Monday, June 13, 2011

Keyakinan perlu ada dalam diri setiap insan

Assalamualaikum.

Dah lama tak rasa berkeyakinan yang berkobar-kobar. Baru haritu dapat rasa. Rasa macam power rangers pun ada jugak bila keyakinan penuh di dada dan perut. HAHA.

Begini ceritanya.

Lepas balik dari Cameron Highland, kami semua nak tengok movie. Ada dua choices. Sama ada tengok movie Kongsi atau Fast Furious. Aku dengan Farah pi beli tiket movie manakala Kak Lin dengan Saidatun Maya Karin tunggu dalam kereta. Yang lain-lain pi tempat makan dulu sambil tolong ode makan untuk kami lambang lapaq tidak terperi. Maka berlari-lari lah aku dengan Farah masuk Jusco lambang takut tiket abes. Dalam Jusco punya lah ramai manusia. Serius. Sangat ramai manusia kat depan kaunter beli tiket movie. Tak tahu lah kot-kot ada alien di antara depa. HAHA. Tak terkecuali budak-budak sekolah yang tak cukup umur lagi. Tengok gaya pun dah tahu tak cukup umur. Haish. Bulu ketiak tak tumbuh lagi dah nak pi tengok movie. HAHA.

Check movie yang ada kebanyakkannya dah nak penuh. Aku dengan muka keyakinan yang tinggi terus berjalan pi depan kaunter nak pi beli dan tak peduli dengan masyarakat awam di sekeliling. Argh. Kalau ada Aaron Aziz kat situ baru aku peduli. HAHA. Farah ada kat belakang. Tiba-tiba Farah panggil aku. Aku pun berjalan lah pi kat dia. Kena tulis detail ni. Kang ada yang jenis stret dun belok-belok kata aku terbang, jenuh. Rupa-rupanya aku dengan yakin dah potong barisan. HAHA. Orang yang berdiri sebelah Farah tengok pelik ja kat aku dengan Farah sebab dengan yakin aku terus berdiri depan kaunter. HAHA.

Salah aku ke? Sudah semestinya tak. HAHA.

Meh sini nak perbetulkan pemahaman yang salah. Konsep berbaris membeli tiket adalah sama dengan konsep memandu kenderaan di jalan raya. Tak tahu lah kot-kot ada yang memandu kereta atas air ke bawak mawar khayalan terbang tingggi jauh rentasan awan ke. HAHA.

Sebab aku kata aku tak salah;

  • Situasi satu : Aku tengok ada banyak barisan kat depan kaunter. Ada barisan yang pendek dan ada barisan yang panjang. Okay. Let me make it clear. Kalau hampa nak bayaq barang macam kat Tesco ke Giant ke, hampa akan beratur belakang barisan yang panjang atau yang pendek? Sekarang you cakap dengan I. Betol tak teori ni? You cakap dengan I. You cakap dengan I. 
  • Situasi dua : Nak beli tiket dan survey movie apa yang ada adalah perbuatan yang berbeza. Beli adalah perbuatan yang pasti dan survey adalah perbuatan yang tidak pasti. Kalau semua yang pi tu aku tengok gaya nak beli tiket dengan survey tiket sama saja memang akan berlaku kekeliruan.
  • Bila dah keliru, maka terjadi lah situasi satu. See? I'm innocent. HAHAHA.
Okay. Tinggalkan part tu. Kita maju ke bahagian yang lebih thrill dan merangsang lebih banyak pengeluaran adrenalin. HAHA.

Bila dah sampai turn kami berdua pilih tempat dalam hall. Kali ni aku berada di barisan dan landasan yang benar. Terima kasih Farah sebab selamatkan aku daripada hanyut dalam barisan yang salah. HAHA. Dalam hall ada 3 baris paling depan yang kosong. Tu pun tak berapa nak kosong. Jadi kami tak duduk sebaris dan akan berpecah. Bila dah siap pilih, pekerja kat kaunter tanya nak tiket untuk berapa orang. Farah jawab dengan yakin "Sembilan orang!" HAHA. 

Okay. Dah sampai bahagian kesan keyakinan yang tinggi yang telah dicetuskan oleh Farah. 

Selepas pekerja kaunter tiket movie dikejutkan dengan keyakinan Farah bagitahu jumlah orang tadi, pekerja tu print tiket dan bagitahu jumlah harga sembilan tiket. Dan sudah tiba masa untuk kami berdua terkejut. Jumlah harga RM117. Berderau darah aku dari akar rambut sampai ke ibu jari kaki dengar harga tiket. Dan mula lah sesi membayaq. Macam besa. Nak bayaq tiket kena ada keyakinan jugak. Aku dengan yakin bukak purse. Bila tengok rasa nak menanges satu sungai. T______T Duit tak cukup. Okay. Menanges lagi. Kali ni lagi panjang menanges T_______T

Nasib baik Kak Lin bagi purse Kak Lin kat aku. Mind you. Bagi terus satu purse dia kat aku sebagai back up duit tiket movie. Nasib baik bagi satu purse. Guna duit Kak Lin untuk cover duit tiket movie. Okay. Ni pun part yang menyedihkan ditambah pulak dengan sadis. Duit Kak Lin tak cukup nak cover harga tiket movie. Sob sob sob. T_______T Kurang lagi RM4. Jadi dalam purse aku dengan Kak Lin tak ada walaupun satu ringgit mahupun satu sen duit. Sob sob sob. T_____T Yang banyak dalam purse adalah resit. Purse kami  memang nampak tebal sebab banyak resit dan duit seringgit.

Bagaimana pulak dengan Farah? Farah pi sana bawak diri dan kecomelan yang berkilo-kilo. HAHA. Dia tak bawak purse. Lama jugak aku godek-godek dalam beg kot-kot ada duit yang terselit. Memang rezeki kami. Lepas lama godek-godek dalam beg cukup jugak duit nak bayaq tiket movie. Haih. Pekerja kat kaunter tu pun macam tolong cover. Dia dok kira duit banyak kali padahal memang dia dah tahu yang duit tiket tak cukup lagi. HAHA.

Betol apa yang orang selalu kata. Usaha tangga kejayaan. Tak sia-sia aku cari duit dalam beg. Akhirnya cukup jugak duit nak bayaq tiket wayang. Lega sangat. Macam baru lepas keluar dari tupperware kedap udara yang penuh dengan kuih samprit. Cuba hampa bayang hampa duk dalam tupperware tu. Haah. Lepas tu bayang hampa jadi macam kami. Masa tu aku degan Farah dah tak peduli dengan masyarakat awam di sekeliling kami. Apa yang penting bayaq duit tiket movie dulu padahal pasal kami abes jem kat belakang sebab dok tunggu lama. HAHA. Bila duit dah cukup, pekerja kaunter tu gelak. HAHA.

Aku pun tak tahu macam aksi kami depan kaunter bila kami dok gelabah duit tak cukup dengan dok kalut cari duit. HAHA. Bila turun bawah, baru teingat. Macam mana nak bayaq duit parking kereta bila duit pun takdak? HAHA. Tapi nasib baik free sebab tak cukup sejam. Haih.

Pasal hang lah bikin kami berdua tak keruan depan kaunter tiket movie T_____T

Masa tak cukup duit tu dah terlintas nak gadai tiket bas dengan resit sebagai cagaran. HAHA. Tak pun, buat magik tukaq tiket bas dengan resit jadi duit. HAHA. Kalau boleh lah. Masalahnya tak boleh. Haih. Tak sangka. dengan keyakinan yang berkobar-kobar akan berakhir kepada perkara sebegini. HAHA.

No comments: