Thursday, May 19, 2011

Al Fatihah untuk Pemilik Blog Telordibasuh

Assalamualaikum.


Laptop sebenarnya dalam keadaan tak elok. Mungkin virus. Nak taip pun ada masalah. Oleh itu, aku scan laptop dengan bersungguh-sungguh dan penuh ketekunan lambang tak mahu anta ke kedai untuk diformat walaupun telah dihasut dengan bersungguh-sungguh untuk berbuat sedemikian. HAHA. Eerr. Bukan tak mahu tapi was-was. Teknologi masa kini menakutkan. Mungkin aku patut tukar course IT dari dulu lagi. If only I can T___T

Tengah dok check blog budak-budak UNIKL yang diupdate, ada keluar entry pasal pemilik blog Telordibasuh yang telah meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru. Terpaku terpana aku baca pasal berita ni. T_____T Aku tak sangka yang dia akan pergi meninggalkan kami semua. Keluarga, sahabat, rakan-rakan dan pembaca setia blognya. Baru saja dia update blog dan harini dia dah pergi T_____T Selepas ni tiada lagi entry dan ayat kelakar  daripada beliau. T_____T

Terima kasih kerana menyinari hidup kami dengan tawa dan keriangan walaupun ia cuma di alam maya. Terima kasih. T_____T

Al Fatihah untuk Abdul Hakim bin Mohd Kamal iaitu pemilik blog Telordibasuh. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempat di kalangan orang yang beriman.

No comments: