Monday, September 05, 2011

Perkembangan

1. Aku rasa aku makin berisi. Maksud aku gain weight. Nanti ada yang kata aku berisi ada baby dalam uterus (bukan perut yer) memang nak kena baling guna baldi. Mungkin sebab setiap hari aku makan banyak dan merasakan ada peningkatan isi di beberapa bahagian badan yang tertentu. Hhmm. Peningkatan isi atau lemak aku tak pasti. HAHAHAHA.

2. Setiap hari boleh dikatakan hujan. Oleh yang demikian, aku sudah tambah satu lagi pakaian iaitu stokin tambah-tambah lagi masa tidur. Macam newborn pun ada jugak. HAHA.

3. Sudah selesaikan urusan pembayaran pasal konvo. Mula-mula tengok banyak kerja nak kena buat tapi semua itu ilusi semata-mata. Haish. Tak ada susah mana pun. Baca elok-elok dan fahamkan arahan yang depa bagi. Buat ikut arahan. Jangan buat sesuatu urusan yang tak sukar menjadi sukar.

4. Selain daripada itu, aku jugak telah berjaya menunggu giliran kat bank selama 3 jam untuk urusan yang tak sampai 5 minit. Wuwuwu T____T Masa sampai, aku merupakan orang bertuah yang ke 102 pada pukul 10 pagi. Tapi tak apa. Aku dah lama latih diri untuk tunggu lama sejak zaman pengkolejan lagi dan semestinya perkara yang berkaitan dengan bas sehingga aku hampir tumpas ketiduran kat stesen bas. HAHA.

5. Kali pertama aku tengok ramai pak aji kat bank. Majoriti depa saja dalam bank tu dan tukar duit untuk duit raya. Haah. Sekali tukar secekak dua duit kat tangan. Ada yang datang bawak beg besar nak isi duit.

6. Selama 3 jam jugak lah aku tahan kentut masa dalam bank. Memang seksa tahan kentut lama-lama. Mana lah tau kot-kot dalam bank ada detector kentut. Yelar. Takut kentut tu datang dalam gas tidur ke. Jenuh bank. Memang aku bersusah payah tahan kentut tapi ada manusia lain yang tak menghargai usaha aku tahan kentut. Boleh pulak dia pergi kentut dalam bank. Sudah lah kentut belakang aku. Lagi jelas bau bila aku berpaling bahagian kiri. Cis. Aku dapat rasakan bau kentut tu datang daripada deck kiri belakang aku.

7. Ini merupakan kali pertama aku menggunakan mesin ATM untuk cash deposit. Argh. Noob. Aku pernah tengok Kak Imah (classmate) buat masa dia nak bank in duit untuk adik dia. Mula-mula aku nak bank in yang kena pi kat kaunter. Dan aku tak pernah buat urusan kat situ. Aku dah siap tulis butiran kat slip dan mencari mesin untuk amek nombor. Kemudian datang seorang staf bank berkenaan kata kalau guna kaunter lambat dan dia mintak aku guna cash deposit mesin ATM. Dia siap tanya tahu tak nak guna mesin ATM tu. Aku dengan yakin cakap YA padahal aku tak pernah guna pun. Tapi duit berjaya dimasukkan walaupun banyak cabaran masa nak bank in tu. Phew.

8. Kebetulan masa tu hujan nak helmet aku basah. Sebabnya aku silap posisikan helmet tu supaya tak kena hujan. Haish. Nasib baik tak basah lencun. Cuma lembab saja. Kadang-kadang risau jugak tinggal helmet lama-lama kat tempat awam yang sibuk. Kemungkinan helmet hilang ada di mana-mana sama macam kemungkinan kita berjalan dan terpijak tahi mahupun chewing gum.

9. Aku jugak berjaya mengalihkan katil dan meja tulis secara live in person. Yeah. Memang memenatkan tapi fun. Fun? Nampak sangat kenyataan berciri penipuan. HAHA. Banyak lah kau punya fun.

10. Niat hati nak bagi helmet yang lembab kena hujan betul-betul kering. Dengan muka suci murni jemur helmet kat belakang rumah. Guess what? Hujan lebat dan aku lupa angkat helmet. Bertakung air hujan dalam helmet. Haih. Cubaan kali kedua nak jemur helmet jugak tak berjaya sebab hujan.

11. Pergi pejabat pos untuk hantar borang jubah dan fotografi konvo nanti. Mulanya aku nak buat pos ekpress tapi mak kata buat pos laju lagi okay. Sebagai anak yang baik, aku tidak bantah. HAHA. Dan jumlah yang kena bayar adalah RM6. Wuwuwu. Apa pasal mahal.

12. Kali ni aku berjaya untuk tak main games kat Facebook selama seminggu dan mungkin berlarutan sehingga ke minggu-minggu akan datang. Aku pun tak tahu dah apa jadi dengan restaurant ayam itik kambing lembu dengan kedai baju semua. Sekarang rasa untuk main games kat Facebook kurang secara mendadak.

13. Akhirnya aku berjaya jugak install balik bluetooth kat laptop aku dalam keadaan settingnya seperti asal. Lepas format memang bluetooth aku tak sama macam dulu. Lama jugak aku godek-godek kat setting sebab aku ingat aku salah setting ke apa ke. Kemudian tergerak hati nak Google padahal sebelum ni tak pernah langsung terfikir nak Google masalah bluetooth ni.

14. Alhamdulillah. Salah satu keinginan aku untuk tahun ni dah tercapai. Semoga aku akan terus lakukan ia untuk masa-masa akan datang dan menjadikan ia sebagai rutin harian aku sehingga ke akhir hayat. Amiin.

15. Telah berjaya buat doodle yang pertama dalam hidup. Weehuu. Tapi membuat noodle sendiri belum berjaya dengan jayanya*kesal*.

16. Dalam masa sebulan, banyak kali jugak kepala terhantuk kat pili air. Eerr. Satu kemajuan dan perkembangan yang tidak membanggakan. Malah tambah sakit lagi ada lah. Wuwuwu.

17. Owh ya. Aku jugak berjaya buat kuih raya pertama dalam hidup. HAHAHAHA. Bersungguh-sungguh study resipi dan pilih bahan-bahan. Dan sudah semestinya dengan bantuan mak. Heee. Walaupun ada sesi tumpas kekecewaan sampai mahu menanges teresak-esak tepi oven, ternyata pulangannya lumayan. Baru buat aku dah rasa pening. Mungkin aku overdose kuih rasa dan choclate chips. Heee.

2 comments:

ARC™ said...

mak aii blog andaaaa beratnyeee

anyway, sistem bank skang kalau deposit bawah rm2k, g machine :P

atiq said...

mungkin banyak tulis kot. tu yang jadi berat. hee :P

owh. begitu. camtu jimat 3 jam dan tak terseksa usus. heeee :)