Saturday, July 09, 2011

Harap pengarah movie tempatan dapat buat movie macam ni.

Assalamualaikum.

Aku bukan peminat tegar movie Hindustan apatah pelakon Hindustan. Tapi aku suka tengok Kajol macam mana aku suka tengok Ana Lulu. HAHA. Aku rasa movie Hindustan dah maju sikit daripada dulu dan dah ada kelainan daripada movie-movie depa yang dulu. Mungkin ada yang dah pernah tengok, ada yang tak pernah. Yang tak pernah tu, sila tengok sekarang. HAHA. Cuti kan sampai bulan sembilan. Apa lagi, marathon movie Hindustan. Woohoo.

3 Idiots


Recommended to be watched. Mungkin dah ramai yang pernah tengok movie. Sapa-sapa yang tak pernah tengok, sila tengok sekarang. Aku paksa. HAHA. Owh ya. Ini jugak merupakan movie yang dapat merangsang habuk untuk datang lepak kat mata lalu menyebabkan mata mengeluarkan air. Dua kali jugak lah habuk masuk mata aku lalu menyebabkan mata mengeluarkan air. Jangan ingat movie pasal student engineering tak mampu menyebabkan air mata tumpah. Dan Kareena Kapoor sangat cantik dalam movie ni. I mean bila dia tak pakai make up. Kulit muka dia cantik dan putih. Haiyoh haiyoh. Nak kulit muka macam tu.  

Knock Out


Ini merupakan movie yang diadaptasi daripada movie Hollywood, Phone Booth. Movie ni banyak pasal phone booth dan bermula bila Racho dapat satu panggilan masa dia dekat dengan phonebooth ni. Dia jugak ada terima arahan daripada seorang shooter. Masa tengok movie ni aku ada kat Penang. Dah hari Sabtu kami yang mana tak balik kampung halaman tercinta abeskan masa tengok movie Hindustan. HAHA. Owh ya. Kami tak keluaq berpoya-poya walaupun Gurney Plaza dan Queensbay dekat. Nak naik Rapid Penang pun boleh. Dan dan dan. Wartawan wanita dalam movie ni cantik. Haiyoh haiyoh. Memang cantik. Aku tengok pun teruja. Aku tak puas hati sebab ada polis yang baik mati kena bunuh. Haish. Aku nak dia hidup.

Like Stars on Earth (Taare Zameen Par)


Ni pun movie yang menarik perhatian habuk untuk singgah kat mata lalu menyebabkan mata mengeluarkan air mata. Semua ni habuk punya pasal. Habuk, sila keluaq sekarang! HAHA. Movie ni pasal seorang budak, Ishaan yang ada masalah dyslexia tapi ibu bapa dia tak tahu pasal masalah tu. Dia dihantar ke sekolah lain dengan harapan masalah tu akan selesai tapi jadi bertambah buruk sehinggalah ada seorang cikgu sementara, Ram mengajar kat sekolah Ishaan. Hampa kena tengok movie ni. Two thumbs up! Owh ya. Amir Khan yang arahkan movie ni dan dia jugak berlakon. Tu lagi satu sebab hampa kena tengok movie ni. Jangan riso. Ia tak sama macam kes movie KL Gangster.

Kat malaysia tak jumpa lagi movie yang macam ni. Yang ada banyak movie hantu ayam katik, gaduh-gaduh manja dan cinta pokok kelapa. Nasib baik tak ada dah movie macam Nana Tanjung dan Anak Mami. HAHA.

More movies coming up :)

2 comments:

ARC™ said...

taare zameen tu aku anngis tengok. jilaka betul.

cuba kau tengok my name is kalaam. best gak tu

atiq said...

noted :)

kalau ada movie hindustan best, boleh bagitau. aku tak reti sangat nak korek kat mana movie hindustan yang best :)