Monday, August 08, 2011

Masihkah kamu ingat mereka?

Assalamualaikum.

Kalau online dan dengar lagu, aku dengar lagu daripada playlist yang ada atau kat Youtube. Kat Youtube selalunya aku dengar lagu yang dah jarang keluar kat televisyen mahupun radio. Kebanyakkan lagu-lagu tu aku dengar masa aku sekolah menengah. Aku rasa mungkin ada yang kenal dan dah lupa depa atau memang tak kenal langsung. Kebanyakkan penyanyi ni aku kenal kat majalah yang popular masa aku sekolah dulu, Utopia dan Galaxy.

Aku rasa budak zaman sekarang pun tak kenal depa melainkan Justin Bibir Bieber, Saloma Selena Gomez yang pernah couple dengan Taylor Lautner, Taylor Swift yang jugak couple dengan Taylor Lautner lepas dia breakup dengan Saloma Selena Gomez dan lain-lain lagi. Phew. Percintaan pi mai pi mai tang tu jugak.

Skye Sweetnam



Lagu yang famous Sky Sweetnam nyanyi masa zaman kegemilangan dia (I bet) adalah Tangled Up with Me dan Number One. Seingat aku, lagu-lagu tu famous dalam tahun 2003 atau 2004 macam tu. Yeah. Aku baru abes UPSR masa tu. Zaman bila ramai gadis tergila-gilakan Bae Yong Jun dalam drama Korea Winter Sonata dan Rosalinda.

Hilary Duff




Sapa-sapa yang pernah tengok cerita Lizzie McGuire atau baca buku Lizzie McGuire (aku lah tu. memang suka baca buku cerita ni. HAHA) confirm kenal Hilary Duff. Tak pun yang pernah tengok movie A Cinderella Story yang ada Chad Micheal Murray. Sapa tu Chad Micheal Murray? Salah seorang pelakon dalam siri One Tree Hill. Tak silap aku single pertama Hilary Duff untuk album pertama dia iaitu Metamophosis adalah So Yesterday. Banyak jugak lagu Hilary Duff yang best macam Fly, Come Clean, Wake Up, Beat of My Heart dan Why Not.

Lepas single Reach Out, rasanya tak ada lagu baru dia. Hilary Duff pernah couple dengan Aaron Carter dan Joel Madden, penyanyi Good Charlotte. Tapi akhirnya Hilary Duff berkahwin dengan orang lain pada tahun 2010.

JoJo




Baru keluarkan single terbaru, The Other Chick daripada album terbarunya, Jumping Trains. Dah dengar. Okay. Not bad. Aku lagi suka lagu-lagu dia yang dulu macam first single, Leave (Get Out), A Little Too Late,  Not That Kinda Girl, How dan Baby It's You. JoJo jugak ada nyanyi lagu Beautiful Girl. Macam lagu reply untuk lagu Sean Kingston, Beautiful Girl.

JoJo jugak ada berlakon dalam movie Runaway Vacation. Owh yeah. Ini movie lama. Dalam tahun 2006 tak silap aku.


Ashlee Simpson



Well. Dah lama tak dengar berita pasal adik Jessica Simpson. Single pertama Ashlee Simpson untuk album pertama Autobigraphy adalah Pieces of Me. Lagu lain daripada album ni seperti Shadow dan La La tak berapa nak mendapat tempat di hati orang ramai. Begitu jugak aku. Heee. Single pertama untuk album kedua I am Me adalah Boyfriend. Yeah. Aku masih lagi dengar lagu Boyfriend daripada tahun 2005 sampai sekarang. Lagu-lagu lain yang best adalah L.O.V.E, Outta My Head dan Invisible.

Ashlee jugak berkahwin dengan Pete Wentz daripada kumpulan Fall Out Boys dan dikurniakan seorang cahaya mata. Jodoh depa tak lama. Awal tahun 2011 Ashlee failkan penceraian.


Lindsay Lohan



Kalau sebut nama dia mesti teringat pasal masalah peribadi dia dan beberapa kali masuk pusat pemulihan. Haih. Sekarang ni dah jarang dengar pasal karer dia. Dulu Lindsay Lohan famous dengan movie yang berkaitan dengan teenage life seperti Freaky Friday, Mean Girls, Just My Luck, Herbie : Fully Loaded dan Confession of a Teenage Drama Queen.

Lindsay jugak ada keluarkan album. Album pertama Speak di mana single pertama adalah Rumors dan album kedua A Little More Personal di mana lagu menjadi single pertama adalah Confessions of a Broken Heart (Daughter to Father). Lagu best yang lain adalah Over dan First. Bagi aku, Lindsay tak banyak hasilkan lagu yang best dan tak perlu jadi penyanyi.

Michelle Branch




Aku tak berapa minat dengan Michelle Branch tapi aku dengar lagu-lagu dia masa dulu-dulu macam Everywhere daripada album The Spirit Room dan lagu Are You Happy Now daripada album Hotel Paper. Lagu-lagu tu bagi aku dah lama dah tapi still, aku dengar sampai sekarang. Michelle Branch jugak akan keluarkan album baru, West Coast Time yang dijangka keluar dalam bulan September 2011.


Ada ramai lagi penyanyi yang sekarang ni dah tak dengaq sangat cerita pasal depa tapi aku masih lagi dengaq lagu-lagu depa yang popular masa zaman aku sekolah dulu macam Yellowcard, Good Charlotte, Vanessa Calton, The Veronicas, Limp Bizkit, Clay Aiken, Story of The Year dan lain-lain lagi. Kebanyakkan lagu-lagu famous depa dah lama dah tapi aku dengar sampai sekarang.

Mungkin ini yang dirasakan oleh mereka yang menggemari lagu-lagu 60-an, 70-an dan an yang lain-lain. Heee.

2 comments:

ARC™ said...

hillary duff tu aku paling suka lagu Strangers. vclip best hahaha

atiq said...

HAHAHHA. hilary hot dlm vlip tu.