Thursday, April 14, 2011

Setiap hari adalah hari yang menggembirakan

Assalamualaikum.

Banyak perkara dan menda yang boleh bagi kita gembira dan rasa tidak bosan. Antaranya ialah makan. Yup. I love food. Aku suka makan. Kalau diberi pilihan antara make up dengan makanan, aku pilih duit. HAHA. Mesti lah pilih makanan. Sejak praktikal kat Penang, aku banyak makan dan ramai yang murah hati dalam bab makanan. Oleh yang demikian, semakin maju pipi mengembang. 

1. Secret Recipe

White Chocolate Macadamia
Tiramisu. I think. HEHE.
Fresh Fruit Punch. Ada macam-macam buah campur dalam air ni. Hasil campuran buah-buah tu makan terhasillah air ni. Hhmm. Tak silap ada pisang, orange dan tembikai.

Macam besa. Lupa nama air. Tapi tapi tapi ni pun sedap jugak. Tak silap jus apple campuq dengan celery. Rasanya lah. Ni dah lama dah. Tu yang lupa. Rasa macam tak penting dalam hidup. Tu yang tak pahat dalam hati dan ukir dalam minda.

Grilled Black Pepper Chicken. Sedap!

Sapa-sapa yang tak suka cheese, jangan ode. Kalau tak, menyesal sampai Subuh minggu depan. HAHA. Bercakap berdasarkan pengalaman. Tapi aku menyesal sampai sekarang. HAHA. Walaupun nama macam best konon-kononnya bila makan akan jadi Angelina Jolie ke Bella Swan ke Hermione ke. Semua tu dusta belaka. Hampeh.

Kalau depa jadi kek ke makanan ke, aku tak sanggup nak makan sebab cantik dan comel sangat. Kena pulak ada artis kat situ dan datang dalam bentuk makanan. Lagi lah tak sampai hati nak makan. HAHA.


2. Pizza Hut

Ini Puan Halimaton yang belanja kami, student-student sedia berkhidmat untuk makan. HAHA. 

Triple Pleasure. Kalau pi Pizza Hut, sila ode ni.

Chocolate Volcano. Begitu jugak yang ni. Sila ode. Aku paksa. HAHA.


3. Eerr. Somewhere near the beach and Queensbay Mall

Dalam pertengahan bulan 3, CI datang untuk buat assessment kat kami iaitu sebanyak 24 assessment dalam masa 3 hari untuk 8 orang student. Hampa kira lah sendiri berapa banyak assessment sorang student kena buat. Hampa kan dekan setiap sem. Mesti tau punya lah. HAHA. Tapi yang membanggakan lalu mengembangkan badan, kesan daripada kebanggaan tadi adalah kami berjaya abeskan dalam masa sehari saja. Ehem. Hebat tak? HAHA. Nak abeskan tu punya lah seksa walaupun nampak macam steady saja.

Jadi, malam tu CI kami, Encik Yussri dan keluarga bawak kami pi makan kat sini. Woohoo. Rezeki rezeki. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Kalau cari balak? Hhmm. Itu perkara lain dan takdak kena mengena dengan makanan. Balak, sila keluar sekarang. HAHA.


Dan agak menyeksakan jiwa dan rohani bila ode makan kat sini. Maksud saya, service. Tempat dah cantik dah. Makan kat area pantai. Tapi makanan sampai lambat. Kami kebulur sampai rasa tertekan.

4. Nurul's Restaurant

Restauran ni tepi jalan nak ke Queensbay Mall. Tak nampak sangat dari tepi jalan sebab terlindung dengan pokok-pokok renek serta rumput-rumput yang tumbuh dengan sihat. Restauran ni jugak sebelah dengan tempat polis marin Pulau Pinang. Jadi tempat memang familiar bagi aku walaupun tak pernah pi makan pun kat sini. Sebelum ni usha dari jauh ja.

Owh ya. Kali ni Encik Fahmi dan Nasri power ranger keding kaler biru yang murah hati bawak makan kat sini. Tak dilupakan Encik Z. Woohoo. Terima kasih sebab bawak adik-adik makan kat sini. Terharu sangat. *lap air mata terharu*


5. Teluk Tempoyak

Kak Alin, Encik Lat, Sharul dan Kak Ummu yang bawak. Tempat ni tak silap dekat dekat Batu Maung dan Muzium Perang. Restauran ni betol-betol tepi laut. Tak susah nak pi sini. Stret jer. Jangan belok. Sampai simpang baru belok. Kalau ada kucing melintas, elak sikit. Jangan langgaq pulak kucing tu. Kang ada yang nak kena bako. Ate jangan kabo yang teman idok kabo dulu. Sayangi kucing walaupun kucing selalu buat onar dalam hidup Saidatun Maya Karin. Maya, sila tabah lalui cabaran hidup bersama kucing.

Service? Boleh lah. Makanan? Okay jugak. HAHA.



7. Bangkok Tomyam (I think)


Tempat Ni tak tahu kat area mana sebab naik saja kereta aku terus turn off. HAHA. Bila bukak mata dah sampai kedai. Makanan? Okay! Service? Terbaik! Makanan sampai dalam masa yang singkat. Tak sampai setengah jam semua ode dah sampai. Woohoo.


8. Hari Jumaat yang membahagiakan.

Vict ada buat jamuan makan kat department x-ray. Lauk semua sedap. Air pun sedap. HAHA. Macam besa, kami bila dengaq saja ada makan, semua rasa happy dan gembira semester alam. Owh ya, terima kasih. :)

Nampak macam sikit. Nampak saja. Semua tu ilusi saja. Padahal sebenarnya penuh pinggan. HAHA. Nampak sangat aku nih mesin pengisar makanan yang cemerlang dan kuat makan.

9. Lunch talk yang berleluasa di department

Kat sini baru aku tahu apa itu Lunch Talk. Sebelum ni kalau hampa tanya memang dengan yakin aku cakap ia adalah sejenis ceramah propaganda perniagaan yang tak macam perniagaan pun. Tapi rupa-rupanya ia salah. Bila ada lunch talk, maknanya duit dapat dijimatkan pada hari berkenaan. Kat sini lunch talk selalunya pasal mesin x-ray. Tapi mesin pengisar makanan hanya mampu dengar dan tengok untuk 5 slides saja. Lepas tu kami semua tumpas ketiduran. HAHA. Bila tengok makanan, terus mata bersinar-sinar macam nampak cahaya di hujung terowong. Antara menu yang ada adalah Nasik Beriani Kapitan, Tandoori Kapitan dan KFC. 

Kat ICL pun ada makan-makan jugak masa aku dan Saidatun Maya Karin dapat posting sana. Kami dapat makan McD dan nasik berlauk. Woohoo. Allah sayang orang yang bersabar. Dia akan bagi nikmat yang kita sendiri tak sangka. Mungkin jugak berkat pengorbanan yang kami buat. HAHA. Ada staf kat sini cakap sejak dia kerja kat sini berat badan dia naik 6kg dalam masa setahun. HAHA. Kalau aku kerja kat situ mungkinkah berat aku akan naik 6.5kg dalam masa 6 bulan? Hhmm. Ada potensi.


//

Owh ya. Dapat cuba makanan yang baru pun dikira sebagai hobi masa lapang. HAHA. Dan rugi jadi rakyat Malaysia kalau tak makan durian dan petai. HAHA.

2 comments:

A.Z.i.r.A.F N.i.L.z.D.A said...

kje mkn la hg si gmuk...mne x gmuk...

atiq said...

HAHA. sejak dok penang memang asyik lapaq ja tapi macam besa. tika tak gemuk. T____T