Sunday, July 31, 2011

Menunjuk-nunjuk amalan Lucifer

Assalamualaikum.

Pagi tadi bukak Twitter. Ramai yang update pasal bulan Ramadhan. Ada yang update pasal orang putus tunang. Aku pun terkejut jugak bila dapat tahu sebab tak menjangkakan itu yang akan berlaku kelak. Dan aku tak sangka jugak begitu pengakhiran terhadap kisah mereka. Bukan saja kat Twitter, kat blog pun ada. Aku berharap mereka dapat pengajaran daripada apa yang berlaku. Begitu jugak kita yang lain. 


Macam masyarakat awam selalu cakap. Semua itu dugaan orang bertunang. Haish. Aku baru saja nak claim tu quotes aku yang buat. HAHA. Takpa. Nanti aku buat quotes baru.

Kalau kat laman gosip memang perkara yang wajib update pasal orang kawen, tunang, cerai, putus tuning dan lain-lain lagi. Aku baca komen yang orang ramai bagi pasal entry putus tunang.  Owh. Komen yang tipikal. Ayat komen tu bagi aku sama saja. Yang berbeza ada penambahan atau pengurangan perkataan. Aku rasa depa pakat-pakat main copy paste komen.

Contoh komen tipikal yang berjaya dikesan :
  1. Bersabarlah. Semua itu dugaan hidup. Bersabar ea. (huuh. cakap bersabar memang senang. pernah lalui ke semua tu?)
  2.  Mungkin tiada jodoh antara kamu berdua (mungkin ada jodoh kalau kamu bertiga mahupun berempat. HAHA. kidding)
  3. Nanti kamu jumpa pengganti yang lebih baik. (aku jugak memerlukan pengganti bateri telefon bimbit yang lebih baik)
  4. Pertunangan ni tak elok diheboh-hebohkan.
  5. Tak elok kalau kita banyak share private life
  6. Yes! Aku boleh mengorat bekas tunang kau. HAHA.  She/he is mine *gelak macam Lucifer*
Banyak lagi komen. Untuk satu tajuk kawen, cerai mahupun tunang beratus komen ada. Semuanya sama saja.  Alar. Macam masyarakat awam selalu komen pasal sesuatu topik. Boleh bayang macam mana kan. HAHA.

Ada sesetengah komen aku setuju.  Ada yang aku tak setuju sebab cara menegur disulami dengan kata-kata yang langsung tak memberi semangat dan motivasi. Sama macam segmen motivasi “pandang-pandang tenung-tenung renung-renung” yang terkenal kat radio. Entah kenapa aku sendiri tak berkenan. Bagi aku ia sikit tak member motivasi kepada aku. Kalau dia datang sekolah bagi motivasi untuk peperiksaan, aku boleh tumpas ketiduran. Bagi aku, cikgu merupakan motivator yang sangat baik. Sangat sampai ke setiap pelusuk sanubari dan setiap bahagian otak dan organ badan yang lain. Lalu kata-kata motivasi tersebut mengalir  melalui setiap lymphatic nodes, artery, vein serta vena cava.

Haih. Satu perenggan saja cakap pasal motivator. Tak ada kena mengena dengan tajuk. Nak delete, sayang. Sebenarnya aku agak frust sebab tak dapat jawab soalan sistem kardiovascular untuk OSCE. Kekecewaan yang melarat hingga ke dalam perenggan motivasi.


Apa-apa pun kita kena bersederhana dalam segala aspek. Tidak kira lah daripada aspek yang membabitkan berkasih sayang sesama manusia (eceh), sugarglider (ehem ehem),  kereta mahupun makanan. Allah tak suka orang yang suka berlebih-lebihan ni. Contohnya kalau beli makanan banyak kemudian tak abes makan, kan dah membazir. Membazir ni amalan Lucifer. Bukan takat membazir saja, menunjuk-nunjuk pun dah boleh jadi kawan Lucifer

Semoga menjadi iktibar kepada semua dan diri aku sendiri.

Ni aku dok tulis Lucifer kang ada yang kata mamat hensem mana pulak ni. Hensem lah sangat. Kalau tak tahu, sila Google. Apa guna handphone, laptop serta Ipad canggih ada wifi bagai tapi tak guna. Kan? HAHA.

No comments: