Sunday, September 25, 2011

masihkah kamu ingat mereka? He's Hot.

Assalamualaikum.

Dulu aku ada buat emtry pasal lagu-lagu masa sekolah yang aku dengar kat sini. Kebanyakkan lagu penyanyi perempuan. Mungkin sebab muka depa tak ada jerawat dan kulit licin halus mulus (mungkin lah). Heee. Penyanyi lelaki aku rasa tak ramai yang ada masa zaman aku sekolah dulu. Kalau ada pun buat band.


Ryan Cabrera



Masa aku sekolah memang famous Ryan Cabrera ni. Bagi budak-budak perempuan, dia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang indah. HAHAHHA. Masa tu lagu dalam album pertama Ryan, Take It All Away adalah True, 40 Kinds of Sadness dan On the Way Down di mana dalam video clip lagu ni ada Ashlee Simpson. Yeah. Masa tu dia couple lagi dengan Ashlee. Lagu-lagu lain yang bagi aku best adalah Photo dan Shine On.

Sekarang ni aku tak pasti sama ada dia ada keluarkan single terbaru atau pun tak.Aku pun dah jarang dengar radio sekarang ni.

Shayne Ward



Shayne Ward merupakan penyanyi yang dilahirkan daripada reality show The X Factor di UK. Single pertama Shayne adalah That's My Goal dan single kedua pulak lagu No Promises. Bagi aku lagu No Promises lagi best daripada That's My Goal. Sebabnya rasa macam tak sampai ke hati lagu ni. Heee. 

Lagu-lagu lain yang famous adalah If That's OK With You dan Breathless. Kalau sapa-sapa nak bagi lagu untuk isteri, lagu Breathless bagi aku okay sebab dia puji perempuan. Heee. Owh ya. Tak ada lah pujian yang menggunung bukit bukau macam lagu Bruno Mars. Ada lagi lagu lain tapi kurang popular bagi aku, contohnya No U Hang Up.

Clay Aiken



Aku rasa macam dah lama sangat tak dengar lagu baru Clay Aiken. Kalau sapa-sapa tak kenal dia, dia merupakan runner-up American Idol Season 2. Lagu yang femes adalah Invisible. Walaupun banyak keluarkan album, setahu aku lagu Clay tak berapa femes kat Malaysia.

Clay Aiken jugak mendedahkan bahawa dirinya seorang gay. Sebelum tu keluar banyak cerita kata dia gay. Owh ya. Clay jugak ada keluarkan buku yang bertajuk Learning to Sing : Hearing the Music in Your Life.

Jessy Mccartney



Ni jugak merupakan seorang lagi makhluk ciptaan Tuhan yang indah. Heee. Fuuh fuuh #lappeluh. Single pertama Jesse McCartney untuk album pertama Beautiful Soul adalah Beautiful Soul. Lagu lain yang best daripada album ni seperti She's No You dan Because You Live. Single pertama daripada album kedua Right Where You Want Me diberi nama Right Where You Want Me. HAHAHHA. Senang betul hidup dia. Tak payah pikir banyak nak letak tajuk lagu apa. Amek terus nama album. Jesse ada jugak tulis lagu dengan Ryan Tedder One Republic untuk Leona Lewis iaitu Bleeding Love.

Single untuk album ketiga Departure adalah Leavin. Yeah. Aku masih lagi dengar lagu Leavin sampai sekarang. Lagu lain yang best dalam album ni adalah It's Over dan How Do You Sleep. Album baru, Have It All dengan single Shake It bagi aku tak cukup "Jesse McCartney". HAHA. Selain daripada berlakon, Jesse jugak ada menyumbangkan suara untuk movie macam Alvin and The Chipmunks untuk suara Theodore. Alololo. Comelnya. HAHAHHHAHA. 

Owh ya. Sampai sekarang aku tak jumpa perfume yang Jesse perkenalkan.

Gareth Gates



Aku sebenarnya tak minat pun kat Gareth Gates. Tapi masa aku tingkatan satu iaitu tahun 2003 memang dia digilai oleh gadis-gadis sekolah. Haih. Kalau tanya budak tingkatan satu sekarang ni aku rasa depa pun tak kenal. Kalau tanya pasal Justin Bibir Bieber kenal sangat. Gareth ni tak silap aku mula terkenal sejak dia masuk Pop Idol dan dia femes dengan lagu Anyone of Us (stupid Mistakes) dan Say It Is Isn't So.

Guy Sebastian



Ni kalau tanya aku rasa tak semua orang kenal dan majoriti tak kenal. Guy Sebastian jugak femes masa aku tingkatan satu. Masa tu lagu dia yang femes adalah Angels Brought Me Here. Dia merupakan pemenang Australian Idol Season 1. Mungkin ada yang tak tahu. Dia dilahirkan di Klang, Selangor. Haah. Ini kira boleh geng dengan Che'Nelle. Che'Nelle dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Persamaan depa? Dilahirkan di Malaysia dan penyanyi di Australia. Walaupun tak femes kat Malaysia, Guy Sebastian femes di Australia.

Aku ingat lagi masa dia baru menang. Dia ada datang Malaysia. Siap pakai baju melayu dengan sampin. Pergh. Kemain meriah lagi berita pasal dia masa tu. Owh ya. Guy Sebastian dah berkahwin dan menanti kelahiran cahaya mata tahun depan.



//
//
//


Baru aku perasan. Aku banyak cerita pasal Jesse McCartney. Heee. Aku betol-betol berkenan dengan rambut dia. 

No comments: