak, KEK


Sunday, April 22, 2012

Wedding : Lovely :)

Assalamualaikum.

Macam biasa. Aku selalu ada entry tertangguh. Kali ni aku datang dengan entry tertangguh yang penuh dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Ehem.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Munira (Kak Eira) dan pasangan tercinta Shariman (Abang Eiman) yang merangkap senior masa kat kolej. Majlis telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Sabtu, 10 Mac 2012 bersamaan 17 Rabiul Akhir 1433 Hijrah di Tanjung Dawai, Sungai Petani.


Sebahagian hantaran daripada pihak perempuan untuk pihak lelaki

Makin comel budak kecik sebelah aku ni. Seriously. Dah pandai belit-belit tudung. Aku tau belit bandage kat tempat luka saja. Tu pun lepas beberapa kali cubaan baru berjaya T______T

Pandangan sisi pengantin cantik dan pengapit pengantin yang gorjes. 

Ehem.

Again. Pengapit gorjes

Sebahagian daripada hantaran pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan

Pelamin comel :)

Pengantin baru yang telah lama bersemai kasih sayang. Eceh.

Pengapit pengantin yang gorjes di mana-mana. Itu lah Kak Nana :P



Masa kenduri merupakan masa untuk kawan-kawan berjumpa dan berkumpul. Lepas belajar semua bawak haluan masing-masing. Ada yang sibuk dengan kerja, oncall bagai. Semoga kenduri kawen kawan-kawan aku nanti aku tak kena oncall atau stayback. :P

Weih. Nak kawen bagitau awal-awal. Aku nak book cuti. Hewhewhew. :P

Sunday, February 26, 2012

Busy Like a Bee


Assalamualaikum.

I'm busy like a bee. I mean, queen bee. Bunyi macam hebat sikit kalau jadi queen. Macam lebah baru dapat takhta jadi queen saja. HAHAHHA. Nak jadi busy macam drama queen macam tak comel saja. Sebabnya aku bukan queen control yang suka kumpulan queen walaupun aku suka ke Queensbay sebab nak pergi Queensland jauh sangat. Queen latifah mampu lah pergi sana. Heee.

Apa benda yang aku busy? Eerr. Bukan aku sudah beritahu awal-awal tadi. Aku busy jadi lebah. Eh eh eh. Tiba-tiba jadi lebah padahal tadi busy saja macam lebah. Pantai boleh berubah bila dipukul ombak inikan pulak aku manusia biasa, mestilah boleh tukar jadi lebah. Heee. Kemain lagi nak jadi lebah. Nampak lebah masuk bilik bukan main lagi takut macam ada vampire nak datang gigit sampai menyorok bawah selimut dan peluk ketat-ketat bantal strawberi. Kalau vampire tu edward cullen ke aku steady saja. Tak ada rasa takut. Ihik. Come to me baby. Silap haribulan aku yang gigit si edwars ni. HAHAHAHAH

Macam-macam aku buat selain daripada sibuk jadi lebah.

1. Aku sibuk dengan kerja. Maksud aku kerja dari pagi sampai petang. Tak percaya, boleh check baki cuti aku. Aku satu-satunya orang yang tak amek cuti mahupun half day setakat ni. Bulan depan rekod tu musnah hancur berkecai. Bila tengok cuti banyak, rasa sayang nak guna sama macam rasa sayangnya aku kat madu sampai tak sanggup nak makan. Biasa lah. Aku kan lebah. Ingat senang ke nak buat madu.

2. Aku sibuk basuh, iron dan lipat baju. Walaupun tak banyak mana baju aku pakai, tapi masih rasa banyak baju kena basuh. Sudah namanya handwash. Memang menguji kekuatan aku nak menyental baju. Basuh baju aku masih lagi steady. Nak basuh seluar jeans memang menguji kekuatan aku sebagai lebah.   HAHAHAHAH.

3. Aku sibuk pergi fire fighting training. Haah. Tengok warna tulisan dan saiz huruf pun dah tahu betapa sibuk dan pentingnya aktiviti ni. Seronok jugak pergi ni walaupun cuma 3 jam saja sebab 3 jam aku tak payah pergi kerja. HAHAHHA. Sekurang-kurangnya aku pernah pergi dan tahu macam mana nak lawan api. Dah nama pun fire fighting training = latihan lawan api. Ingat lebah tak tahu nak lawan api?

4. Aku sibuk belajar. Maksud aku belajar sesuatu yang baru setiap hari terutama sekali berkaitan dengan kerja. Banyak lagi yang aku kena belajar sebab banyak yang aku tak tahu. Setiap hari ada perkara baru yang aku belajar. Ingat sambung degree saja kalau sambung belajar? Aku memang nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Buat masa ni aku rasa belum sampai masanya lagi.

5. Aku sibuk habiskan barang-barang kecantikan wanita macam krim kewanitaan dan losyen. Memang aku daripada dulu memang tak boleh tengok kalau ada barang yang tak habis sebab aku nak beli yang baru. Hahahaha. Setakat ni tinggal eyeliner, krim, maskara dan lipbalm yang perlu dihabiskan. Aku pun tak terbukak hati lagi nak pakai makeup bila pergi kerja sebab tengah hari nak cuci jugak makeup tu. 

6. Aku sibuk memikirkan nak makan kat mana setiap hari. Jenuh nak makan nasik lemak kat kedai nasik lemak bawah rumah setiap hari. Kalau makan kat sana setiap hari, kewangan aku dalam bahaya. Lari bajet. Pipi aku pun makin bulat. Aku rasa macam tu lah.

7. Aku sibuk makan kat kfc. Kahkahakah. Baru tadi kata kewangan dalam bahaya. Ni dah makan kfc. Kfc letak apa lah dalam famous bowl, oreo krushers cheezy wedges sampai aku rasa ketagih nak makan tiap-tiap hari. Kalau setiap hari makan, duit akh pun boleh berubah bentuk jadi resit. Ingat aku saja yang boleh berubah jadi lebah. Duit pun pun boleh berubah. Jangan ingat pantai saja boleh berubah. Manusia jugak yang kadang-kadang tak mahu berubah menjadi lebih baik dab rajin. Jadi, malu sikit dengan pantai dan lebah.

8. Aku sibuk nak kemas barang untuk pindah rumah. Alhamdulillah dapat rumah baru. Pindah dari rumah kat tingkat 4 ke rumah baru yang berada kat tingkat 4 jugak. Yang beza blok saja T_______T Bergegar pundi kencing nak sampai kat tingkat atas tu kalau rasa nak buang air masa jalan kaki balik rumah.

9. Aku sibuk tengok drama vanila coklat. Hahahaha. Oh amir! Baiklah. Aku dah bersedia kalau tiba-tiba ada peluru sesat datang kat aku.

10. Aku sibuk kumpul komik lawak kampus. Sekarang ni tinggal jilid 10 saja yang aku tak jumpa lagi. Ingat nak start kumpul komik lain pulak. Any suggestion? Ada tak? Ada tak? Tak ada jawapan. Tak apa T_______T

11. Aku sibuk menonton rancangan di televisyen bila pulang ke kampung. Biasalah. Kat rumah sewa tak dapat tengok macam duduk kat rumah. Ada banyak drama dan movie yang perlu aku tengok walaupun dah banyak kali aku tengok. HAHAHAHA

12. Aku sibuk membilang hari bila nak cuti. T____T sebelum-sebelum ni aku rasa hari berlalu dengan lambat. Minggu ni aku rasa cepat hari berlalu.

13. Aku sibuk tunggu surat. Macam-macam surat aku tunggu. Tapi tak sampai-sampai lagi. Tak apa. Allah sayang orang yang penyabar. Hik.

14. Aku sibuk pergi talk walaupun ia cuma berlangsung selama 1 jam saja. Jam-jam yang selebihnya upacara makan sampai buncit. HAHAHHA. Hhmm. Ekceli aku pun tak pasti ini talk ke apa ke. Aku ada jumpa senior  kolej dan staf-staf daripada hospital lain. Terharu mereka masih kenal aku. :')

15. Aku sibuk pergi holiday dan shopping. Holiday yang lepas ke Pahang. Dan aku memang sudah jatuh cinta dengan Cameron Highland. Jika ada kesempatan, memang nak pergi sana lagi. 

16. Aku sibuk jaga tepi kain diri sendiri. Hewhewhew.

See? Banyak perkara yang aku buat sampai blog ni jadi agak terabai. Biasalah. Orang yang separa tak ada life. HAHAHHAHAH. Perkara-perkara yang aku sibuk buat tu jugak lebih kepada pencapaian diri sendiri. 

Sebagai penutup entry, nah gambar lebah bersama ibu dan queen bee. Hewhewhew :P