Sunday, June 12, 2011

Cameron Highland

Assalamualaikum.

Memandangkan kami dah abes exam di mana subjek-subjek itu membuatkan aku demam, kami semua keluar  berpoya-poya. Kalau nak pergi Jusco, memang surrender sebab tak tahu nak tengok apa kat sana. HAHA. Ini pengakuan jujur. Lepas exam memang balik tido sepuas-puasnya. Hasilnya, aku sakit kepala esok pagi. HAHA. 

Dan ada keputusan last minute, pi Cameron Highlands. Dan kali pertama untuk aku. Argh. Peduli apa aku kali ke berapa pi janji dapat pi. HAHA. Ini plan last minute. Bangun dan terus mandi. Sebelum tu, singgah kolej untuk breakfast kali terakhir di kolej. HAHA. Terjumpa junior bilik, Syasya. Haih. Rindu nak merapu dan bergosip dengan dia. Riuh tetap macam dulu. Macam kali pertama kami bertentang mata. Eceh. HAHA.

Hamzi pun ada jugak. Hamzi bagitahu yang praktikal tak ada minggu depan. Memang bersinar-sinar muka maisng-masing. Aku sikit lagi nak tercekik roti canai dengaq berita gembira. Kalau tak, tak pasal-pasal kena hantar pergi Hospital Langkawi. Haah. HAHA. Kat sana saja ada ubat kalau aku tercekik roti canai. Ehem. Kalau kat sana boleh lah menatap indahnya senyuman diwajahmu membuatku terdiam dan terpaku. Hik hik hik.

Mula-mula pi kat Gunung Berinchang. Jalan kecik. Kalau naik mini cooper perodua memang lepas. Kalau nak bawak motorbot memang tak lepas. HAHA. Oleh itu, jangan lah anda bercita-cita nak bawak treler lambang nak tunjuk banyak duit sampai boleh beli treler. HAHA. Itu kalau nak naik Gunung Berinchang lah. Kalau nak naik Gunung Daik Bercabang Tiga, ikut kreativiti masing-masing. 

 Haah. Ni girlfriend superman. HAHA.

Ni bukan gambo artis Saidatun Maya Karin penat naik tangga. Serius. Tak tipu. Takat tangga nak naik bukit untuk sampai kat atas tu senang sangat umpama melepaskan kentut sekali nafas. Tangga yang tinggi ni dia steady saja naik. Siap boleh menari dengan riang sambil naik. Haih. Dah lah gorjes, stamina kuat pulak tu. Patut lah taf. Woow. Admire dengan Saidatun Maya Karin. Ehem. Nak saaaiiin ~ HAHA.

Apa masalah hang Farah duduk macam tu? HAHA. Orang bergambo dia bertido. HAHA. Nasib baik hang comel. Kalau tak... kalau tak... tak ada apa-apa. HAHA. 

 Cubaan menyeludup barang. HAHA. Ekceli, kami terseludup barang. 

Masa sampai dah mendung macam nak hujan. Tu yang macam suram saja cuaca.

 Aku pun dah tak ingat apa nama kek ni. Tapi not bad rasa dia. Sedap jugak. Makan dengan krim.

Krim ni aku tak rasa apa-apa pun. Nak kata tawaq habiaq macam kejam sangat. HAHA. Mungkin deria rasa aku tak berapa nak bagus hari ni. Sikit sangat krim depa bagi. Ce letak banyak botol krim. Boleh letak banyak bila makan dengan kek. Kalau banyak ni makan lekat celah gigi jer. Aku rasa kalau depa bagi krim dalam botol abes aku letak dalam air teh. HAHA. Besa lah. Remaja memang suka mencuba sesuatu yang baru. Bila tenung lama-lama, macam krim kecantikkan pun ada jugak. HAHA.

Not bad jugak teh ni. Berjaya dihabiskan dengan jayanya. Teringat teh yang campur dengan rasa oren ke limau. Sedap! :)


Kemudian kami pi strawberry farm. Besaq jugak farm tu. Nak petik strawberry pun boleh tapi tak ada seorang daripada kami yang nak pi petik. HAHA. Memang tak ada hati dan perasaan nak petik buah strawberry padahal orang lain bersemangat nak petik. Mungkin jugak kami lebih suka petik bintang dilangit. HAHA. Owh ya. Ada tempat makan jadi singgah makan dulu. Farm ni letakknya kat atas bukit yang betol-betol bukit I tell you. Sangat tinggi. Kalau aku bawak kereta (kalau bawak lah. macam besa. bawak kereta dalam mimpi. HAHA) memang tak ternaik. HAHA.

Rasa macam wafer biasa. Yang lainnya ada aiskrim dan strawberry. Lebih kurang macam wafer kat hospimart. Wafer kat hospimart memang berhantu. Pergi praktikal mesti nak beli. Ingat dulu masa praktikal semester 4. Senior ada bagi duit raya kat kami. Lepas dapat duit raya terus pergi hospimart beli wafer. HAHA. Sanggup beratur panjang dan tunggu lama semata-mata untuk beli wafer. Lepas ni tak ada lagi senior nak bagi duit raya. T_____T Mungkin lepas ni ada junior nak bagi duit raya. HAHA. *cis. tak guna punya senior. tapau duit junior. HAHA*

Ada strawberry dalam tu. Not bad jugak. Aku teruja tengok krim yang banyak tu.

Kat farm ni ada jual aiskrim Malaysia perisa strawberry. Itu memang terbaik. Sedap. Serius sedap walaupun harga satu aiskrim tu boleh beli lima aiskrim Malaysia yang biasa. Owh ya. Masa kat sini, memang dah rasa sejuk. Tambah pulak dengan makan aiskrim. Lagi sejuk. Ehem ehem. HAHA.

Memang tak sah kalau tak pi pasar malam yang dekat dengan balai polis. Kalau nak beli souvenir, kat pasar malam murah. I mean, boleh tahan murah. Nak lagi murah, kena murah hati bargain macam aku dengan Saidatun Maya Karin buat. HAHA. Bersungguh-sungguh pujuk akak tu bagi kurangkan harga dari RM40 lebih (tak silap aku) sampai jadi RM30 lebih sikit.

Pergi pasar malam ni memang menggugat iman. Aku tak boleh tahan tengok barang-barang comel kat sini macam bantal, keychain dan kasut. HAHA.

Berharap ada yang sponsor barang-barang comel tu untuk aku. HAHA.

No comments: