Tuesday, July 26, 2011

Jagung muda buruk khabar daripada rupa riuh sekampung

Assalamualaikum.

Sekarang ni aku agak senang tido. Tak payah tunggu lama macam dulu sampai nak kena baca buku cerita mahupun buat kerja lain. Letak saja kepala atas bantal, peluk bantal terus terlelap. Pagi tadi usai solat Subuh aku teringat pasal cerita zaman dulu. Cerita yang aku sendiri tak mahu nak ingat dan malas nak ingat sebab tak berfaedah untuk diingat. Macam tak bagi apa-apa sumbangan dalam kehidupan seharian aku. Selama ni aku cerita kat menatap indahnya senyuman diwajahmu membuatku terdiam dan terpaku. Haah.

Aku pun tak tahu sebab apa boleh teringat pasal perkara tak seronok.

Jagung muda
Masa jadi student, tak banyak perkara boleh dilakukan sesuka hati sebab nanti ada orang yang dengki sebab student nampak lagi hebat daripada yang dah bekerja. HAHA. Acah ja. Aku student yang baik. Tak buat onar dalam hospital macam ponteng praktikal ke malas buat kerja ke walaupun kadang-kadang perasaan malas tu tetap ada tapi tak tunjuk. HAHA. Student jugak tak dibenarkan sesuka hati buat sesuatu tanpa pengawasan orang yang sepatutnya mengawasi student. Hal ini menyebabkan terjadi situasi bertindak mengikut arahan.

Bila wujudnya situasi bertindak mengikut arahan, ada yang cakap buat kerja lambat, tak pandai buat kerja, banyak perkara yang tak tahu dan lain-lain lagi. Aku rasa orang yang cakap tu dengki dengan student. HAHA. Dengan student yang masih lagi dalam proses belajar boleh lah nak tunjuk kehebatan padahal tak lama mana pun kerja. Pengalaman baru setahun jagung. Cuba pergi tunjuk kehebatan yang tak cukup dengan orang yang handal dan pengetahuan luas. Memang kena fire sampai rentung.


Ada yang jugak kata, "Eh kamu ni dah semester akhir, ini pun takkan kamu tak tahu?" Apa engkau ingat kami ni boleh tahu dan mahir dalam semua perkara dalam masa tiga tahun sedangkan kau yang sudah bekerja pun tak tahu semua perkara lagi. Apa kau sudah tahu semua yang patut kau tahu pasal pekerjaan kau? Bila student tanya soalan pun tak boleh nak jawab. Kau sama saja dengan tahap student malah ada student yang lagi handal. Jadi jangan nak mebesarkan diri dan rasa hebat macam dah bekerja bertahun-tahun dan mempunyai pengalaman dan kemahiran yang hebat. Ada saja yang berpengalaman lama tapi tak lokek nak kongsi ilmu.

Ada sesetengah yang baru kerja tapi mereka tak lokek nak kongsi ilmu. Ada yang tak tahu dalam sesuatu perkara, mereka merendah diri dan berterus terang mereka tak tahu. Mereka tak membesar diri macam mereka hebat. Tidak. Dan sebab itu golongan merendah diri ini disenangi oleh semua orang. Bukannya ada nak banned kalau tak tahu tentang sesuatu perkara. Tidak tidak tidak. Kalau ada nak cakap belakang bermakna mereka dengki sebab mereka tak mampu nak jadi seorang yang merendah diri. Jadi tak perlu nak tunjuk pandai dalam semua perkara walaupun itu semua indah khabar daripada rupa.

Riuh sekampung
Macam dah jadi satu tabiat salahkan student mahupun orang lain bila ada kesilapan berlaku masa buat kerja. Hey. Come on. Dah nama pun student yang tengah belajar buat kesilapan. Ini bukan sahaja yang baru setahun jagung pengalaman, yang dah banyak pengalaman pun tak terlepas jugak nak buat perkara yang sungguh tak manis ini. Kalau tak boleh kesilapan langsung baik terus kerja. Tak payah jadi student. Tak payah susah payah belajar. Tak payah pergi praktikal. Tak payah buat semua tu. Membuat kesilapan itu sebahagian daripada proses belajar dan belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan. Dari sudut islamik, bertaubat.

Jika ada yang buat salah tak kisah lah sama ada student mahupun rakan sekerja buat satu kesilapan dalam kerja, tak perlu dan sangat tak manis hebohkan satu tempat kerja macam mereka baru saja buat onar kat tempat kerja mahupun buat rally sampai kacau bilau tempat kerja. Tak perlu semua itu. Dan menyedihkan bila ada seseorang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran serta telah lama bekerja yang menyebarkan cerita tentang kesalahan yang dibuat oleh orang lain kepada semua orang. Hey. Memang tak professional bila dilihat dan diukur daripada segi pengalaman yang sudah lama bekerja.

Menambahkan lagi kekeruhan bila ada yang pergi sambung dan menyebarkan lagi berita tak manis tadi supaya isu itu menjadi lebih panjang macam ekosistem bumi akan musnah kalau tak sebarkan lagi. Sudah lah pihak pertama tadi dah bawak cerita, ini pulak ada pihak kedua yang tambah. Kalau sebarkan kesedaran pentingnya kitar semula dalam kehidupan seharian ke kempen selamatkan ikan paus daripada pupus ke ada jugak faedah. Menyebarkan kesalahan orang lain kepada orang lain tak menampakkan macam diri kita bagus tapi bertambah tak manis attitude yang sesungguhnya tak elok untuk dicontohi.

Owh ya. Sikap itu jugak menampakkan bahawa anda kaki kepoh.

Buruk khabar daripada rupa.
Ini pun banyak terjadi jugak. Sembang bukan main hebat dan kencang pasal sesuatu perkara kononnya betapa teruk dan susahnya perkara tu tapi di realiti tak ada apa-apa pun. Huuh. Yang lagi best bila dengar apabila orang yang bercerita tu bercerita dengan ekspresi muka yang bersungguh-sungguh menunjukkan betapa teruk dan susahnya perkara yang dibincangkan.

Contohnya ada orang cerita betapa susahnya nak buat biskut cornflakes madu. Dia kata madu kena madu yang amek daripada Gunung Jerai. Madu daripada gunung lain tak boleh. Kalau amek madu daripada Gunung Everest lagi lah tak boleh. Kena lawan team yeti yang duduk kat situ untuk dapatkan madu. Mentega pulak kena amek margerin daripada cap Timah Enterprise sebab jenama lain tak sedap langsung. Bekas nak isi cornflakes pulak. kena bentuk love. Kalau bentuk lain cornflakes tak akan jadi elok. 

Sembang hebat dan kencang macam pak cik kat atas ni. Tak ada beza. Macam kembar pun ada jugak.

Tak pasal-pasal yeti jadi mangsa. Yeti, bersabarlah. Semua itu dugaan di musim sejuk. 

See betapa hebatnya propaganda dia bagitahu betapa susahnya nak cari bahan untuk buat biskut cornflakes madu sedangkan kita tahu tak susah mana pun nak buat. Huuh. Itu belum lagi dia cerita kesusahan tu dengan gaya yang sapa-sapa saja boleh tertipu dan percaya dengan propaganda yang cuba disampaikan. Entah masa bila madu boleh terhasil kat Gunung Everest dengan ada yeti kat situ. Huuh. Nampak beno nipunye.

Kejadian ni pernah berlaku kat aku dalam salah satu semester terindah dalam hidup. Masa tu musim exam. Aku pada mulanya hampir terpedaya bila ada yang cakap ada soalan sangat susah di mana kesusahan tu sama saja dengan kesusahan nak buat biskut cornflakes madu. Aku yang berjiwa telus dan mulus ni sipi-sipi saja lagi nak percaya. Tak terperdaya lagi. Bila ada orang lain datang dan cerita kat aku yang sebaliknya iaitu tak ada kesukaran yang dia hadapai masa jawab soalan exam, aku rasa macam ada yang cuba buat propaganda. Bila aku pikir-pikir balik, soalan tu tak susah langsung. Huuh.

Tapi serius. Gaya dia bercerita dengan ekspresi muka dia menggambarkan kesukaran yang amat sangat. Sesuai jual barang ni.


//
//
//


Bila dah senang tido, selalu pulak mimpi tak best. Haih.

No comments: