Monday, May 30, 2011

Kenapa saya suka baca blog Totin Jamain?

Assalamualaikum.

Cuaca hari ini baik dan gembira bila tengok baju kering dan melambai-lambai ditiup angin. Memandang internet semakin pulih selepas berhempas pulas buah pulasan bermarathon dan berlari dari ruang tamu ke dalam bilik lambang nak perbaiki talian internet secara PJJ dengan staf Telekom. Phew. Nasib baik tak tersungkur terkena pipi ni. Kalau tak kemik pipi ke luruh ke, jenuh. Abes terjejas aset utama diri. HAHA. Itu saja yang boleh dibanggakan. Yang lain-lain? Malas nak cakap. Simpan dalam peti besi kemudian campak dalam laut biar kena makan dengan ikan gelama. Tak pun ikat dan kemudian campak tepi highway Changkat Jering.

Setiap hari bangun pagi mengadap muka Dr Raymond Langston. Walaupun dia tak termasuk dalam kategori doktor yang hhmm… eerr… hhmm… menyebabkan aku terpaku terpana dan ter ter yang lain. Tapi ada seorang doktor lain yang boleh menyebabkan aku terpaku terpana terjatuh longkang serta tersangkut pipi kat bucu sinki bila tengok. Ehem. Dan sudah semestinya bukan Dr Raymond Langston. HAHA.

Hai. Saya si kacak manis macam gula-gula kapas. HAHA.

Owh. Lupakan sebentar Dr Raymond Langston. Move!

Ekceli, ada seorang doktor yang buat Giveaway. *summersault*


Jadi untuk menyertainya, kena :

1. You MUST be a follower of my blog. (Google Friend Connect). A must tau.
2. "Like" the Facebook blognetwork for my blog (Whatever!)
3. Add me to your blog roll. / blog links
4. Review my blog with a topic : Kenapa saya suka baca blog Totin Jamain? (can post in English or Malay suka hati kau lah)

Your entry mesti menjawap all there questions:

Ques 1 : Kenapa saya suka baca blog Totin Jamain?
Ques 2 : Dari mana saya tahu tentang blog Totin Jamain?
Ques 3 : Totin Jamain seorang ...
Ques 4 : Saran?

5. And leave a comment on THIS post letting me know
6. Grab this button and post on your blog's sidebar (leave the link)

Dulu-dulu masa cuti semester aku ada cari info pasal penyakit dan kesihatan. Tak silap aku something yang berkaitan dengan breast. Yeah. Dan aku jumpa banyak web yang bagi info. Tapi semuanya tengok macam sama saja maklumat. Tiba-tiba aku nampak cahaya di hujung terowong. HAHA. Aku jumpa satu blog iaitu totinx.com milik Dr Totin Jamain. Bila baca, sangat mudah lah paham pasal info yang diberi. Straight to da point. Tak ada belok sana sini macam jalan kat Beruas (okay. Lepas 5 selekoh mesti nak muntah. Itu masa zaman kanak-kanak. Sekarang dah boleh jadi mama kanak-kanak aku steady saja. 48 selekoh tajam pun tak rasa nak muntah. HAHA) Kalau lah belajar instrument dan fizik senang paham macam baca info yang Dr Totin bagi memang tak dapat disangkal lagi. Aku pasti 4 rata setiap semester memang dalam tangan. HAHA.

Sebab apa aku kata senang paham? Sebab ayat yang digunakan tak rumit. Ini kalau Opah-opah ke Tok Wan baca ke memang depa boleh paham. Huih huih. Life is too beautiful to be complicated. Eh. Ayat bahasa inggeris yang indah disebut tapi buruk susunan. Takpa. Tak menjejaskan kualiti hidup. HAHA.

Bukan takat info pasal kesihatan, info kecantikkan pun ada. Woohoo. *summersault* Ehem. Memang normal perempuan suka kecantikkan. Ehem. Siap ada produk kecantikan lagi. Dan salah satu produk kecantikkan yang disarankan oleh Dr Totin adalah Mederma. Sekarang aku pengguna tegar Mederma. Lagi satu tangga jadi kipas susah mati Mederma. HAHA.

Pernah tak anda baca blog sambil ketawa? Aku pernah. Macam besa, aku bercakap berdasarkan pengalaman. HAHA. Anda akan ketawa sampai usus terbelit sampai jadi bentuk riben. HAHA. Kalau tak pernah dan tak percaya, meh baca blog Dr Totin. Hey. Salah satu ciri blog yang membuatkan aku ketagih untuk baca adalah blog yang mempunyai sense of humour. Hey. Blog Dr Totin ada sense of humour. Sebab tu ketagih baca. Aku dah khatam baca daripada 1st entry blog ni. Ehem. Dr Totin, sila terharu. KAHKAHKAHKAH.

Anda ingat senang ke nak buat blog yang lain daripada yang lain? Well. For me, she did it! Weehuu. Ingat senang ke nak buat entry walaupun cerita harini 2 helai bulu mata gugur tapi ada yang baca dengan tekun macam baca buku anatomi. HAHA.

Owh ya. Dr Totin letak apa kat blog sampai ketagih nak baca? HAHA.

Ehem.

Meh nak kenalkan Dr Totin.

 
Ini manusia ke bidadari? HAHA. 
source : http://totinx.com/

Haiyoh haiyoh. Comel dan cantik. Haiyoh haiyoh. Kalau lah Dr Totinx kerja kat hospital yang aku kerja nanti request x-ray pukul 2.30 pagi aku sanggup buat mobile x-ray kat wad setiap jam. Tak mintak pun aku pi wad tanya kot-kot ada lagi nak mintak x-ray. HAHA. Dulu-dulu masa zaman perpraktikalan, tak ramai doktor yang aku jumpa macam Dr Totin. Nak Tahu apa? Ada sense of humour. Betol. Tak tipu. Ini serius. Lagi serius daripada Sirius Black. Kalau tak percaya pi baca blog Dr Totin sekarang. Aku paksa. HAHA. Tengok ayat dalam blog pun dah tahu. Owh ya. I loveeee her clothes. Ehem. Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh buat seberapa banyak oncall yang boleh kelak bila sudah bekerja untuk mendapatkan baju yang cantik. HAHA. Sekarang ni MARA tanggung. Jadi mampu duduk diam-diam sambil pendam perasaan. HAHA.

Owh ya. Dan sudah semestinya Dr Totin beauty with brain. Ia tak dapat disangkal lagi. Dan merupakan doktor yang boleh buat aku terpana terpaku dan ter ter yang lain.

Kalau nak cari produk kecantikkan dan kesihatan mahupun info pasal penyakit, blog Dr Totin merupakan tempat yang sesuai. Eh. Jadi alangkah indahnya (eceh) kalau ada lagi buat review pasal produk-produk kecantikkan dan kesihatan. Ehem. Aku yakin dengan produk yang ada dengan blog Dr Totin. Owh ya. Kewujudan kembali formspring Dr Totin merupakan salah satu nikmat hidup. HAHA. Rasa macam nak buat sujud syukur kalau ada balik. HAHA. Sangat bermakna.

Owh ya. Jual produk pun okay jugak. Haritu terlepas nak ode minuman kesihatan Tomato Essence T______T (menangis satu sungai)

Macam masyarakat awam cakap, tak kenal maka tak cinta. Eceh. Sekarang memang dah jatuh cinta dengan blog Dr Totin. Eh. Silap. Bukan sekarang. Dari dulu lagi. HAHA. Owh ya. Tolong jangan salahkan graviti terhadap kejatuhan cinta aku pada blog ni dan Blackberry. HAHA. Eh. Tunggu apa lagi. Cepat sertai Giveaway ni. Kalau tak rugi dan menyesal sampai Subuh minggu depan. Nak lagi thrill kecewa sampai tahun-tahun akan datang. HAHA.

Thursday, May 26, 2011

Tell me your wish

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia
Yuna, Gadis Semasa



Assalamualaikum.

Nampaknya mulai sekarang aku merupakan peminat tegar krim Calamine. Nampak macam krim kecantikan. Mungkin bakal jadi krim kecantikan kalau dipakai. Kalau tak pakai, mungkin akan jadi nenek kebayan terbatuk-batuk huk huk huk lambang muka badan kaki tangan semua dinaiki bintik mahupun tompok-tompok merah. Badan ada potensi jadi macam kain corak polka dot. HAHA.

Banyak perkara yang perlu dilakukan. Cuti sangat panjang dan tak berhajat untuk memanjangkan lagi cuti. Cuti kali ini sangat menakutkan I tell you. HAHA. Ini serius. Lagi serius daripada Sirius Black. Memang tidak berhajat untuk meneruskan cuti yang panjang dan akan merindui cuti yang panjang. Percaya lah. Sampai satu masa atau saat kita akan rasa begitu sebagaimana kita merindui zaman persekolahan, zaman pengkolejan (HAHA) dan zaman perpraktikalan (okay. cukup dengan tatabahasa yang rosak ni)

Owh ya. Perkara yang dipendam oleh perasaan untuk dilaksanakan.

1. Hantar laptop ke kedai. Done.
2. Mintak resume. Done.
3. Pakai mask. HAHA. Done.
4. Kemas kotak. Done.

Pertama kali pergi kedai komputer dengan sendiri tanpa pengawasan orang dewasa dan hanya berbekalkan kad pengenalan, lesen, kekuatan dan ketabahan diri sebagai seorang wanita yang jitu. HAHA. Wanita? Belum sampai masanya. Gadis lebih nampak muda belia. HAHA. Ingat senang aku nak keluar rumah buat urusan semua ni? Nak jejak kaki 1 cm depan pintu rumah pun susah. Inikan pulak meninggalkan jejak yang banyak di luar rumah. HAHA. Silap haribulan kalau keluar depan rumah sebab nak pi amek surat aku kutip balik tapak kaki yang ada kat jalan lambang tak mahu tinggal jejak langsung.

Sejak pulang ke rumah manis rumah laptop mula buat mogok tunjuk perasaan. Beri petanda bahawa mungkin ada virus masuk tanpa bagi salam lalu buat onar sampai laptop huru-hara. Huih huih. Cepat-cepat bawak pergi kedai. Eerr. Tak ada lah cepat sangat. Amek masa dalam beberapa hari untuk dapatkan kekuatan menghantar laptop ke kedai. HAHA. Bila dah check, bukan sebab virus tapi keyboard yang ada masalah. Keyboard punya pasal, virus kena tempias. Nak tukar keyboard pun amek beberapa jam pikir. Memang amek masa yang lama nak pikir kalau harga keyboard lebih kurang RM200. Kalau RM2 tak sempat pikir, aku terus beli kilang keyboard laptop. Bagaimana pulak dengan tuan kilang keyboard? Owh. Kita abaikan dulu untuk dibincangkan di kemudian hari atau tak dibincangkan langsung. HAHA. Agak mengerikan membincangkan perkara ini.

Kalau ada yang tiba-tiba datang dan cakap, "Amek duit RM2k ni buat belanja beli keyboard dan berpoya-poya" memang aku berhoyeh-hoyeh di tempat kejadian. Eerr. I mean berhoyeh-hoyeh di dalam hati. Itu kalau ada lah. Dan menjadi masalah sekrang ini adalah tak ada yang datang berbuat demikian. Dah dua minggu tunggu ni. HAHA. Jadi jalan penyelesaiannya adalah BEKERJA. Dan sesungguhnya aku tak bersedia untuk melangkah ke satu alam lain. Haip haip. Ini bukan melangkah ke alam misteri mahupun ALAM yang belayar di lautan luas. HAHA. I mean alam pekerjaan.

Bila nak apply kerja, ada yang kata tak boleh lagi apply selagi result belum keluar (jauhkanlah aku daripada repeat T____T) Terasa seronok buat kerja rumah walaupun sebenarnya kerja rumah tak akan pernah abes. Boleh letak dalam resume sebagai kebolehan diri. Kepakaran dalam menghalau habuk daripada menjejakkan badan ke dalam rumah mahupun bermimpi nak ceroboh masuk rumah sesuka hati tumit kaki dia. HAHA. Menjejakkan badan? Itu perkataan yang sesuai yang boleh aku pikirkan. Mungkin boleh jugak menggunakan kaki tangan atau anggota lain yang anda suka. Ikut kreativiti. HAHA.Tak pernah pulak tahu habuk ada badan kaki tangan semua. Tak apa. Tak menjejaskan kualiti hidup anda pun tapi SANGAT menjejaskan kualiti hidup aku. HAHA.

Bagi meneruskan kehidupan sebagai bekalan di masa hadapan (HAHA) banyak lagi perkara penting perlu dibuat.

1. Menjahit baju. Aku tak paham kenapa span kat baju kurung senang sangat tercabut. Aku bukannya pakai baju kurung nak pi belasah orang ke berkebun ke tanam padi kat bulan ke.
2. Membasuh baju. Tahukan anda bahawa susunan yang betol adalah membaiki baju iaitu menjahit terlebih dahulu sebelum anda basuh baju? Itu yang aku belajar. Nampaknya tak sia-sia aku amek Ekonomi Rumah Tangga dulu.
3. Pos barang kepada Saidatun Maya Karin. Sila tunggu di depan rumah. Akan sampai tak lama lagi.
4. Tansfer files daripada notebook ke laptop. Memandangkan laptop jugak turut diformat, aku transfer siap-siap ke notebook. Memang ada buat backup bila nak format tetapi teknologi sekarang sangat menakutkan.
5. Pakai inai. HAHA. Bila tengok orang kawen pakai rasa nak pakai. Tapi hanya di kuku. Di jari? Pada hari istimewa baru pakai. Bagaimana dengan melukis di tangan dan kaki? Dah dapat amaran untuk tidak berbuat demikian daripada beliau. Takpa. Tak menjejaskan kualiti hidup kalau tak lukis. HAHA.

Owh ya. Habuk memang mendatang masalah kesihatan. Kalau tak masakan wujudnya alergi terhadap habuk. Dan saya sedang mengalaminya T_____T Memang patut aku anti dengan habuk dan habuk pun alergi dengan aku. HAHA. Eleh. Habuk ni anti lah sangat. Mulut cakap anti tapi dalam hati sayang. Kalau tak masakan datang hinggap kat aku. HAHA. Benci tapi sayang. HAHA.

Eh. Habuk ada mulut ke?

Thursday, May 19, 2011

Grand Annual Dinner

Grand Annual Dinner Radiography Club 2011
Tower Regency Hotel, Ipoh
14th May 2011
Tema : Hitam, merah putih.


Assalamualaikum.

Ini merupakan dinner yang kedua yang aku pernah pergi. Owh. Tak setiap semester ada dinner. Masa semester dua dah pergi dah. Guna jugak tema hitam dan putih. Kali yang nak bagi beza tambah merah. Ce guna tema hijau ke kelabu baju pengakap ke biru laut ke. HAHA.

 Yang bestnya Kak Lin pun ada jugak masa dinner ni. Woot woot.

 Kalau nak cari aku memang senang. Warna menyerlah. HAHA.

 Gambo 1
 Gambo 2
 Gambo 3
Gambo 4

Gambo 1, 2, 3 dan 4 ada cerita disebaliknya. Punyalah susah nak amek gambo-gambo ni. Berlari-lari kami. HAHA. Bila dah dapat rasa bangga sampai kembang lubang hidung. Dugaan apa? Biarlah rahsia. HAHA.

Serius Kak Lin merupakan hot girl malam ni. HAHA. Semua nak amek gambo dengan Kak Lin. Populariti Kak Lin dengan artis memang takdak beza. Nasib baik dapat bergambo dengan Kak Lin. Pergh. Bangga dapat bergambo dengan artis. Bagaimana dengan artis Saidatun Maya Karin? Owh. Beliau jugak popular walaupun tak sihat. Takpa. Hang tetap menjadi artis di hati aku sepanjang zaman. Nanti kalau aku ada anak perempuan mahupun anak-anak perempuan (eh. tetiba ada ramai anak perempuan. HAHA. amiin amiin) artis pertama yang depa akan kenal adalah hang. HAHA.

Mungkin begini dialog antara aku dengan anak(s) perempuan aku "Kalau hampa nak tahu, dulu Mama pernah pergi dinner dengan artis Saidatun Maya Karin. Haah. Hebat tak Mama?"

Sesungguhnya secara jujurnya Ika yang duduk nombor dua dari kanan sangat cantik dan comel malam ni. Hik hik hik. Sangat comel walaupun tanpa makeup dan pakaian yang meriah. Ini dinamakan natural beauty. Owh. Kalau aku jadi lelaki yang bernama Brad Pitt, aku mengorat Ika dengan bersungguh-sungguh. Disebabkan aku perempuan, tak dapat aku nak mengorat Ika. Sedih sedih.

 Kasut merah tu aku tau sapa punya. Tu kasut Amir. HAHA. Dari jauh dia masuk hall aku perasan kasut dia dulu. HAHA.

 Nampak tak ada babygirl kat bahagian kanan? Nampak tak? Ehem. Babygirl merupakan anak kepada lecturer fizik kami. Serius comel. I mean, sangat comel. 

 Ehem. First time tengok dia terus hati aku berkata, "Pergh. Cantiknya dia" Hik hik hik. Owh ya. Dia junior aku. Status, dah berpunya. HAHA.

 Ni merupakan salah satu koleksi gambo terharu. Dapat bergambo dengan Raihanah. Tapi aku sorang saja yang panggil Raihanah dengan panggilan Raihan. HEHE. Eceh. Sayang raihan. Hik hik hik.

This is my territory. Penceroboh akan didakwa. HAHA.

Thai Chicken Salad

Raisin Seafood Salad

Coleslaw Salad
Serius. aku suka semua salad yang ada.


 Makanan malam ni semuanya sedap. Dan aku makan hampir kesemua makanan yang ada. HAHA. Mungkin sebab banyak makan sampai ada yang panggil mesin pengisar makanan. HAHA. Owh ya. Sebut pasal m esin pengisar makanan, malam tu kami dapat sendiri buat ais kacang. Ada mesin yang dok kisar kiub ais. Woohoo. Bila makan rasa sangat sedap. KAHKAHKAHKAH. Serius weih memang sedap. Bukan takat boleh buat ais kacang, buat lai chee kang pun boleh. Favourite favourite. Kesedapan lai chee kang yang aku buat masih lagi terngiang-ngiang di lidah. KAHKAHKAHKAH.

Owh ya. Tak dilupakan, laksa. Nyum nyum.
 Rasanya malam ni hampir semua budak lelaki kelas aku datang. Good! Itu yang kita mahukan. Baru meriah bila semua kawan-kawan ada.

Cari persamaan kami. HAHA.

Ehem. Ni kumpulan Kita Bakor. Depa buat persembahan masa dinner. Memang terbakor persembahan depa. Tak dengar lagi sora vokalis. Boleh rentung. HAHA. Owh ya. Ada jugak pertandingan karaoke. Woohoo. Disebabkan pertandingan karaoke ni, aku dah suka lagi Grenade. HAHA. Owh ya. Ada jugak sesi nyanyian di mana pengajar kami nyanyi. Woot woot.


It's a beautiful night :)