Thursday, May 26, 2011

Tell me your wish

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia
Yuna, Gadis Semasa



Assalamualaikum.

Nampaknya mulai sekarang aku merupakan peminat tegar krim Calamine. Nampak macam krim kecantikan. Mungkin bakal jadi krim kecantikan kalau dipakai. Kalau tak pakai, mungkin akan jadi nenek kebayan terbatuk-batuk huk huk huk lambang muka badan kaki tangan semua dinaiki bintik mahupun tompok-tompok merah. Badan ada potensi jadi macam kain corak polka dot. HAHA.

Banyak perkara yang perlu dilakukan. Cuti sangat panjang dan tak berhajat untuk memanjangkan lagi cuti. Cuti kali ini sangat menakutkan I tell you. HAHA. Ini serius. Lagi serius daripada Sirius Black. Memang tidak berhajat untuk meneruskan cuti yang panjang dan akan merindui cuti yang panjang. Percaya lah. Sampai satu masa atau saat kita akan rasa begitu sebagaimana kita merindui zaman persekolahan, zaman pengkolejan (HAHA) dan zaman perpraktikalan (okay. cukup dengan tatabahasa yang rosak ni)

Owh ya. Perkara yang dipendam oleh perasaan untuk dilaksanakan.

1. Hantar laptop ke kedai. Done.
2. Mintak resume. Done.
3. Pakai mask. HAHA. Done.
4. Kemas kotak. Done.

Pertama kali pergi kedai komputer dengan sendiri tanpa pengawasan orang dewasa dan hanya berbekalkan kad pengenalan, lesen, kekuatan dan ketabahan diri sebagai seorang wanita yang jitu. HAHA. Wanita? Belum sampai masanya. Gadis lebih nampak muda belia. HAHA. Ingat senang aku nak keluar rumah buat urusan semua ni? Nak jejak kaki 1 cm depan pintu rumah pun susah. Inikan pulak meninggalkan jejak yang banyak di luar rumah. HAHA. Silap haribulan kalau keluar depan rumah sebab nak pi amek surat aku kutip balik tapak kaki yang ada kat jalan lambang tak mahu tinggal jejak langsung.

Sejak pulang ke rumah manis rumah laptop mula buat mogok tunjuk perasaan. Beri petanda bahawa mungkin ada virus masuk tanpa bagi salam lalu buat onar sampai laptop huru-hara. Huih huih. Cepat-cepat bawak pergi kedai. Eerr. Tak ada lah cepat sangat. Amek masa dalam beberapa hari untuk dapatkan kekuatan menghantar laptop ke kedai. HAHA. Bila dah check, bukan sebab virus tapi keyboard yang ada masalah. Keyboard punya pasal, virus kena tempias. Nak tukar keyboard pun amek beberapa jam pikir. Memang amek masa yang lama nak pikir kalau harga keyboard lebih kurang RM200. Kalau RM2 tak sempat pikir, aku terus beli kilang keyboard laptop. Bagaimana pulak dengan tuan kilang keyboard? Owh. Kita abaikan dulu untuk dibincangkan di kemudian hari atau tak dibincangkan langsung. HAHA. Agak mengerikan membincangkan perkara ini.

Kalau ada yang tiba-tiba datang dan cakap, "Amek duit RM2k ni buat belanja beli keyboard dan berpoya-poya" memang aku berhoyeh-hoyeh di tempat kejadian. Eerr. I mean berhoyeh-hoyeh di dalam hati. Itu kalau ada lah. Dan menjadi masalah sekrang ini adalah tak ada yang datang berbuat demikian. Dah dua minggu tunggu ni. HAHA. Jadi jalan penyelesaiannya adalah BEKERJA. Dan sesungguhnya aku tak bersedia untuk melangkah ke satu alam lain. Haip haip. Ini bukan melangkah ke alam misteri mahupun ALAM yang belayar di lautan luas. HAHA. I mean alam pekerjaan.

Bila nak apply kerja, ada yang kata tak boleh lagi apply selagi result belum keluar (jauhkanlah aku daripada repeat T____T) Terasa seronok buat kerja rumah walaupun sebenarnya kerja rumah tak akan pernah abes. Boleh letak dalam resume sebagai kebolehan diri. Kepakaran dalam menghalau habuk daripada menjejakkan badan ke dalam rumah mahupun bermimpi nak ceroboh masuk rumah sesuka hati tumit kaki dia. HAHA. Menjejakkan badan? Itu perkataan yang sesuai yang boleh aku pikirkan. Mungkin boleh jugak menggunakan kaki tangan atau anggota lain yang anda suka. Ikut kreativiti. HAHA.Tak pernah pulak tahu habuk ada badan kaki tangan semua. Tak apa. Tak menjejaskan kualiti hidup anda pun tapi SANGAT menjejaskan kualiti hidup aku. HAHA.

Bagi meneruskan kehidupan sebagai bekalan di masa hadapan (HAHA) banyak lagi perkara penting perlu dibuat.

1. Menjahit baju. Aku tak paham kenapa span kat baju kurung senang sangat tercabut. Aku bukannya pakai baju kurung nak pi belasah orang ke berkebun ke tanam padi kat bulan ke.
2. Membasuh baju. Tahukan anda bahawa susunan yang betol adalah membaiki baju iaitu menjahit terlebih dahulu sebelum anda basuh baju? Itu yang aku belajar. Nampaknya tak sia-sia aku amek Ekonomi Rumah Tangga dulu.
3. Pos barang kepada Saidatun Maya Karin. Sila tunggu di depan rumah. Akan sampai tak lama lagi.
4. Tansfer files daripada notebook ke laptop. Memandangkan laptop jugak turut diformat, aku transfer siap-siap ke notebook. Memang ada buat backup bila nak format tetapi teknologi sekarang sangat menakutkan.
5. Pakai inai. HAHA. Bila tengok orang kawen pakai rasa nak pakai. Tapi hanya di kuku. Di jari? Pada hari istimewa baru pakai. Bagaimana dengan melukis di tangan dan kaki? Dah dapat amaran untuk tidak berbuat demikian daripada beliau. Takpa. Tak menjejaskan kualiti hidup kalau tak lukis. HAHA.

Owh ya. Habuk memang mendatang masalah kesihatan. Kalau tak masakan wujudnya alergi terhadap habuk. Dan saya sedang mengalaminya T_____T Memang patut aku anti dengan habuk dan habuk pun alergi dengan aku. HAHA. Eleh. Habuk ni anti lah sangat. Mulut cakap anti tapi dalam hati sayang. Kalau tak masakan datang hinggap kat aku. HAHA. Benci tapi sayang. HAHA.

Eh. Habuk ada mulut ke?

4 comments:

ika said...

betul betul . kalau tak ade alasan munasabah , jgn harap nak keluar rumah . heheh

Elmoluya WutWut said...

HAHA ok keep ur health in maximal care ok. :)

ayaa alyy said...

eh boleh je lah hntr resume if belum dpt result lggg. but depends on the compnay lah :)

atiq said...

ika : HAHA. betol betol. sokong! :)

elmoluya : baik! akan jaga kesihatan dengan bersenam setiap hari lepas ni *semangat semangat*

ayaa alyy : ooo. macam tu. okay. akan hantar :)