Sunday, April 10, 2011

Sweeto Potato Momento

Assalamuaikum.

Ada perbezaan dua darjat kat dua belah bilik ni daripada segi kemajuan teknologi, keluasan bilik dan warna lampu dalam bilik. Saiz bilik dua adalah lebih comel dan mempunyai lampu yang romantik yang bersesuaian dengan peribahasa seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Serius tak tipu. Kalau bilik tiga, tak sempat nak sorong bantal ke sorong perahu ke patient dah mai dah. T____T Kalau mesin, malas nak komen. HAHA.

Ni kat bilik angio. Bilik ni merupakan antara bilik "killer". HAHA. Serius tak tipu. Orang lain kalau dapat bilik-bilik yang boleh dikategorikan sebagai bilik killer, depa takmau pi jejak dah kaki kat bilik tu. Siap pi kutip tapak kaki bungkuih bawak balik umah. Tu dia aih. Tapi aku sampai kena heret kaki paksa balik rumah sebab kaki melekat kat bilik ni. HAHA. Tu baru part aku. Tak tengok Saidatun Maya Karin lagi. Dia sampai teriak-teriak takmau balik. Kami suma dah sepakat nak kol bomba tolong pujuk dia suruh balik rumah. HAHA. 

Tapi aku rasa aku tau sebab apa Saidatun Maya Karin takmau balik rumah. Ni mesti sebab ada kembar IJN. HAHA.

Lepas ni takdak lagi dah first come last out. Sebelum pukul 8 pagi dah sampai. Balik tiap-tiap hari pukul 5.30 petang. Kalau murah rezeki haritu balik pukul 6. Setiap hari sebelum mula dan selepas duty kena jawab soklan. Tu belum lagi kena jawab soklan killer kat bilik killer seperti berapa banyak tandas yang ada kat department, berapa banyak rong kuning yang ada kat deparment dan lain-lain lagi. Ni kalau praktikal tak dapat 4 rata aku taktau nak kata apa.


10 minggu rasa sat sangat :(
Terima kasih semua! :)

No comments: