Saturday, April 09, 2011

Toy Muzium

Assalamualaikum.

Masa kami kat Penang, Kak Lin ada datang. Weehuu! *dancing around* Oleh yang demikian, kami suma bawak Kak Lin pi jalan-jalan kat Penang tanpa bantuan GPS. Sebab kami dah ada GPS yang cantik nama Saidatun Maya Karin. HAHA. Tanpa beliau, hilanglah pedoman dan arah tuju kami nak pi jalan-jalan. Serius tak tipu. Nasib baik dia selalu teman aku pi keja kat hospital. Kalau tak, confirm aku sesat jalan. Sedar-sedar dah sampai Queensbay ke Gurney Plaza ke rumah kat Taman Tunku Putra kat Kulim ke. Tu kira okay lagi lah sebab dekat lagi dengan Hospital Pulau Pinang. Kalau aku sesat sampai ke Hospital Langkawi sampai taknak balik rumah macam mana? Sapa nak bertanggungjawab? You cakap dengan I. You cakap dengan I. You cakap dengan I.

Phew.

Bangun pagi dalam waktu yang boleh dipanggil pagi, semua gerak pi makan. Makan kat tempat remaja selalu makan. HAHA.


Lepas tu terus gerak pi Toy Muzium. Muzium ni dekat area yang nak pi Batu Feringgi. Nak masuk kena bayaq. Mula-mula bajet dalam seringgit dua ke lima kupang ke kena bayaq. Ternyata jangkaan aku salah 100 peratuih. Kali GPS bentuk kotak bersuara mahupun GPS cantk tak dapat tolong. Memang dah tersasar jauh. Harga tuk seorang dewasa (yang sepatutnya remaja lagi) adalah RM10. Rasa macam nak teriak tersedu sedan sambil guling-guling tepi akuarium kecik kat depan kaunter. Disebabkan nak jugak masuk (besa lah. remaja memang degil) kami bayaq jugak dengan berat hati. Mahu tapi malu (kejadahnya malu masuk muzium?)

Selain daripada banyak mainan, terdapat jugak banyak budak-budak yang bertempiaran lari. Mainan yang tak penah tengok pun ada. 

Patung seksi banyak kat sini. Aku pun taktau sebab apa banyak sangat patung seksi kat sini dan motifnya. Haish. Ni baru yang jenis mai dalam bentuk kecik-kecik. Tak tengok lagi yang besaq.

Patung yang keja dok pedajal orang. Ni merupakan salah satu patung yang tak patut ada dalam rumah korang. Tengok muka pun dah tau jenis yangg suka pedajal orang.

 Ada banyak lagi patung Barbie kat sini. Macam besa. Adore dengan baju depa. Suma cantik.

 Nemo, Dory dan Marlin dok berenang dengan riang kat siling.

Ni jugak merupakan salah satu patung yang agak spooky bagi aku ngan Kak Lin. Sebabnya patung ni kami tengok macam hidup. Ada satu gambo tu kalau amek macam dia dok renung jugak kamera. Tak caya, hampa pi bayaq RM10 dan masuk tengok. Kalau sayang duit tak payah masuk sebab boleh jimat duit dan mimpi indah sebab patung ni tak masuk dalam mimpi hampa suma.

Adik ni ada dekat dengan kami masa ni. Kami ajak dia bergambo sekali. Nasib bek dia nak. Kalau dia takmau, memang kami teriak bersungguh-sungguh sebab ajakkan direjek. Good girl! :)

Kesimpulannya, kalau rasa nak tengok lagi banyak mainan, boleh lah pi Toy Muzium. Tak aku nasihatkan lah (berdasarkan pengalaman hidup) hampa pi makan ke beli roti Gardenia ke lagi baguih. Tengok gambo kat sini pun dah cukup. HAHA.

No comments: