Sunday, October 23, 2011

Percubaan kali pertama

Assalamualaikum.

Catatan tertangguh sampai lagi beberapa hari lagi contact lenses nak tamat tempoh.


You're just too good to be true.
Can't take my eyes off you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived.
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.


Ini kali pertama pakai. Sebelum ni sudah banyak kali simpan niat nak pakai contact lenses. Heee :B Memang tak boleh pakai saja kalau macam tu. Jadi demi konvo yang bakal menjelma (eceh) dan kudrat empat kerat beli jugak. Hey. Sudah biasa bergambar dengan mengenakan cermin mata. Jadi hari bersejarah jugak mahu diabadikan dengan mengenakan clear contact lens. HAHAHAHHA. Siapa-siapa yang pakai cermin mata terutamanya perempuan tahu apa yang cermin mata buat pada muka di dalam gambar -_-" Dengan mengenakan contact lenses, semoga ilusi pipi tembam jugak dapat dikurangkan tapi aku tengok tak ada beza saja. T____T


Sebagai percubaan kali pertama. Ini contact lenses yang paling murah yang aku jumpa. RM20 sepasang clear contact lenses, pakai untuk sebulan. Dah sesungguhnya aku tak tahu apa-apa pasal contact lenses. Kalau jenama bingkai cermin mata aku tahu walaupun aku bukan pemakai cermin mata yang tegar. Cintaku terhadapmu hanya di dalam kelas dan cinema. Dalam cinema aku senang nak tengok siapa buat bising. Senang nak baling botol air mineral kat dia sambil mulut mungil kecil ni mengomel pelan-pelan.


Disebakan power kedua-dua mata aku berlainan, jadi optometrist check balik power contact lenses yang mana sesuai. Dan power yang tertera dalam di atas merupakan power yang aku gunakan. Jumlah tu sangat sedikit berbanding dengan power cermin mata aku. Aku bangga dan kembang pipi dengan rakus. HAHAHHAHA.

Memandangkan aku kali pertama pakai contact lenses, mereka nak tunjukkan cara pakai. Aku bersungguh-sungguh tak mahu dengan alasan aku tahu pakai dan pernah tengok cara orang pakai sebab dia bersungguh-sungguh nak tunjukkan. Optometrist tu macam tak berapa nak percaya. Tak apa encik. Percayalah. Walaupun muka saya ada muka nerds kacukan noob, saya yakin saya boleh. Keyakinan perlu ada dalam setiap diri manusia walaupun semasa membeli belacan di pasar malam.


Ini multi-purpose solution yang aku guna, as a start. Boleh tahan selama 10 tahun kalau pakai dengan penuh rasa kedekut dan bakhil. Heee. Tempoh kasar yang aku gunakan solution ini dalam dua minggu. Aku dengan kerap sepanjang dua minggu tu. Masa mula-mula pakai dah banyak guna. Untuk sesuaiakan diri pakai tambah pulak tukar solution dalam lens case bila tak pakai lenses tu.

Nak pakai memang sedih. Lagi sedih daripada drama korea episode lima. Bercucuran air mata keluar selari dengan duit yang keluar. Itu perkara normal. Mungkin ada yang mula-mula pakai tak pedih mata. Meh share tips. Banyak kali cuba pakai dan keluarkan contact lenses. Usaha tangga kejayaan. Dan aku tak pakai bila di dalam rumah sebab aku potensi aku tumpas ketiduran tanpa disedari.


Kalau aku yang nerds kacukan noob sekarang ini dah tahu pakai tak akan anda-anda dekan sepanjang zaman tak tahu. Heee :B Tak tahu jugak? Boleh tengok kat kotak multi-purpose. Ada cara penjagaan contact lenses. Kat dalam kotak tu pun ada lagi tertera cara penjagaan. Tak susah asalkan TAK MALAS MEMBACA. Walaupun rasa dah ada ilmu pakai contact lenses penuh di dada dan tangan kaki, baca jugak. Tak rugi pun kalau baca.

Macam mana nak pakai dan keluarkan contact lenses? Klik kat sini untuk cara pakai contact lenses dan di sini untuk cara keluarkan contact lenses. Actually banyak lagi video yang tunjukkan cara pakai dan keluarkan contact lenses tapi aku pilih video-video tu sebab awek dalam video tu comel. Plus, aku suka tengok jari-jari dia yang runcing. HAHAHAHA. 


//
//
//


Ada ramai orang bertanyakan tentang pemakaian contact lenses




//
//
//

Semakin lama pakai contact lenses, aku semakin suka. Rasa seperti dilahirkan semula atau lepas buat lasik. HAHAHHAH.

2 comments:

aiman hudson said...

Hi. Nx tnye, first time pkai tu pedih x? Klau pedih kluar air mata tu cmna?

atiq said...

Hai. Pedih. Tapi maybe depends on orang. Ada jer first time pakai jenama lain tapi tak pedih. :D