Thursday, June 30, 2011

Perkara paling akhir

Assalamualaikum.

Masa mula-mula masuk belajaq, aku dok bayang. Macam mana keadaan aku bila dah abes belajaq nanti. Macam mana perasaan jadi senior. Apa soalan exam nak keluaq nanti. HAHA. Tak dilupakan macam mana bila praktikal kat luar Ipoh. Owh ya. Macam mana perasaan cuak nak amek OSPE dan OSCE. Sekarang aku dah rasa dan dapat jawapan untuk semua tu. Untuk soalan macam mana aku nak kerja bila dah abes belajaq sampai sekarang aku tak ada jawapan lagi sebab aku tak kerja lagi. HAHA.


Masa duduk hostel lama, aku duduk dengan senior dalam satu rumah. Ada senior radiografi dan farmasi. Sebab tu sapa-sapa yang duduk hostel boleh kenal semua senior serta sebahagian besaq senior farmasi walaupun tak pernah jumpa masa kat hostel. Sebabnya depa praktikal luaq dan tak duduk dah kat hostel serta supersenior farmasi yakni yang mana dah bekerja. Apa-apa yang kami buat banyak melibatkan senior macam makan malam, study masa exam (HAHA) dan masa pi berpoya-poya. Malah shopping pun dengan senior sampai sekarang. Ehem ehem. Sekarang aku dapat rasa macam mana jadi senior. HAHA.


Sebagai langkah terakhir melengkapkan masa senior adalah dengan amek OSCE dan OSPE. Aku paling cuak OSCE. Sebabnya aku rasa skil aku tak memuaskan kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan lain. Jadi aku ada rasa sedikit gelabah pada satu-satu masa dan banyak gelabah pada banyak masa. HAHA. OSCE kali ni aku rasa paling bahagia. Soalan tak ada rasa susah macam OSCE sebelum-sebelum ni. HAHA. 


Macam besa, kena kuarantin tu perkara wajib. Itu tak menyeksakan jiwa. Yang seksanya nak tunggu turn pi amek exam. Aku kena tunggu dekat dua jam lebih untuk amek exam yang cuma makan masa setengah jam. Itu kalau yang dapat giliran tengah-tengah. Bayangkan yang dapat giliran terakhir. Phew. Aku rasa kalau lecturer buat boleh ikut suka hati sapa nak buat dulu, confirm semua berebut nak buat dulu. Lagi cepat habis exam, lagi senang hati. Tak payah pikir dah pasal exam. Macam mana kami berebut nak buat assessment masa praktikal dulu. Cepat abes lagi elok.


Kali ni soalan yang keluar tak ada kaitan dengan instrument dan quality assurance. Phew. Lega. Soalan banyak keluar pasal anatomi, physiology dan patology. Aku berharap dapat kritik imej filem x-ray CT scan atau MRI tapi tak dapat. Dapat cervical atau tulang tengkuk. Haih. Aku alergi sikit part tulang tengkuk ni T____T Aku dah ingat anatomi dalam filem CT scan. Sebab tu nak filem CT scan. HAHA. Nasib baik masa stsesen satu di mana aku kena x-ray patient aku dapat soalan tak susah. Aku dapat soalan x-ray untuk elbow. Phew. Dan hari tu jugak aku baru tahu yang meja x-ray kat lab tak ada fungsi untuk naik atau turun. HAHA. Nampak sangat jarang turun lab. Aku pun malas nak duduk lama-lama kat lab merangkap bekas bilik mayat. KAHKAHKAHKAH. Setakat ni tak ada pulak model tulang rangka manusia atau patung manusia tu bangun sendiri bila kami kat lab. Setakat ni. Tak tahu lah kot-kot esok lusa depa bangun ke. HAHA.


Untuk exam OSPE pun rasa cuak jugak. Tak tahu soalan apa nak keluaq daripada semester 1 sampai semester 6. Study banyak untuk exam yang amek masa setengah jam. Sob sob sob. T_____T Sekali lagi, nasib baik soalan instrument tak ada. Kalau ada, cry me a river T_____T Sebenaqnya tak susah soalan OSPE tapi sebab tak baca tu yang jadi susah. Soalan tak putaq belit. 


Bila OSPE ada dibahagikan kepada beberapa stesen. Aku orang pertama untuk stesen pertama iaitu labelling. Soalannya label tulang tangan. Ceh. Hampeh. Aku alergi jugak bab label tulang tangan dan kaki. Banyak tahu tak tulang-tulang kecik kat tapak tangan dan kaki. Abes terkonpius-konpius aku. Nama tulang tu pulak dekat dekat sama. Haih. Agak down di situ. Bila sampai stesen label filem CT scan, terus semangat naik melimpah ruah. HAHA. Tak sia-sia aku buat labelling filem CT scan pukul 4 pagi sebelum beberapa jam exam start. HAHA. Bagi aku, masa tu merupakan masa aku paling fokus dan ingat untuk buat labelling mahupun pengiraan walaupun masa tu aku tengok gambaq usus dalam filem CT scan macam awan berkepul-kepul pun ada jugak. HAHA.


Bila sampai stesen quality assurance, keyakinan jatuh balik. Kena label lima bahagian kaset x-ray dan tulis lima ciri-ciri kaset dan lima penjagaan kaset skrin yang ada kat kaset tak silap aku. Semua tu buat dalam masa 5 minit. Ulang taip 5 minit! Masa tu kalau letak artis Korea paling kacak dan menggoda pun aku dah tak peduli. Kalau tak kena gaya aku cucuk mata dia sebab kacau aku jawab soalan. Orang sibuk nak jawab soalan dia sibuk duduk tepi tu. Haish. Tahu tak perkara yang paling tak suka bila jawab soalan exam adalah bila orang tengok kita tulis jawapan. Perbuatan taboo tahu tak. Soalan kena jawab jugak semua sebab lepas abes jawab lecturer akan terus semak jawapan masa tu jugak. Malu nak bagi lecturer kertas jawpan yang bersih dan suci daripada noda dakwat pen. HAHA.


Tulisan? Paling buruk dalam sejarah peradaban manusia setakat ini. Tak payah pertikaikan. Sapa masih lagi nak cakap tulisan aku cantik masa OSPE memang nak kena cucuk perut. Aku tulis cincai masa OSPE sebab nak cepat dan kejaq masa tambah-tambah lagi masa jawab soalan fizik. Itu semua orang aku rasa tak cukup masa. Awal jawab soalan fizik aku dah konpius. Bukan sebab soalan yang bagi konpius tapi kalkulator yang bagi aku konpius. HAHA. Aku tak reti sangat guna kalkulator jenama lain selain daripada kalkulator saintifik jenama Casio. Masa OSPE aku dapat kalkulator jenama Canon. Aku tercari-cari kat mana button ON. HAHA. Sungguh noob.


Untuk soalan kat stesen dua OSCE, aku dapat pasal physiology sistem perncernaan bahagian atas. Haih. Aku kesal sebab pilih sampul tu. Aku berharap aku dapat sampul pasal physiology jantung. Macam besa, aku dah ingat saluran darah kat jantung dan kat mana darah masuk dan keluar. Untuk soalan aku dapat tu banyak proses yang nak terang sebab ada pecahan-pecahan bahagian lagi start bahagian mulut sampai bahagian sebelum perut. Nak cerita banyak sebab proses tu panjang dan banyak guna istilah medic. Dah lah dulu aku kena kecam dengan hebat sebab tak tahu tulang selengka tu kat mana. HAHA. Ni lagi noob. Kalau sebut tulang selengka memang aku tak tahu. Ce bagitahu clavicle. Confirm aku tahu. HAHA. Sebenaqnya aku memang dah suspek tulang selengka tu adalah clavicle tapi saja tak mahu bagitahu. HAHA. Besa lah. Merendah diri.


Bukan senang nak harungi OSPE dan OSCE ni. Kali ni OSCE paling tak ada membunuh jiwa dan perasan aku. Mungkin sebab aku tak dapat soalan yang membuat aku terjelepuk di tepian pintu. Dan aku berdoa agar tak dapat soalan motor vehicle accident walaupun dah dapat agak soalan apa yang keluar sebab tak ada sebab. HAHA. Soalan tu kena buat betol-betol sebab kalau silap langkah buat untuk patient kes ni nyawa markah OSCE untuk stesen ni dalam bahaya dan di ambang maut. HAHA. Tak sangka. Kali ni aku abes awal untuk kebanyakkan stesen untuk OSCE. HAHA. OSPE? Tak payah tanya. Tak sempat untuk berfikir panjang sepanjang lebuhraya utara selatan.


Dan banyak soalan tak disangka keluar seperti labelling holder film badge serta nyatakan fungsinya. Sob sob sob. T______T Malam sebelum exam aku dengan Ma ada baca pasal film badge tapi kami tak teringat langsung pasal holder film badge tu. Kalau tanya pasal film badge memang laju jawab. HAHA. Kesusahan memikirkan jawapan untuk soalan film badge ni sama dengan kemahalan harga film badge itu sendiri serta yuran perlindungan radiasi yang bayaq masa daftar. Haih. Telefon bimbit yang ada torchlight pun tak mahal macam filem badge yang kecik dan nipis tu. Nasib baik tu untuk perlindungan.

Balik hostel cover tido balik. Aku tido kejap saja masa exam. Mungkin sebab kesan nescafe yang diambil cuma masa exam sahaja. Kalau bukan masa exam memang tak minum nescafe apatah lagi kat Starbuck mahupun White Coffee House. Tak pernah. Bila bangun sakit kepala. HAHA.

Nikmatnya exam dah abes. Malam untuk meraikan abes exam dan kedatangan Kak Lin merangkap our's darling, makan besaq kat restauran kat Medan Gopeng ramai-ramai. Weehuu. :) Dah lama tak makan sama-sama macam ni. :)

2 comments:

♡syafiqasyaqifa♡ said...

tiqah...kadang2 kesengalan ko ni mmg ley merubat rindu , duka lara la...hahahahaha~
ingt sume bnd... :) sweet sgt habaq hang!!

atiq said...

HAHA. rindu kat kawan-kawan. tu yang buat entry ni :P