Tuesday, June 21, 2011

Pengalaman hidup yang tak boleh dilupakan

Assalamualaikum.

Semalam adik balik sekolah. Dia belek-belek rambut dia. Aku pulak dok tengok Nora Elena yang semakin lama aku tengok semakin... hhmmm... malas nak tengok. HAHA. Ada unsur-unsur sendiri cari masalah dalam drama ni. Bukan sikit tapi banyak. HAHA. Well. Dah nama pun drama.

Adik cerita.

Kat sekolah cikgu potong rambut dia. Aku pelik. Semalam dia dah gunting rambut. Bagi aku dah cukup pendek. Tapi mungkin tidak untuk cikgu disiplin dia. Bukan dia seorang yang kena. Semua budak lelaki dalam kelas dia kena. Woohoo. Kena gunting rambut depan budak perempuan kelas dia.

Depan rambut adik macam ada macam satu bulatan rambut yang pendek di mana mencapai tahap hampir botak. HAHA. Kawan-kawan dia lagi kesian.

Sideburn sebelah ada sebelah lagi dah tak ada.
Ada yang botak sebelah kanan dan ada rambut sebelah kiri.

Nasib baik aku perempuan dan pakai tudung. HAHA. Kalau tak, aku pun ada potensi nak hilang sebelah sideburn dan botak tengah kepala. HAHA.

No comments: