Sunday, December 25, 2011

Makan

Catatan tertangguh dua, orang separa tak ada life.

Walaupun tak banyak travel tempat lain, makanan sentiasa mudah didapati. Walaupun agak jauh daripada rumah tapi banyak kedai. Bila datang sini, aku rasa aku salah seorang mangsa kebuluran. Serius. Walaupun ada saja kedai mkan dekat dengan rumah, aku tetap rasa macam tu. Heee. Mengada-ngada. Sagat muka kat jalan raya kang. :P

Aku ada sebab untuk mengada-ngada. Hik.

Dekat bawah rumah ada kedai nasik lemak dan nasik berlauk. Masa kedai nasik lemak tak bukak, aku makan kat kedai nasik berlauk dengan linangan air mata. Sebab apa? Biar lah aku saja yang tahu. Bila kedai nasik lemak dah bukak, setiap hari aku makan nasik lemak sampai orang jual nasik lemak tanya, tak jemu ke makan nasik lemak. :|

Tengah hari makanan ruji aku ialah roti. Boleh bilang dengan jari berapa kali aku makan nasik. Dekat dengan tempat kerja ada gerai jual nasik berlauk. Tapi aku saja gedik tak mahu makan kat situ. Hik hik hik. Tak apa. Aku dah ready kalau ada orang nak sagat aku kat jalan sebab berkelakuan sedemikian. Heee.

Disebabkan aku jarang makan nasik, berat badan aku naik. @#$%&; Aku bajet berat badan turun. Paling nampak ketara naik kat pipi. Intan payung menatap indahnya senyuman di wajahmu membuat ku terdiam dan terpaku pun tegur. Pipi aku semakin maju naik. Badan pulak semakin maju kurus. Dah macam kuih pau 6 kilo. Aku pun tak pasti sama ada ada kaitan setiap hari makan roti ada kaitan dengan penambahan berat badan. Haish. Mungkin aku perlu makan kertas, tak pun kapas ke klip kertas ke untuk memastikan berat badan tak naik secara berleluasa.

Sebenarnya, ada satu hari aku kempunan nak makan sesuatu. Tak sempat aku makan, dah tinggal sikit padahal aku tak makan lagi. Wuwuwu. Punya lah kecewa patah hati hancur berderai sampai rasa nak terjun bangunan komtar saat tu jugak. Sudah lah hati aku ni sangat fragile. Kena handle with care. Bila jadi macam tu pun memang senang berkecai. Aku tak sangka makanan tu tinggal sikit. Serius. Lagi serius daripada sirius black. Nasib baik tinggal sikit. Kalau abes semuanya memang aku dah tersadai kat batu belah batu bertangkup sambil menanges tersedu sedan lambang kecewa tidak terperi. Tapi aku tak jadi pergi kat batu tu sebab kat sini ada batu feringgi, tak ada batu belah batu bertangkup. Batu pulak tak cantik. Abes kena conteng. Senah love seman. Joyah was here. Heeh. Tak ada keja tulis nama kat situ. Hampa tau tak apa maksud kalau kita tulis nama atas batu? Tau tak? Tau tak? Kata dekan sepanjang zaman dan mr know it all. Mustahil tak tahu. Mustahil mustahil.

Tak apa. Tak terjejas kualiti hidup korang kalau tak tahu. Aku bukannya nak marah kalau tak tahu atau lambat paham. Bukannya aku nak ikat korang letak dalam kotak dan tinggal kat tol jelapang sorang-sorang. Heee. Aku bukannya macam tu.


Sekali atau banyak kali orang buat tak elok kat kita, banyak itu jugak Allah akan membalas kebaikkan kepada kita :) Jadi tak payah nak balas dendam :)


Makanan jugak merupakan salah satu sebab aku selalu nak balik rumahku syurgaku.


......

Thursday, December 22, 2011

Hidup baru


Catatan tertangguh satu, orang separa tak ada life.

Bila orang tanya bila nak update baru nak update. Heee. :P


Aku busy. Baiklah. Aku tipu. Tengok warna bold warna merah pun dah tahu aku tipu. Aku tak ada lah busy sangat sampai patient dekat dua ratus sehari dan buat keja tak berenti dari pagi sampai petang kecuali masa rehat. Tak tak tak. Kalau ramai patient macam tu atau lebih tetap tak boleh kalahkan farmasi. Patient berkali ganda ramai daripada department aku. InsyaAllah. Tak lama lagi dapat lah patient ramai macam tu. Amiin. :D Masa tu buat keja sambil berlari ke merangkak. Haah. Gigi berterabur atas jalan. Hahahahaha.

Hhmm. Banyak yang aku nak cerita. Tapi macam besa. Kalau dah adik beradik mak ngei, mike paham-paham jelar. :B Apa yang aku nak cerita ada berkaitan antara satu sama lain. Kalau tertinggal baca catatan tertangguh satu ni, korang akan blur bila baca catatan yang lain yang disertai dengan penyesalan yang tidak terperi sampai subuh esok pagi.

Tempat tinggal.

Sangat dekat dengan tempat keja. Jalan kaki setiap hari. Oh ya. Naik turun tangga dari tingkat 4 jugak dah jadi rutin harian. Memandangkan rumah betul-betul mengadap jalan utama, jadi bising. Setiap malam aku berazam nak tido awal. Tapi disebabkan terlalu bising, aku cancel azam tu. Aku ganti dengan azam nak tabur paku dan skru setiap malam kat jalan raya tu dengan harapan tak ada lagi bunyi bising terutamanya bunyi motosikal.

Tak pun aku nak cuba duduk atas bumbung rumah sambil pakai telekung dengan harapan mereka tak akan guna jalan raya tu lagi lambang gerun. Heeh. Tiba-tiba teringat cerita seram aku tengok kat televisyen. Lisa surihani kena pancung dengan hantu tentera jepun dengan ada jin makan usus manusia. Setahu dan seingat aku, tak pernah lagi aku dengar ada orang mati sebab kena pancung atau makan dengan hantu. Mungkin aku dah berzaman tak baca suratkhabar harian metro dan majalah mastika. Oleh yang demikian, aku rasa macam sangat ketinggalan bila berkaitan dengan semua tu. Rasa macam baru keluar dari tupperware kedap udara. Kali terakhir aku baca semua tu masa zaman parameswara datang ke melaka. Tak lama sangat kan aku tak baca? Hik. Kalau ada sapa-sapa terbaca cerita hantu pancung atau makan usus manusia dalam suratkhabar ke majalah ke tolonglah bagitau aku. Please weih. Aku teringin sangat nak baca. Kalau tak baca umpama makan roti canai yang tak diperbuat daripada tepung.

Enough. Ini semua salah lisa surihani. Sapa suruh gojes sangat bila pakai tudung dalam cerita seram tu. Aku dah melalut.

Duduk sini aku masih lagi dalam tempoh nak sesuaikan diri dengan suhu dalam bilik. Eceh. Macam sebelum ni aku duduk dalam peti ais. Waktu siang terutamanya tengah hari dan petang bilik rasa sangat panas. Bahang panas memang kuat. Syampu aku pun rasa suam. Bila subuh memang sejuk. Tak on kipas pun masih lagi steady tido. Petang tak on kipas umpama menetap dalam ketuhar. 

Keadaan rumah okay walaupun suasana dalam rumah kadang-kadang buat aku rasa forever alone. Sebab tu aku selalu rasa nak balik kampung. Setiap saat rasa tu tak pernah mati walaupun aku tiap-tiap hari hasut perasaan tu untuk tak terus tumbuh. Bagi aku, ada perkara lain kat sana yang menambahkan lagi rasa nak balik dan tak mahu balik sana dah ... Argh. Biar aku saja yang tahu


Setakat ni tu untuk part rumah.