Monday, May 30, 2011

Kenapa saya suka baca blog Totin Jamain?

Assalamualaikum.

Cuaca hari ini baik dan gembira bila tengok baju kering dan melambai-lambai ditiup angin. Memandang internet semakin pulih selepas berhempas pulas buah pulasan bermarathon dan berlari dari ruang tamu ke dalam bilik lambang nak perbaiki talian internet secara PJJ dengan staf Telekom. Phew. Nasib baik tak tersungkur terkena pipi ni. Kalau tak kemik pipi ke luruh ke, jenuh. Abes terjejas aset utama diri. HAHA. Itu saja yang boleh dibanggakan. Yang lain-lain? Malas nak cakap. Simpan dalam peti besi kemudian campak dalam laut biar kena makan dengan ikan gelama. Tak pun ikat dan kemudian campak tepi highway Changkat Jering.

Setiap hari bangun pagi mengadap muka Dr Raymond Langston. Walaupun dia tak termasuk dalam kategori doktor yang hhmm… eerr… hhmm… menyebabkan aku terpaku terpana dan ter ter yang lain. Tapi ada seorang doktor lain yang boleh menyebabkan aku terpaku terpana terjatuh longkang serta tersangkut pipi kat bucu sinki bila tengok. Ehem. Dan sudah semestinya bukan Dr Raymond Langston. HAHA.

Hai. Saya si kacak manis macam gula-gula kapas. HAHA.

Owh. Lupakan sebentar Dr Raymond Langston. Move!

Ekceli, ada seorang doktor yang buat Giveaway. *summersault*


Jadi untuk menyertainya, kena :

1. You MUST be a follower of my blog. (Google Friend Connect). A must tau.
2. "Like" the Facebook blognetwork for my blog (Whatever!)
3. Add me to your blog roll. / blog links
4. Review my blog with a topic : Kenapa saya suka baca blog Totin Jamain? (can post in English or Malay suka hati kau lah)

Your entry mesti menjawap all there questions:

Ques 1 : Kenapa saya suka baca blog Totin Jamain?
Ques 2 : Dari mana saya tahu tentang blog Totin Jamain?
Ques 3 : Totin Jamain seorang ...
Ques 4 : Saran?

5. And leave a comment on THIS post letting me know
6. Grab this button and post on your blog's sidebar (leave the link)

Dulu-dulu masa cuti semester aku ada cari info pasal penyakit dan kesihatan. Tak silap aku something yang berkaitan dengan breast. Yeah. Dan aku jumpa banyak web yang bagi info. Tapi semuanya tengok macam sama saja maklumat. Tiba-tiba aku nampak cahaya di hujung terowong. HAHA. Aku jumpa satu blog iaitu totinx.com milik Dr Totin Jamain. Bila baca, sangat mudah lah paham pasal info yang diberi. Straight to da point. Tak ada belok sana sini macam jalan kat Beruas (okay. Lepas 5 selekoh mesti nak muntah. Itu masa zaman kanak-kanak. Sekarang dah boleh jadi mama kanak-kanak aku steady saja. 48 selekoh tajam pun tak rasa nak muntah. HAHA) Kalau lah belajar instrument dan fizik senang paham macam baca info yang Dr Totin bagi memang tak dapat disangkal lagi. Aku pasti 4 rata setiap semester memang dalam tangan. HAHA.

Sebab apa aku kata senang paham? Sebab ayat yang digunakan tak rumit. Ini kalau Opah-opah ke Tok Wan baca ke memang depa boleh paham. Huih huih. Life is too beautiful to be complicated. Eh. Ayat bahasa inggeris yang indah disebut tapi buruk susunan. Takpa. Tak menjejaskan kualiti hidup. HAHA.

Bukan takat info pasal kesihatan, info kecantikkan pun ada. Woohoo. *summersault* Ehem. Memang normal perempuan suka kecantikkan. Ehem. Siap ada produk kecantikan lagi. Dan salah satu produk kecantikkan yang disarankan oleh Dr Totin adalah Mederma. Sekarang aku pengguna tegar Mederma. Lagi satu tangga jadi kipas susah mati Mederma. HAHA.

Pernah tak anda baca blog sambil ketawa? Aku pernah. Macam besa, aku bercakap berdasarkan pengalaman. HAHA. Anda akan ketawa sampai usus terbelit sampai jadi bentuk riben. HAHA. Kalau tak pernah dan tak percaya, meh baca blog Dr Totin. Hey. Salah satu ciri blog yang membuatkan aku ketagih untuk baca adalah blog yang mempunyai sense of humour. Hey. Blog Dr Totin ada sense of humour. Sebab tu ketagih baca. Aku dah khatam baca daripada 1st entry blog ni. Ehem. Dr Totin, sila terharu. KAHKAHKAHKAH.

Anda ingat senang ke nak buat blog yang lain daripada yang lain? Well. For me, she did it! Weehuu. Ingat senang ke nak buat entry walaupun cerita harini 2 helai bulu mata gugur tapi ada yang baca dengan tekun macam baca buku anatomi. HAHA.

Owh ya. Dr Totin letak apa kat blog sampai ketagih nak baca? HAHA.

Ehem.

Meh nak kenalkan Dr Totin.

 
Ini manusia ke bidadari? HAHA. 
source : http://totinx.com/

Haiyoh haiyoh. Comel dan cantik. Haiyoh haiyoh. Kalau lah Dr Totinx kerja kat hospital yang aku kerja nanti request x-ray pukul 2.30 pagi aku sanggup buat mobile x-ray kat wad setiap jam. Tak mintak pun aku pi wad tanya kot-kot ada lagi nak mintak x-ray. HAHA. Dulu-dulu masa zaman perpraktikalan, tak ramai doktor yang aku jumpa macam Dr Totin. Nak Tahu apa? Ada sense of humour. Betol. Tak tipu. Ini serius. Lagi serius daripada Sirius Black. Kalau tak percaya pi baca blog Dr Totin sekarang. Aku paksa. HAHA. Tengok ayat dalam blog pun dah tahu. Owh ya. I loveeee her clothes. Ehem. Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh buat seberapa banyak oncall yang boleh kelak bila sudah bekerja untuk mendapatkan baju yang cantik. HAHA. Sekarang ni MARA tanggung. Jadi mampu duduk diam-diam sambil pendam perasaan. HAHA.

Owh ya. Dan sudah semestinya Dr Totin beauty with brain. Ia tak dapat disangkal lagi. Dan merupakan doktor yang boleh buat aku terpana terpaku dan ter ter yang lain.

Kalau nak cari produk kecantikkan dan kesihatan mahupun info pasal penyakit, blog Dr Totin merupakan tempat yang sesuai. Eh. Jadi alangkah indahnya (eceh) kalau ada lagi buat review pasal produk-produk kecantikkan dan kesihatan. Ehem. Aku yakin dengan produk yang ada dengan blog Dr Totin. Owh ya. Kewujudan kembali formspring Dr Totin merupakan salah satu nikmat hidup. HAHA. Rasa macam nak buat sujud syukur kalau ada balik. HAHA. Sangat bermakna.

Owh ya. Jual produk pun okay jugak. Haritu terlepas nak ode minuman kesihatan Tomato Essence T______T (menangis satu sungai)

Macam masyarakat awam cakap, tak kenal maka tak cinta. Eceh. Sekarang memang dah jatuh cinta dengan blog Dr Totin. Eh. Silap. Bukan sekarang. Dari dulu lagi. HAHA. Owh ya. Tolong jangan salahkan graviti terhadap kejatuhan cinta aku pada blog ni dan Blackberry. HAHA. Eh. Tunggu apa lagi. Cepat sertai Giveaway ni. Kalau tak rugi dan menyesal sampai Subuh minggu depan. Nak lagi thrill kecewa sampai tahun-tahun akan datang. HAHA.

3 comments:

zacky ~786~ said...

waaa btol yer promote die kt dr totin ni.. hehee.. jom den nk terjah blog beliau .~

atiq said...

HAHA. terjah, jangan tak terjah. :)

Anonymous said...

Aw, this was a really nice post. In idea I would like to put in writing like this additionally - taking time and actual effort to make a very good article… but what can I say… I procrastinate alot and by no means seem to get something done.