Thursday, August 04, 2011

Aku kagum dengan orang yang ...

1. buat entry panjang kat blog. Serius. Aku kagum dengan skill yang depa ada untuk huraikan sesuatu tajuk dengan begitu panjang. Siap dengan contoh dan gambar. Pergh. Itu baru contoh dengan gambar. Tak masuk lagi dengan link-link yang menyokong hujah mereka. Kalau tak bagi link, contoh mahupun gambar, mereka mampu huraikan isi yang ingin disampaikan dengan baik. Kalau ada yang masukkan kata-kata tokoh, simpulan bahasa mahupun pantun, pergh. Rasa nak buat tunduk hormat depan laptop. HAHA.

2. komen panjang untuk sesuatu entry. Ia banyak melibatakan isu semasa terutama entry troll. HAHA. Macam-macam komen yang orang ramai bagi untuk menyatakan pendapat. Kalau ada yang butthurt, lagi seronok dan kagum aku baca komen depa tulis. Panjang berjela dan macam-macam isi depa ketengahkan. Depa patut jadi wakil rakyat. HAHA.

3. cekap drive kereta dan menunggang motosikal. Tak kira lah lelaki mahupun perempuan. Especially lelaki. Hik hik hik. Sebab tu aku malas nak drive kereta. Nak tengok lelaki hensem mata sepet menatap indahnya senyuman di wajahmu membuat ku terdiam dan terpaku drive kereta. HAHA. Kalau menunggang motosikal mahupun drive kereta lebih 100km/j? Aku pun boleh tapi kat highway saja lah. HAHA. Di jalan biasa jangan harap. Atau mungkin suatu hari nanti boleh harapkan aku drive kereta di jalan biasa. Suatu hari nanti. Kalau sehari selepas aku publish entry ni mahupun seminggu atau sebulan, kereta dalam bahaya.

4. pandai mengaji. Ini bukan aku seorang saja yang kagum. Aku rasa ramai lagi yang rasa kagum dan mahukan orang yang pandai mengaji, especially lelaki. Biar tak hensem atau cantik tapi pandai mengaji. Kalau huruf dan tangga masjid tak kenal, jenuh. Lagi sejuk hati kalau isteri atau suami yang mengajar anak-anak mereka mengaji. Owh. Aku tak terpengaruh dengan drama Nur Kasih.

5. pandai atau tahu menjahit walaupun jahit yang biasa-biasa seperti jelujur dan insang pari serta mereka yang pandai memeilih kain untuk dibuat baju kurung. Mungkin sebab tu aku suka pergi kedai kain Jakel mahupun Gulatis. HAHA. Bukan saja aku kagum dengan orang yang tahu atau pandai menjahitr malah orang yang tahu atau pandai memotong kain jugak boleh membuatkan aku kagum. Contohnya pekerja di kedai kain Jakel yang memotong kain untuk pembeli. Bagi aku, bukan semua orang mempunyai skill memotong kain.

6. pandai masak. Haah. Ini pun boleh membuatkan aku admire kepada diri sapa-sapa yang pandai masak. Kalau tak pandai masak pun, dia tahu masak. Bagi aku tahu dan pandai masak adalah perkara yang berbeza. Tengok ejaan pun dah tahu tak sama. HAHA. Okay okay. Lame joke. Tahu masak adalah tahu cara-cara nak memasak atau bahan-bahan yang dihidangkan dalam sesuatu masakan. Pandai masak adalah tahu cara dan bahan dalam suatu masakan serta masakan itu rasa sedap. Tak kira lah tahu masak apa-apa pun. Masak cupcake ke tempoyak ke nasik tomato ke. Kalau pandai masak Iphone masak black pepper ke Ipad masak merah ke lagi aku rasa kagum. HAHA.


7. tahu makeup walaupun sikit. Tak perlu sampai tahap makeup artis yang profesional pun tak apa. Sama macam akak Michelle Phan pun okay. Dah dikira sebagai tahap yang membanggakan. HAHA. Aku suka tengok orang pakai makeup yang cantik. Maksud aku bukan pak andam atau mak andam yang makeup sampai muka berdebu. No no no. Kalau makeup pengantin yang jenis macam tu sila tolak ke tepi dan tepi dan tepi dan teoi lagi sehingga keluar daripada senarai. HAHA.

8. tahu IT terutamanya hackers. Kalau boleh hack profile orang kat Facebook pun dah membolehkan aku berkata Woohoooo. Dah tu, share lah ilmu hack kat aku jugak. HAHA. Haish. Aku bukannya nak hack profile Facebook orang lain. Nak hack profile sendiri saja.. HAHA.


9. pandai berbahasa Inggeris. Kelebihan yang sangat penting dewasa ini. Mungkin tak lama lagi boleh masuk bawah kategori seksi. HAHA. Bukan terhad kepada bercakap menggunakan bahasa Edward Cullen tu malah boleh menulis entry di blog jugak mengagumkan aku. Bercakap menggunakan British accent adalah amat digalakkan. Argh. Pengaruh Harry Potter dan Merlin.

10. seni mempertahankan diri. Tak kisah tali pinggang warna apa-apa pun. Warna merah jambu pun boleh jugak. Ini terutamanya perempuan. Kalau luaran nampak lemah lembut macam agar-agar bentuk tembikai tapi ada tali pinggang hitam dalam taekwando walaupun dia tak termasuk dalam kategori cantik dan comel. Tambah pulak dia tahu masak, mengaji dan menjahit. Pergh. For me, she's hot. So do guys.

11. tahu berenang. Ini tak kisah lah sesiapa pun sama lelaki atau perempuan. Ini aku rasa tak ramai yang tahu. Sapa-sapa yang tau berenang merupakan bonus terutamanya mereka yang berada di kawasan banjir. Boleh selamatkan selipar Ipanema Gisele Bunchen daripada hanyut dibawa arus banjir. Mahupun selamatkan gadis comel atau jejaka kacak yang jatuh longkang. HAHA.

//
//
//

Banyak lagi perkara yang boleh bagi aku kagum dengan seseorang, perkara atau benda. Sebab bagi aku tak semua orang mampu berbuat sedemikian.


No comments: