Thursday, June 16, 2011

Love love love

Found :)

Assalamualaikum.

I'm 21 years old and still breathing *Alhamdullilah* I'm no longer daddy's, mummy's, adik's and his little girl. I'm their big girl. Do I? HAHA. Owh ya. Terima kasih untuk semua ucapan hari kelahiran walaupun ada yang tak dijangkakan dan lebih kepada gurauan yang aku rasa nak bukak silat di tempat kejadian. Berani kau mempermainkan birthday girl. Memang cari nahas. HAHA. Sangat gembira membaca ucapan hari lahir seolah-olah mendapat bulan bintang dan planet-planet di angkasa lepas. HAHA.

Pagi
Memandangkan hari ini hari lahir, mood birthday girl baik. Eceh. Memang sangat baik. Bangun awal, mandi awal dan tak mengatuk walaupun hampir tumpas ketiduran depan laptop. HAHA. Aktiviti harian birthday girl dimulakan dengan merempit. Bangun pagi menghantar adik ke sekolah. Ekceli tak sampai sekolah pun. HAHA. Pagi ini hati memang pasrah nak hantar adik ke sekolah tanpa bantahan mahupun mogok walaupun semalam dah tekad nak hantar dia pergi sekolah sepuluh tapak kaki keluar pintu pagar rumah. HAHA. Kira baik hati sepuluh langkah. Kalau sepuluh sentimeter lagi sadis.

Hantar adik sampai stesen minyak sebelah sekolah dia. Itu merupakan salah satu alternatif untuk mengelakkan daripada kena buat U turn maut depan kilang. Aku memang tak berapa nak kuat semangat buat U turn kat simpang tu sebab banyak kereta jugak akan buat U turn kat situ. Kalau silap teknik pusing kemungkinan untuk U terbalik tergolek boleh terjadi yang jugak boleh membawa kepada ICU. HAHA. Owh ya. ICU so handsome. Sangat hensem sampai tak jemu menatap indahnya senyuman di wajahmu membuatku terdiam dah terpaku. Ehem.

Sampai di stesen minyak terjumpa rakan sekerja mak lalu menghadiahkan senyuman pagi. Eceh. Ingat senang nak dapat senyuman birthday girl. Setahun sekali pun payah. HAHA. Menghantar adik dengan pakaian macam nak pergi bersiar-siar kat taman bunga. HAHA. Itu helah sebenarnya. Tak ada lah kantoi muka bangun pagi dengan mata separa sepet (Amy budak kelas aku cakap mata aku sepet tapi aku menafikan sekerasnya. Aku yankin mata aku beso. HAHA) Dan sudah semestinya tak pakai shawl. Aku rasa tak secure kalau pakai shawl bila bawak motor walaupun dah pakai sweater. Perempuan yang berjiwa kental yang selalu naik motor (eceh) selalunya memakai sweater semasa menunggang motorsikal tak kira sama ada tengah hari rembang adalah normal. Biar panas asalkan secure.

Pandu dengan cermat. Ingat insan tersayang dan hutang pengajian yang belum dibayar. *sigh* Tapi berasa lega tak gunakan ayat tipikal iaitu "Bawak keta atau motor elok-elok sebab aku tak kawen lagi weih".

Balik rumah tak boleh tido sebab ada orang di rumah. Mahu mengemop lantai aku rasa perbuatan yang agak sia-sia sebab ada kerja yang tak selesai dan akan menghasilkan habuk. Ni kira salah satu cubaan untuk berdamai dengan habuk. HAHA. Memandangkan tak ada aktiviti mempertahankan rumah daripada habuk, aku menonton siri CSI season 10 dan 11 dengan penuh rasa teruja. Tak sabaq nak tunggu season 12. La ni pun dok pelan-pelan kayuh download CSI season 1 yang amek masa beberapa minggu untuk abes download *sigh*


Tengah hari
Bila lektrik kat rumah tak ada  umpama minum air sirap tak ada straw mahupun makan cendol tak ada ais. See? Betapa pentingnya lektrik dalam kehidupan seharian. Bila dah tak ada, kena cari aktiviti lain untuk dibuat yang tak melibatkan penggunaan lektrik seperti menanam padi di sawah ataupun minum air sirap. HAHA. Selain itu, ada bermain search a word puzzle dan membaca buku motivasi. HAHA. Buku tu hadiah untuk PMR. Baru sekarang sedang berusaha bersungguh-sungguh nak baca sampai abes. Membaca buku motivasi terasa diri mempunyai ciri orang dewasa dan orang besaq walaupun badan tak ada lah besaq mana. Harap pipi saja besaq. HAHA.

Petang
Petang hari lahir disambut dengan mencuci kipas di ruang tamu. Sangat produktif hari lahir. Bukan semua orang mampu mencuci kipas banyak kali dalam masa sebulan tanpa jemu walaupun sebenaqnya ada rasa sedikit ngeri (SEDIKIT saja) Masa cuci teringat kisah macam mana kepala orang boleh hilang disebabkan kipas. Jangan ingat habuk saja boleh hilang semasa mencuci kipas. Mencuci kipas boleh dilakukan oleh sesiapa saja sama ada birthday girl mahupun yang tidak menyambut hari kelahiran. Nak cuci lampu pun rasa ngeri jugak sebab lampu semcam tak kukuh. Nak gugur bulu mata tengok lampu bergoyang bila pegang. HAHA.

Selepas cuci kipas, pergi makan buah belimbing secara candle light. HAHA. Bekalan elektrik tak ada lagi. Cahaya lilin pun macam tak berapa nak terang. Kena guna lampu suluh masa makan. Nasib baik telefon aku ada lampu suluh serta 3G. HAHA. Tak sia-sia beli. Telefon Iphone ada lampu suluh ke? Oleh itu, jangan beli Iphone. Kalau tak ada lektrik masa makan boleh guna lampu suluh telefon. HAHA. Mandi jugak bercirikan candle light bathing. HAHA. Memang thrill hari kelahiran kali ni. Banyak bercirikan candle light.

Malam
Masih tak ada bekalan elektrik T_____T Adik frust tak dapat tengok Nora Elena. Aku macam besa. Steady saja tak tengok Seth Tan. HAHA. Abah kata nanti lepas Magrib pergi KFC. Weehuu *summersault* Bila keluar tengok rumah kat depan surau sangat terang dan bercahaya dengan lampu. Amboi. Mentang-mentang rumah ada lektrik. Macam nak menunjuk pulak pasang lampu terang-terang dan banyak. Tak baik menunjuk rumah ada lektrik. Nanti mentol dengan lampu kalimantang terbakar. HAHA.

Sampai saja rumah lektrik sudha kembali ke semula ke filament. HAHA. Itu yang kita mahukan. Boleh makan ayam dalam kecerahan dan sinar lampu di siling sambil menonton episode CSI yang sama untuk yang ke entah berapa kalinya. Aku dah boleh ingat skrip episode tu sama macam aku ingat skrip untuk movie Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Tapi aku heran. Kenapa tak ada tawaran berlakon untuk ganti tempat Hermione. HAHA. Ada hati rupanya nak ganti tempat dia.

Hari kelahiran disambut secara tidak langsung dengan penuh kesyukuran. Syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya. Tak ada upacara potong kek ke makan di luar ke (mungkin di depan pintu pagar luar rumah. makan keropok tam tam) mahupun membaling tepung dan telur. Tak pernah pulak dengar orang amek tepung dengan telur kemudian buat cucuq lepas tu baling cucuq kat birthday girl. Tak pun membaling Iphone ke Ipad ke keropok tam tam ke buah melaka ke karipap ke. HAHA. Lepas kena baling tepung dan telur badan akan bau busuk dan jadi comot. Kalau baling Blackberry badan tak comot dan busuk. Oleh itu, sila baling Blackberry mahupun Iphone semasa sambutan hari kelahiran bagi menggantikan tepung dan telur.

Hadiah? Tak ada. HAHA. Tak apa. Tak kisah kalau tak ada. Kalau ada yang bagi aku amek. Tak akan tolak. HAHA (berdoa agar ada Blackberry jatuh dari siling)

Terasa ingin buat wishlist hari lahir yang berciri materialistik. HAHA.
  1. kain ela di Jakel. Owh. Tidak ada apa yang lebih menggembirakan daripada memborong kain ela untuk dibuat baju kurung. Lagi seronok daripada membeli belah di Forever21 dan Topshop. Walaupun aku berciri remaja yang berusia Forever21 (HAHA) tapi tak ada minat nak bershopping di situ. Kasih dan sayang tertinggal di Jakel dan Gulatis. 
  2. Blackberry. HAHA. Anyone? Anyone? Tak minat Iphone sebab tak ada minat dengan touch screen. Nama Blackberry macam sedap dan ada iras-iras nama kek blueberry mahupun pancake strawberry. Bagaimana kalau lapaq dan memakan blackberry? Itu baru nama makanan mahal. HAHA. Kalau nak kata hari-hari makan kat Kenny Rogers atau TGI Friday dah thrill, sebenaqnya tak cukup thrill lagi. Ce makan Blackberry masak asam pedas ke Iphone masak black pepper ke. Baru thrill. HAHA. Ingat nak cuba masak Ipad pulak lepas ni. HAHA. Aik. Macam nak bermusuh dengan Ipad saja. HAHAHAHAHAHAH. 
  3. Duit. HAHA. Eerr. Maksud aku kerja. Owh. Sangat menjadi idaman kalbu.
  4. A lot of tudung bawal. Yeah. I love tudung bawal as I'm not a fan of shawl or instant hijab.
  5. Chandelier. Apa punya permintaan ni. Semacam mak cik mak cik saja mintak lampu. HAHA. Hey. Maya Karin bagi souvenir untuk majlis perkahwinan dia mentol penjimat tenaga. Haah. Lepas ni aku wedding aku bagi lampu pendaflour. Baru hampa tau. HAHA. 
  6. Katil warna putih. Memang susah nak cari. Aku heran. Apa pasal depa tak mahu buat katil warna putih.
  7. Gain more weight. HAHA. Tak pasti sama ada ini termasuk dalam kategori materialistik atau tidak. Tak apa. Tak menjejaskan kehidupan.
Wishlist tak terhad hanya semasa tahun baru di mana semua orang berlumba-lumba buat azam tahun baru padahal Azam akurium sangat steady tak ada kalut nak buat azam serta pada hari lahir. Setiap hari aku berazam yang sama. Tak pernah lupa mahupun jemu. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang wish hari kelahiran aku. 

Nasib baik tak ada wish yang diiringi dengan ucapan semoga aku pandai isi minyak motor dan kereta. HAHA.

3 comments:

Anonymous said...

Love u baby girl ....

anyys said...

pembtulan ye adik oi,.. Iphone ade torch light ye.. yg mn kte leh install application utk torch light .. lebih cerah nyata dan terang hehehe..

atiq said...

anonymous : honey, is that you?

kak anyys : HAHA. macam tu lepas ni boleh guna torchlight iphone bila ada blackout kat umah. :P