Friday, September 16, 2011

perkara yang tidak perlu semasa ke kedai bahan kek

Assalamualaikum.

Tahun ni buat kuih raya yang bagi aku lebih kepada percubaan. Memang ada dugaan masa nak buat kuih raya. Maksud aku masa nak beli bahan-bahan. Masa kacau adunan ke bakar kuih ke tak banyak sangat dugaan. Mungkin sebab sebab sejak kebelakangan ni aku senang rasa annoyed walaupun ia cuma perkara kecik. Contohnya tengok semut jalan atas meja makan. Argh. Tak elok salahkan hormon dalam perkara ni. Semut punya pasal hormon dapat nama. HAHAHHAA.

Mak cakap ada satu kedai yang jual bahan buat kek kat area Taman Selasih. Kedai tu memang femes. Dekat-dekat nak raya ramai orang pergi sana termasuk lah aku dengan mak aku. Aku rasa paling lama aku boleh steady duduk dalam kedai tu lima minit. Serius. Sebabnya keadaan dalam kedai tu buat aku sakit kepala. Bukan sebab ramai orang. Bukan bukan bukan. Tapi apa yang depa buat dalam kedai selain daripada beli barang.

1. Budak-budak dilarang masuk
Baiklah. alangkah eloknya sekiranya tak bawak budak-budak sekali masa ni terutama budak-budak bawah umur. Dalam kedai yang kecik dan ramai budak tetiba ada budak-budak berlari-lari dalam kedai tanpa pengawasan ibu bapa. Memang ada jugak yang mandi tepung gandum campur minyak jagung kang. Itu yang dah tahu berjalan dan berlari. Budak kecik yang tak ada gigi pun nak join jugak. Tak dapat berjalan atau berlari menanges pun dikira okay jugak. Haish.

Nak berlari pergi padang ke stadium ke. Tak mahu pergi sana, berlari setempat.

2. Rombongan
Bagi aku, tak perlu lah bawak semua ahli keluarga pergi ke kedai ke. Kalau bawak sebab ada banyak barang yang nak kena angkat itu tak apa lah. Ini macam nak pergi bersiar-siar jer datang. Sudah lah kedainya kecik comel ditambah pulak dengan ramai orang. Kuih samprit dalam balang pun ada ruang lagi.

3. Menghantar pesanan ringkas
Aku rasa dalam kedai yang kecik comel dengan jumlah orang yang ramai bukan lah tempat yang sesuai nak berSMS. Iyer iyer, Aku tahu. Kamu nak beritahu hubby baby hunny bunny cutie pie apa yang kamu beli. Bila nak reply SMS majoriti akan tengok apa yang ditaip. Bila tengok langkah kaki menjadi perlahan dan perlahan-lahan bilangan orang di belakang kamu bertambah.  Dan ia akan menimbulkan rasa kurang senang.



//
//
//



Hhmm. Hasil kuih raya? Menjadi! *dancing around*

No comments: