Monday, May 02, 2011

Catatan tertunggak

Assalamualaikum.

Macam besa. Pegi mati tepi-tepi dengan study dan final exam. Blog kena update. Kalau tak update sama macam tak makan nasik seminggu. Mana boleh tahan tengok nasik. Nasik, you so sexy darling. Lagi sexy daripada ayam kat Kenny Rogers. Makes me want to eat you everyday. HAHA. (apa pasal aku rasa ayat bahasa inggeris aku macam buruk jer susunan) Kalau orang yang nak diet taknak makan nasik, sesungguhnya sangat rugi sebab tak merasai nikmatnya kenyang makan nasik.

Owh ya. Exam kali ni kurang memberansangkan. Maksud aku kurang best sebab soklan kurang mencabar. HAHA. (aku rasa ada yang bakal ligan aku dengan penyapu sebab bagi ayat macam ni) Sebenarnya apa yang  aku merepek kat bawah nanti berlaku dalam masa sehari dan sesungguhnya emosi pada hari berkenan masih lagi meninggal kesan hingga ke hari ini. Mungkin sebab aku sedaya upaya untuk ingat emosi tu sebab taknak bagi lupa. Kang taktau nak taip apa. HAHA. Besa lah. Dah nama pun mak ngei.


1. Semakin hari semakin sayang
Ini merupakan kali pertama dalam hidup aku balik Ipoh pada waktu yang boleh dipanggil awal. Awal mana? Awal Ashaari. HAHA. Seawal 7 pagi dah gerak keluar rumah naik bas pergi stesen bas Butterworth dengan kerelaan hati. HAHA. Selalunya nak amek tiket bas paling lambat pi Ipoh. Dulu masa semester dua pernah jugak naik bas awal sebab nak pi dengaq taklimat MARA dan isi borang apa ntah yang berlarutan tak sampai setengah jam. Sungguh hampeh bukan? Datang jauh-jauh semata-mata untuk buat sesuatu yang tak sampai setengah jam.

Aku boleh dikira sebagai dekat walaupun tak dekat mana pun. Ini yang datang dari Pahang semua tu. Apa cer. Huuh. Amek tiket on da spot sebab tahu tak ramai yang nak pi Ipoh pagi-pagi. Rupanya aku silap. Seramai 31 orang nak pi Ipoh. Ceh. Apa dia hampa nak cari kat Ipoh pagi-pagi ni. Kedai basikal pun tak bukak lagi. HAHA.

2. Sesi tiduran
Perkara normal kalau tido macam bas tu aku seorang yang naik. HAHA. Tido tak peduli dengan masyarakat awam disekeliling. Tambahan pula tak ada orang kat sebelah. Owh. Teringat peristiwa dulu-dulu. Nasib baik dia pangkat adik aku saja. Kalau tak, memang aku lesing guna siku dan tumit kaki dengan penuh bergaya. Huuh.

3. Flawless skin
Aku merupakan peminat Michelle Phan. Tak kenal sapa dia Michelle Phan? Owh. Tak kenal maka tak cinta. HAHA. Takpa-takpa. Tak terjejas kualiti hidup anda kalau tak kenal tapi aku agak terjejas sedikit keyakinan diri kalau tak kenal dia. HAHA. Acah jer. Akak Michelle Phan kata kalau pakai foundation, kena bagi foundation bagi sekata pada kulit muka. Harini baru paham apa itu memakai foundation dengan sekata.

Masa aku tengah tunggu bas awam untuk balik hostel, aku duduk sebelah seorang gadis. Ehem ehem. Tengok gaya macam gadisan lagi. Takkan emak-emak nak berpoya-poya macam tak ada family pulak. Daripada jauh memang aku tak perasan pun kewujudan dia sebab aku lagi perasan kewujudan lori-lori yang lalu depan aku walaupun aku mengharapkan bas awam ke Taman Razaki yang lalu. Malangnya harapan tinggal harapan T______T

Disebabkan bosan tengok lori, aku tengok gadis di sebelah aku. HAHA. Pergh. Kulit licin derr. Jerawat sebijik pun takdak apatah lagi parut jerawat. Ni boleh dimasukkan dalam kategori flawless skin. Disebabkan terpegun dengan flawless skin yang dimilikinya, aku duduk rapat lagi dengan dia. HAHA. Bila usha, aku tau rahsia flawless skin dia.

Rahsianya adalah foundation. Jelas kelihatan dia pakai foundation. Macam mana nak tahu? Tengok perbezaan antara kulit muka dan bahagian bawah dagu. Yang mana nak naikkan saham kecantikkan supaya ramai lelaki minat dan tergila-gilakan anda, sila jangan lupa pakai foundation kat bahagian leher. HAHA. Patutlah Michelle Phan selalu suruh sekatakan foundation yang kita pakai eerr... maksud aku yang anda pakai. Aku tak pakai foundation. HAHA. Kalau bab make up memang aku tak pandai. Jadi aku bagitahu balik apa yang Michelle Phan cakap. HAHA.

Nasib ada gadis tu duduk sebelah aku. Ada jugak menda aku nak buat iaitu usha dia. Tak ada lah boring sangat usha lori treler suma lalu. HAHA.

4. Bas percuma
Aku terpegun dengan kewujudan bas awam comel kaler biru yang nak ke Medan Gopeng. Bas ni bas baru dan ada aircond. Weehuuu. *cloud9* Masa naik bas ni, tak ramai orang dalam bas. Sebaik saja aku melabuhkan punggung atas kerusi, mata aku jadi liar. Bukan sebab usha orang dalam bas. Haip haip. Cukup lah aku usha awek yang ada flawless skin kat bus stop tadi. HAHA. Aku dok cari mana dia mak cik atau pak ck yang bagi tiket bas. Hhmm. Semua yang ada dalam bas tak ada potensi nak bagi bas.

Rupa-rupanya haritu merupakan hari terakhir untuk naik bas awam percuma yang dah berlangsung selama seminggu. Woohoo *summersault* Aku ada tanya pak cik yang bawak bas tu nak kena bayar ke tak. Dia kata tak payah. Sebenarnya aku tak paham apa maksud dia "tak payah bayar". HAHA. Serius. Adakah dia berkata benar atau nak perli aku ke apa ke. Dengan muka percaya pada rukun negara dan kata-kata pak cik tu, aku angkat kaki tangan balik tempat duduk. Bila ada bas yang len lalu sebelah bas yang aku naik, ada tertulis pasal bas percuma ni. Owh. Pak cik itu berkata benar rupanya. HAHA.

5. Maya Karin sampai awal
Penat sebenarnya naik tangga yang tinggi tiap-tiap hari apatah lagi dalam sehari berkali-kali naik dan turun. Patutlah kami kuruih. Tulang rangka pun boleh nampak jelas. HAHA. Lepas abes belajar kalau sapa-sapa nak ajak pi daki Gunung Kinabalu ke Gunung Everest ke boleh lah panggil aku ikut serta sebab dah buat latihan naik turun tangga kat hostel.

Masuk dalam bilik, terus tergamam. Ada artis cantik di mana namanya S*i*a*u* M*y* K*r*n di mana nama beliau terpaksa dirahsiakan dan ditukar dalam bentuk star bagi menjaga nama baik beliau dan menghindarkan dirinya daripada gosip liar sedang study atas katil. HAHA. Pergh. Sejuk mata dan hilang penat bila tengok artis study. HAHA. Kalau dulu dia Cinderella. Sekarang tidak lagi. HAHA. Pukul 7 pagi dah naik bas balik Ipoh. HAHA. Tu dia. Lagi semangat.

6. Puasa nasik
Walaupun aku in love dengan nasik, kadang-kadang teringin nak makan menda lain. Makan tayar ke kayu balak ke pintu besi ke. HAHA. Acah jer. Antara menda yang boleh masuk tekak aku adalah kuew teow ke bihun ke. Disebabkan aku lapar sangat, aku makan kuew teow goreng. HAHA. Maka, haritu aku tak makan nasik. Hari-hari makan nasik yang digoreng. Ingat nak makan kat Kenny Rogers lah hari-hari. HAHA. Pagi breakfast dengan buah jambu dan air Revive. Hhmm. Patut lah aku tidur dengan hyperaktif supersaiya dalam bas. HAHA.

Ekceli, bosan makan menda yang sama. Eerr. Maksud aku makan nasik yang digoreng. Boring makan masakan orang lain. Apa yang mak masak walaupun telur goreng letak bawang dan kicap, tu merupakan makanan tersedap dalam hidup sebab mak yang masak.

7. Hyperaktif supersaiya
Balik hostel kali ni aku jadi hyperaktif. Asyik nak berjalan ke sana sini. Aku jugak rajin untuk berjalan kaki ke kedai. Siap tolong beli lagi untuk depa yang lain padahal tak study pun. Rilek lah. Esok tu paper management. HAHA. *hentak pipi kat bucu sinki* Aku rasa aku overdose jambu batu. Tu yang jadi aktif.

8. Berdamai dengan guard
Masa nak turun pergi kedai, aku tulis nama kat buku keluar. Mak guard tegur aku dengan ramahnya. Aku pun jawab dengan ramah tamah tanah pamah semua. HAHA. Sebelum tu ada sejarah sikit dengan mak guard ni. HAHA. Ini kes aku dan Saidatun Maya Karin kena sound sebab tak tutup pintu kecik yang masuk ke dalam hostel. HAHA. Ini semuanya salah paham. Salah paham. Kalau lah mak guard tu tahu perkara sebenarnya tentu dia tak sound kami yang innocent ni. HAHA. Kami berdua jalan masuk hostel dengan gembira sambil bercerita tentang gaya lelaki yang kami minati dan sejuk mata memandang (eceh). Tengah-tengah Saidatun Maya Karin excited cerita, mak guard sound kami. Terus kami terdiam tergamam dan terpusing belakang melihat apakah motif sebenar mak guard tu berkelakuan sedemikian.

Lepas dia berleter tak sampai 30 saat, dia tutup pintu kuat-kuat. Pergh. Marah betol dia kat kami. HAHA. Kami tengok tindakan dia tanpa hati dan perasaan. 1.5 saat lepas kejadian tu kami pusing depan balik dan sambung cerita balik tentang gaya lelaki yang kami minati dan sejuk mata memandang dengan ceria macam tak ada apa-apa yang berlaku. HAHA. Ini sebenarnya berkat praktikal kat Hospital Pulau Pinang. Bukan saja skill memposisi pesakit dengan jayanya diasah tapi banyak lagi menda yang kami belajar dan dilatih. HAHA.

9. Lagu tak menjana minda
Ada 9 channel radio yang aku save dalam telefon. Bila bukak semua channel tu, tak ada satu channel pun yang siarkan lagu yang seronok. Bagi aku tak best langsung lagu yang depa pasang. Ceh. Hampeh. Tak paham kenapa lagu tak best malam tu.

10. Dengaq lagu sama sampai muntah
Ini lagi membunuh jiwa. Lagu yang sama berulang kali dalam masa satu malam. *pengsan* Dalam sembilan channel yang aku save dalam telefon, semua pakat-pakat siarkan lagu yang sama. Baca nota yang sama pun boleh tahan lagi rasa nak muntah. Mungkin kalau muntah tu kaler muntah adalah berlainan. Mungkin muntah baca nota kaler hijau muntah, dengaq lagu yang sama kaler biru laut. Antara artis dan lagu-lagu mereka yang diulang sampai boleh muntah on da spot di atas katil adalah :

  • Taylor Swift - December dan lagu-lagu dia yang lain. Lagu dia bagi aku semua hampir sama saja. HAHA
  • Katy Perry - E.T. Ini lagu yang boleh tahan lah kalau diulang - ulang. Mungkin sebab Katy Perry yang nyanyi. Tu yang aku dengaq jugak walaupun jemu. HAHA.
  • Britney Spears - Hold Against Me. Semua channel radio pasang lagu ni. Malam ni dah dekat 5 kali aku dapat kesan lagu ni ada kat radio tak kisah lah channel mana pun. Haish. Kesal dengan apa yang berlaku.
  • Auburn - All About Him. Mula-mula dengaq memang best tapi dah ramai sangat orang minat dan pasang lagu ni, aku jadi terus tak minat. HAHA. 
  • Pink - Perfect. Yang versi untuk kempen anti buli best.
  • Far East Movement feat Ryan Tedder - Rocketeer. Kalau lagu Like A G6 yang depa pasang selalu kat best. HAHA.
  • Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Kat Perak.fm selalu pasang. Iyer iyer. Aku tahu. Shahir orang Kampar. HAHA.
Ini baru yang aku dengaq untuk satu malam. Tak masuk lagi yang untuk seharian. Pergh. Lagu Melayu yang baru tak banyak yang best. Dok tunggu bila lagu kumpulan Gula Gula dan 24 : 7. HAHAHAHAHAHAHAPTUIH.


11. Sumpahan lagu
Sudahlah lagu tak best malam tu. Ni ada lagu best tapi bila dengaq dah nak abes. T_____T Aku punya lah tunggu lagu best. Selain daripada itu, kalau naik kereta lagu yang best mesti bila dah nak sampai ke destinasi yang ingin dituju. Tapi okay lah tu kalau jadi macam tu. Jangan jadi macam kat bawah ni sudah lah.

Yang tengah bermuka keyakinan penuh di dada dan perut. HAHA.

Abang-abang 2pm, Big Bang, Super Junior mesti menanges teresak-esak bila tengok depa. Kyuhyun dan Kibum telan julap 8 botol sebab tengok depa. 

 Aku rasa Wonder Girls dan Girl's Generation pakat-pakat buat wasiat sebelum bunuh diri tengok. HAHA. Tak pun depa pakat-pakat pencen jadi penyanyi. 


12.  Ada jugak yang nak kena sekeh kepala
Malam ni boleh dikategorikan sebagai malam yang membawa tekanan. Tekanan sebab lagu kat radio tak best dan tekanan persekitaran. Bukan sebab tekanan tengok insan-insan cemerlang study dengan cemerlang. Bukan-bukan. Aku tak pasti sama ada ini merupakan perbuatan tipikal orang perempuan. Seingat aku tak ada pulak aku duduk kat koridor ke tingkap besar kat bilik ke dok menggilai dengan riang. Setiap kali exam mesti ada yang gelak menggilai, tak pun gelak kuat serta buat bising. Huuh. Dari hostel lama lagi dah pernah jadi.



//
//
//
//


Ehem ehem. Ada entry lain yang hhmm... hhmm... ada lah. HAHA.

2 comments:

アヌム ちゃん said...

Salam.
Datang visit sini..dan baca entri :) nice blog~
Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

atiq said...

tenkiu :)