Tuesday, July 05, 2011

Nasik Goreng Ayam satu semester

Assalamualaikum.

Harini mengkhatam siri-siri CSI yang ada kat saluran AXN. Owh. Sangat suka tengok walaupun 10 kali ulang kat televisyen. HAHA. Sudah lama saya tinggalkan siri CSI. Mula-mula dulu ingatkan ia merupakan cerita hantu. HAHA. Tapi itu dulu lah. Sekarang sudah macam ketagih nak tengok. HAHA. Owh ya. Tak dilupakan mop rumah 5 kali sehari. Nak kurus? Sila mop rumah lebih 5 kali sehari. HAHA. Tak dilupakan basuh baju guna tangan. Haah. Masa memberus memang peluh bercucuran keluaq. Ni baru dinamakan bercucuran keluaq peluh keringat. Besa lah. Dah nama perempuan yang semakin besaq. Kena tahu basuh baju sendiri. Handwashed. Kalau tak tahu memang kena kecam dua bulan sampai rasa nak bawak diri merajuk sampai ke planet Musytari. HAHA.

Ehem ehem.

Bila kita semakin besar kita mula kenal dengan dunia. Makin kenal dengan perangai manusia. Tak payah tengok jauh. Tengok diri sendiri pun dah tahu dah. Apa yang aku rasa, dulu tak sama dengan sekarang. Macam besa. Ayat tipikal masyarakat awam selalu guna, "Dulu lain sekarang lain" (kenapa mesti aku guna ayat tipikal ni. kesal dengan apa yang berlaku)

Ini selalu berlaku dalam kehidupan seharian. Majoriti. Tak kira di mana jua anda, kita mungkin akan menghadapinya tanpa kita sedari. Sesuatu yang lebih ke arah mengatur hidup kita. Bukan sebab kita tak tahu menguruskan hidup sendiri. Kalau dia bos ke ibu bapa ke suami ke lain lah. HAHA. Haip haip. Jangan derhaka ibu bapa dan suami. Mengikut kehendak pihak lain lambang tiada pilihan lain. Hhmm. Dalam kata lain menerima arahan dan buat arahan tu. Mesti ada yang pernah kena. Sapa yang tak pernah kena tu memang patut rasa sekali dua. Kena banyak kali pun tak apa. HAHA. Baru boleh dapat rasa macam mana kena ikut kehendak orang lain.

You have to do this. To do that. You cant do this. You cant do that. It's such an annoying feeling. Come on. I did it because I had too. Not because I love too. 

source and credit : http://www.snotm.com

Kadang-kadang kita buat sesuatu sebab kita malas nak amek pusing sangat dengan memikirkan macam nak uruskan sesuatu perkara. Cuba kalau satu hari hampa cakap tak mahu buat atau ikut sesuatu. Orang akan rasa pelik. Aku dah pernah cuba. HAHA. Masa tu aku rasa lega sangat sebab ada kekuatan untuk mengatakan TIDAK dan sebab masa tu aku ada kerja nak dibuat di mana kerja tu lama tertangguh dan perlu diselesaikan dengan segera. Kalau tak buat, tak ada yang nak buat. Serius. Tak tipu ni. Sila percaya sekarang. Aku paksa. HAHA.

Aku percaya. Dalam alam pekerjaan nanti perkara macam ni akan terjadi. Aku rasa salah satu faktor kenapa perkara ini terjadi sebab malas. Malas nak pikir banyak dan ikut saja. HAHA. Macam besa lah. Bila kita tak mahu buat sesuatu perkara, orang akan mengata di belakang. Blergh. Rajin pun ada orang mengata, malas lagi orang mengata. Well, dah nama pun manusia. Kalau habuk aku rasa tak ada pun buat perangai macam ni. HAHA. Oleh itu, malu sikit dengan habuk. Owh. Macam pelik jugak tiba-tiba puji habuk padahal sebelum ni anti habuk. HAHA.

Aku selalu makan nasik goreng ayam setiap malam hampir satu semester tanpa jemu. Dan sudah semestinya aku makan tanpa paksaan :)

No comments: