Sunday, December 25, 2011

Makan

Catatan tertangguh dua, orang separa tak ada life.

Walaupun tak banyak travel tempat lain, makanan sentiasa mudah didapati. Walaupun agak jauh daripada rumah tapi banyak kedai. Bila datang sini, aku rasa aku salah seorang mangsa kebuluran. Serius. Walaupun ada saja kedai mkan dekat dengan rumah, aku tetap rasa macam tu. Heee. Mengada-ngada. Sagat muka kat jalan raya kang. :P

Aku ada sebab untuk mengada-ngada. Hik.

Dekat bawah rumah ada kedai nasik lemak dan nasik berlauk. Masa kedai nasik lemak tak bukak, aku makan kat kedai nasik berlauk dengan linangan air mata. Sebab apa? Biar lah aku saja yang tahu. Bila kedai nasik lemak dah bukak, setiap hari aku makan nasik lemak sampai orang jual nasik lemak tanya, tak jemu ke makan nasik lemak. :|

Tengah hari makanan ruji aku ialah roti. Boleh bilang dengan jari berapa kali aku makan nasik. Dekat dengan tempat kerja ada gerai jual nasik berlauk. Tapi aku saja gedik tak mahu makan kat situ. Hik hik hik. Tak apa. Aku dah ready kalau ada orang nak sagat aku kat jalan sebab berkelakuan sedemikian. Heee.

Disebabkan aku jarang makan nasik, berat badan aku naik. @#$%&; Aku bajet berat badan turun. Paling nampak ketara naik kat pipi. Intan payung menatap indahnya senyuman di wajahmu membuat ku terdiam dan terpaku pun tegur. Pipi aku semakin maju naik. Badan pulak semakin maju kurus. Dah macam kuih pau 6 kilo. Aku pun tak pasti sama ada ada kaitan setiap hari makan roti ada kaitan dengan penambahan berat badan. Haish. Mungkin aku perlu makan kertas, tak pun kapas ke klip kertas ke untuk memastikan berat badan tak naik secara berleluasa.

Sebenarnya, ada satu hari aku kempunan nak makan sesuatu. Tak sempat aku makan, dah tinggal sikit padahal aku tak makan lagi. Wuwuwu. Punya lah kecewa patah hati hancur berderai sampai rasa nak terjun bangunan komtar saat tu jugak. Sudah lah hati aku ni sangat fragile. Kena handle with care. Bila jadi macam tu pun memang senang berkecai. Aku tak sangka makanan tu tinggal sikit. Serius. Lagi serius daripada sirius black. Nasib baik tinggal sikit. Kalau abes semuanya memang aku dah tersadai kat batu belah batu bertangkup sambil menanges tersedu sedan lambang kecewa tidak terperi. Tapi aku tak jadi pergi kat batu tu sebab kat sini ada batu feringgi, tak ada batu belah batu bertangkup. Batu pulak tak cantik. Abes kena conteng. Senah love seman. Joyah was here. Heeh. Tak ada keja tulis nama kat situ. Hampa tau tak apa maksud kalau kita tulis nama atas batu? Tau tak? Tau tak? Kata dekan sepanjang zaman dan mr know it all. Mustahil tak tahu. Mustahil mustahil.

Tak apa. Tak terjejas kualiti hidup korang kalau tak tahu. Aku bukannya nak marah kalau tak tahu atau lambat paham. Bukannya aku nak ikat korang letak dalam kotak dan tinggal kat tol jelapang sorang-sorang. Heee. Aku bukannya macam tu.


Sekali atau banyak kali orang buat tak elok kat kita, banyak itu jugak Allah akan membalas kebaikkan kepada kita :) Jadi tak payah nak balas dendam :)


Makanan jugak merupakan salah satu sebab aku selalu nak balik rumahku syurgaku.


......

No comments: