Saturday, July 02, 2011

Aku menyesal format laptop

Assalamualaikum.

Aku tak tahu kat mana yang silap. Sama ada setting laptop aku yang tak update atau aku sendiri yang tak tahu nak setting atau format telah mengucar kacirkan setting. Aku cuba cari macam mana nak ubah bagi jadi sedia kala tapi tak berjaya sampai sekarang. Tak cukup lagi ilmu IT ni. Haish.

1. Internet
Laptop aku dah set siap-siap untuk automatik connect dengan internet bila wireless kat rumah on. Jadi senang bila nak online. Tak payah tunggu lama. Lepas laptop ni aku antaq untuk format, something wrong somewhere. Internet tetap automatic connected tapi access untuk internet tu jadi unidentified network. Lama jadi lagu tu. Jadi untuk connected sepenuhnya kena disconnect dan connect balik dengan wireless banyak kali. Walaupun access dah okay tapi line lambat dan kadang-kadang macam disconnected. Haish.

2. Bluetooth
Untuk bluetooh memang akan kena masukkan passkey. Tak apa bahagian tu. Masukkan macam besa kalau ada device baru nak bluetooth kat laptop aku. Kemudian boleh bluetooth macam besa dan automatik accept bluetooth bila dah masukkan passkey. Selepas format, perkataan automatik tu dah tak bermakna lagi. Macam dah terpadam dalam kamus hidup. Haish. Aku kena accept bluetooth secara manual walaupun ia daripada device yang sama.

Dan aku jugak tak boleh nak set kat bahagian untuk bagi device yang sama access laptop bila nak device tu nak bluetooth. Bila tak boleh accept, susah lah nak buat automatic accept. Haish. Bila klik kat situ dia kata not secure. wuwuwu T______T Dulu boleh saja aku klik.

3. Function sleep
Ini pun salah satu natijah format laptop. Terus function sleep tak berfungsi macam dulu. Bila buat sleep, laptop masih dalam keadaan sleep tapi bila nak guna balik, laptop akan keluarkan arahan untuk kita on laptop macam besa. Haish. Macam arahan yang selalu dapat bila laptop yang tak shut down properly. Bila klik, abes semua document yang dok buat bersusah payah tadi hilang. wuwuwu T_____T Jadi macam restart balik keadaan ni. Sedih sedih. Padahal nak buat sleep saja. Haish.

4. Folder bersepah-sepah
Ini tak payah nak cakap banyak. Memang bersepah-sepah walaupun dah buat backup. Aku nak susun balik sebab aku tengok macam dah bercampuq aduk pun ada jugak. Haish. Sampai la ni aku dah terkonpius-konpius nak cari dokumen walaupun dah susun. Penat tahu tak nak susun folder-folder tu. Untuk folder yang aku selalu guna aku akan letak kat satu tempat yang senang aku nak cari. Bila dah format, tercari-cari jugak folder-folder yang aku selalu guna.

Ni ada pulak folder untuk sound, bluetooth dan application lain muncul untuk diinstall balik lepas format. Lepas install, aku tak tahu nak letak mana folder-folder tu. wuwuwu. Nak buang was-was. Nak simpan semak saja aku tengok. Haish. Kalau tergoda dengan bisikkan syaitonirrajim, memang dah buang semua folder-folder tu. HAHA. naisb baik iman kuat lagi.

5. Install application
Banyak application kat laptop dah lenyap. wuwuwu. Dan disebabkan banyak kena install, aku amek keputusan untuk install balik sikit saja. Merajuk. Tak install banyak. Itu tak termasuk dengan bookmark yang hilang lambang lupa buat backup untuk bookmark. Haih.

Dan aku jugak hampir-hampir nak tukaq keyboard laptop di mana menurut orang kedai tu keyboard aku bermasalah. Tapi aku hold dulu sebab harga keyboard mahal dan kena tunggu stok dulu. Bila nak taip, lain huruf yang aku tekan, lain pulak huruf yang keluar. Dah lah keluar huruf lain, banyak pulak tu. Blergh. Tapi lepas sehari dua tak ada masalah keyboard. Aik. Macam magic. Nasib baik aku tak tukaq keyboard laptop. Kalau tak, melayang RM200.

Dan sampai sekarang aku menyesal pi format. wuwuwu T_____T

3 comments:

Mat Pintu said...

bisa di atur semua tu. kat kampus kan mesti ada sorang dua member yg geek, cari dorang la. haha

rockcintan.blogspot.com

atiq said...

HAHA. masalahnya lepas ni tak pegi dah kampus. wuwuwu. T____T

geek penting dlm kehidupan.

shah nita said...

format laptop biasa lah.. dia akn jdi mcm baru balik.. tp klau laptop x format trus ,smakin lama guna smaki berat laptop kita biar po guna apa2 sofware untuk laju kan laptop..
pasal smua sofware mmg akan hilag,bila format dia akn kembali seperti laptop ambik di kedai... kalu format pastikan yg ori,klau yg pirate kne jga2 msa update.. tu je..
pasal yg nie x jadi yg tu x jdi,x ada masaalah ,cum perlu ejust setting je... tp cara awk hantor format 2,kemukinan kedai 2 x seberapa pandai lagi frmat.. sebaik2 nya awk format sendiri,jimat.. ilmu pom dapat.. pasal sofware cari je lam internet..klau ada masaalah tanya saya,insyaalah sya akn bantu..