Friday, October 28, 2011

convocation

Catatan tertangguh setelah hampir sebulan konvo padahal orang lain update sejam selepas habis konvo dan lambung topi tinggi-tinggi sampai ke puncak awan

Assalamualaikum.

We should be proud of ourselves because we made this far, buddies :)
So lets continue our journey :)

Selesai sudah menghantar borang dan selesaikan bayaran untuk konvokesyen jadi sudah tiba masanya untuk terima diploma. Baiklah. Ini sekali dalam seumur hidup melainkan nak ambil diploma course yang sama di kolej yang sama lagi lepas konvo. Heee. 

Nak pegi PICC senang saja. Dari jauh dah nampak bangunan ini. Dah bagi yang pertama kali sampai, awal-awal lagi sudah ada papan tanda tunjuk arah nak ke sini.

Memandangkan hari Jumaat perlu ambil jubah dan selesaikan urusan yang berkaitan, hari Khamis sudah gerak ke Shah Alam. Pak Ngah tunjuk jalan yang senang ke Putrajaya pada malam kami sampai di sana. Masa ini lah kami nak uji kehebatan GPS. Dan ternyata GPS memang hebat. Tengok kat nama pun dah tahu yang GPS hebat. Tahu apa maksud GPS? Tahu tak? Tahu tak? Meh nak bagitau untuk siapa-siapa yang tak tahu.

GPS = Guna Pun Sesat

Dah. Pening aku dengan GPS ni. Kejap ada suara. Kejap tak ada suara. Kejap dia jadi blur. Selalu keluar tanda soalan pada satelit. Banyak soalan banyak juga jawapannya. Kata hati dan rasa tak dibiar saja. Setiap yang berlaku ada kebaikannya. Harus pejam mata dan cuba apa saja. Adakah GPS ni dah terkena virus Cinta Muka Buku? Aku yakin. Cis cis cis. 


Untuk konvo aku target untuk amek gambar kenangan sebanyak yang mungkin dengan semua kawan-kawan sama ada pembabitan aku atau tidak. But then its only a dream. Cry me a river T______T Dalam berpuluh-puluh kawan satu kolej termasuk kawan course lain, ini saja yang aku sempat bergambar. Nasib baik sempat culik sebentar artis merangkap bakal duta tudung Fareeda.

Dan ini jugak merupakan sesi bergambar dengan kawan-kawan paling banyak yang boleh dikumpulkan. Isk isk isk :'(

picture : source and credit to : Hanif abdul Halim

Ini pun aku amek daripada kawan kelas. Kalau tidak, memang tak ada langsung gambar kelas Kaum Adam. Dan ini tak semua classmate lelaki ada dalam gambar ni. Kinda sad. Owh ya. Ada jugak pembabitan pelajar daripada course lain.

picture : source and credit to : Saidatun Maya Karin

picture : source and credit to : Saidatun Maya Karin


Masa hari amek jubah dan dengar taklimat, semua gembira la la la la. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Sebab kami smeua tak tahu lagi azab hari ni yang menunggu. Wuwuwu.  

Tempat berpoya-poya sebelum.... sebelum.... sebelum... T_____T

Kami pergi amek jubah sebaik saja urusan verify smart card dan amek kad jemputan masuk semua. Cepat-cepat pergi tempat. Guess what? Sangat ramai orang nak amek jubah. Dan tempat untuk ambil jubah kena lalu lorong yang comel. Beratur hampir sejam lebih. Kalau adna berbadan besar dan tinggi, advantage. Bagi kami yang berbadan kecik memang terseksa. Kena berhimpit demi nak mendapatkan sesuap nasik sepasang jubah. Kuih samprit dalam balang pun ada ruang.

Yang lagi sadis, ada yang kurang sabar. Sikap mereka telah menyebabkan kami rakyat jelata sangat murka dan mahu melempang mereka secukup rasa. Mereka yang kurang bersabar itu telah menolak orang-orang di belakang lalu menyebabkan kami di depan terhimpit.

Tak tahu sabar kah? Bukan engkau seorang yang tak dapat jubah lagi. Gggrrr. Mentang-mentang dorang badan besar. Dan semestinya bukan ladies yang buat begitu.


Seksa amek jubah sudah lepas. Natijahnya aku sakit pinggang dan kepala. Walaupun begitu, aku masih gagah untuk ke Alamanda sambung berpoya-poya dan naik komuter balik Shah Alam. Dalam komuter pun seksa jugak. Sapa suruh naik masa peak hour. Dan dah kena penyek.

Artis Saidatun Maya Karin bangga beliau berjaya dalam pelajaran dan selamat berkonvo.

Dan lebih manis bila our beloved sister, Kak Lin jugak turut datang dari jauh untuk menghadiri majlis konvo kami. Isk isk isk. Sayang Kak Lin ketat-ketat. Meh sini meh nak muah pipi kanan muah pipi kiri. Dan terima kasih sebab datang. :) Blushing Kak Lin tengok kami di atas pentas. Mak cakap aku bukannya senyum masa tu tapi khenyeh. HAHHAHA. Besa lah tu.

Aku tahu. Memakai contact lenses tidak mengubah ilusi pipi yang tembam menjadi kempis.

Owh ya. Ada jugak kenalan dari sekolah menengah turut grad pada hari dan waktu yang sama dengan aku. Tapi sempat tegur seorang. Sebelum tu masa hari amek jubah dia ada kata macam pernah tengok. Ada jugak rakan daripada blog yang konvo hari sama tapi dia sesi pagi. Jadi memang tak sempat bertegur sapa. 


Dalam ucapan Naik canselor, ada lebih kurang 3000 lebih orang pelajar grad untuk majlis konvo kali ini. Dan masa itu air mata terharu aku hampir menitis. Maknanya ada 3000 lebih pelajar yang buat pinjaman dengan MARA

Yeah. I'm not alone. HAHAHAHHAHA

Owh ya. Ada pantun khas masa majlis konvo. Ekceli aku tak ingat dua ayat pertama tapi dua ayat terakhir memang aku ingat sampai sekarang. Atau sampai aku abes bayar pinjaman. HAHAHHAHA. Lebih kurang begini pantunnya;

Gunung daik bercabang tiga,
Sorong papan tarik papan,
Bila sudah bergelar graduan,
Jasa MARA jangan dilupa.

Baiklah. Mendalam maksud tu. Tak bold dan warnakan merah pun dah paham maksud T_____T

No comments: