Monday, September 12, 2011

Penyelesaian kepada masalah bluetooth laptop

Assalamualaikum.

Aku banyak guna bluetooth laptop sebab aku malas nak guna USB bila nak transfer gambar atau lagu. Nak dijadikan cerita, laptop aku ada masalah. Bila check, orang kedai format konon-konon ada virus yang buat onar dalam laptop aku. Selepas laptop diformat dan selamat kembali ke pelukan aku (eceh) aku reinstall balik apa yang dah lenyap. Dan salah satu yang telah lenyap adalah driver bluetooth. Aku anggap apa yang ada tu adalah driver yang asal. Sebabnya dalam kepala aku telah tertanam bahawa orang kedai buat backup untuk driver laptop aku.

My Bluetooth Places tak ada bila install semula driver bluetooth

Bila aku install balik, tak sama apa yang aku sangkakan. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya ais kacang yang turun di tengah hari. Bluetooth laptop aku tak macam yang asal. Ada fungsi dan feature yang lain daripada yang asal. Puas aku godek-godek tapi tak jadi macam asal. Satu hari aku tergerak nak Google pasal masalah yang merunsingkan aku berbulan-bulan lamanya.

Di dalam My Bluetooth Places

Untuk dapat balik setting yang asal, aku cuba download dan install balik bluetooth berdasarkan jenis laptop. Contohnya Acer Aspire 2930. Nanti akan keluar website yang sediakan benda-benda yang perlu install untuk laptop jenis tu. Masa amek driver tu, pilih driver ikut window apa yang kita pakai. Contohnya window vista. Tapi bila aku guna driver bluetooth window vista, hasil tak sama dengan yang asal.

Google lagi.

Bluetooth... jugak tak ada. Rasa agak tertekan. 

Baru lah jumpa yang aku nak. Banyak kali aku cuba install driver bluetooth tapi tak ada yang macam asal. Akhirnya dapat jugak jumpa driver bluetooth yang macam asal. Phew.

Ni jugak tak ada. Bagi aku, senang nak pilih device kalau ada menda ni. Bila ada yang baru, terus tersenarai dan terus pilih daripada list.


Ada jugak perkara lain yang membezakan driver bluetooth window vista yang orang kedai tu dan kat web bagi dengan driver asal.
  1. Dan sudah semestinya tak ada menda-menda yang ada dalam gambar. Heee.
  2. Kalau nak terima file daripada telefon atau hantar file ke telefon, kena klik "Receive file" atau "Send file). 
  3. Tak boleh hantar banyak files seperti lima lagu dalam satu masa. Hampeh.
  4. Tak dapat tick kat option untuk fungsi sentiasa terima semua files yang dihantar oleh devices yang telah tersenarai.
  5. laptop bila terima files daripada telefon kena terima satu demi satu files. Haih. Lambat.
Sekarang? Semua masalah tu tak ada. Heee.

Ada masalah lain lagi lepas aku format laptop dan aku tak tahu penyebab masalah tu. Harap-harap lepas ni tak kena format laptop lagi. Serik. Haih.

2 comments:

dieyla said...

nak tny cmne nk jdikan blutooth icon tu ada kat send to?

atiq said...

kena install driver bluetooth ikut jenis laptop yang kita pakai and jenis window yang kita guna :)

kkadang-kadang bila install tak ada kat "send to". so kena pilih :)