Monday, April 11, 2011

Sesi lempang guna baldi

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi

Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini

Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah lepaskanlah

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi

Krisdayanti & Siti Nurhaliza, Dalam Diamku


Assalamualaikum.

Sekarang dah abes praktikal. Seksa nak cari 1000 kes isi dalam buku log dah lepas. Seksa nak buat CME pun dah lepas. Seksa buat karangan pengalaman praktikal kat hospital atas permintaan local preceptor pun dah lepas (karangan aku 5 muka surat dan antara student yangg paling panjang karangan selepas karangan Farah. nampak sangat banyak suka duka aku kat situ. HAHA. ke aku yang suka merepek?) Dan semasa sedang menikmati setiap detik kegembiraan berpraktikal, aku dapat kesan sesuatu yang tipikal sedang berlaku dalam kehidupan seharian. Dulu dah sebut dah. Kali ni ada nak tambah lagi. HAHA.

// Kedai makan
Ada satu kedai makan dekat dengan hospital. Kedai tu memang femes. Kalau time lunch memang penuh. Memandangkan aku bukannya penggemar nasik kandaq, aku makan kat kedai tu. Kat situ memang banyak pilihan lauk. Tapi aku tak rambang mata pun nak pilih pun sebab nak makan tak perlu jadi complicated nak buat pilihan. Kalau barisan jadi panjang, aku paham. Banyak lauk depa nak pilih. Iyer lah. Nak tengok lauk yang mana satu sedap. Tapi part nak bayaq aku agak hangin kat situ.

Dah lama aku perhati. Ada ramai cashier termasuk tuan kedai makan tapi barisan tetap panjang. Kalau sorang cashier tapi ramai orang nak bayaq, aku paham. Tapi dah ramai cashier, kadang-kadang sampai 3 cashier, barisan yang dok beratur masih lagi panjang, aku memang tak paham. Kenapa boleh jadi macam tu? Kenapa? Kenapa? Kenapa? You cakap dengan I. You cakap dengan I. You cakap dengan I. Huuh.

Aku tengok cashier tu bukannya lambat kira pun. Cepat jer kira walaupun banyak lauk. Tu takpa lagi. Yang tak bestnya, masa dah sampai kat kaunter baru lah ada makhluk Bumi baru nak bawak keluar beg duit. Nak cari-cari dalam beg mana pi beg duit depa. Nak cari beg duit tu pun dah amek banyak masa. Masa tengah tunggu turn taknak amek inisiatif cari siap-siap beg duit. Hang ingat kami kat belakang hang dengan riang tunggu lama-lama? Sori naik lori makan mee kari kat Kota Kenari. Sat lagi ada yang nak kena lempang dengan baldi.

// Surau
Normal kalau seorang perempuan pakai makeup yang tebal sebab letak krim kecantikan tambah foundation banyak sama banyak dengan gula merah nak buat 3 kawah dodol tambah pulak compact powder yang sikit macam satu kampit simen. Ia normal bagi perempuan walaupun ia nampak tak normal dan kadang-kadang dapat menyebabkan jadi tak berapa cantik di mata lelaki. Biasanya bila pakai foundation kawasan yang ditenyeh foundation adalah bahagian bawah dagu sehingga sedikit bahagian lehar sebab nak seimbangkan warna kulit muka dengan kawasan bawah dagu serta leher. Nampak tak comel muka putih melepak macam kertas A4 tapi bawah dagu dengan leher sama kaler dengan kulit Alicia Keys mahupun Beyonce.

Dan selalunya apa yang aku perhatikan, tak ramai yang akan cuci atau lap dahulu bahagian bawah dagu dan sekitarnya. Natijahnya, foundation 3 kawah dodol tu akan kena atau melekat pada telekung. Paham tak macam mana? Lepas tu telekung akan jadi tak best. Kalau telekung sendiri lain lah. Ini telekung yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk kegunaan masyarakat awam. Tolong lah jaga telekung. Bukan anda sorang saja yang nak guna telekung tu.

Ini merupakan salah satu sebab aku tak kisah beg berat bawak telekung sendiri. Owh ya. Kalau dah cantik, tak payah pakai foundation pun dah cantik. Natural beauty.

// Marah
Semua orang pernah ada rasa marah. Bayi kecik pun ada rasa marah bila teddy depa kena sorok ke kena curik ke. Cuma cara cara kita nak kawal rasa marah tu. Ada orang susah nak marah. Ada yang senang marah. Setiap orang berlainan. Kadang-kadang kita marah orang tanpa kita sedar dan takdak niat langsung nak marah.

Dalam sesuatu perkara, bila kita nak sesuatu kerja siap dalam keadaan cepat, peratus kita untuk marah atau melenting memang tinggi. Aku pernah kena macam ni sebab tu aku berani taip ayat tadi. HAHA. Nak sound, malaih sebab boleh bawak kepada perang mulut yang berpotensi kepada peperangan yang lebih dasyat. Ekceli, menda tu semua dah elok, takdak apa yang kurang tapi tiba-tiba semangat pahlwan datang, ada menda yang nak ditambah dalam kerja yang tengah dok buat. Idea dah ada dah nak tambah cuma taktau macam mana nak start. Bila dah jadi blur, ada pulak yang datang kat kawasan tu dan gelak padahal takdak kena mengena pun dengan kerja tu. Takdak sangkut paut pun. Bila idea nak start takdak, rasa bengang boleh membawak kepada perbuatan bangang mahupun ayat bangang yang akan lahir daripada mulut.

Tak paham kenapa mesti marah atas menda kecik. Mungkin bagi aku tu perkara kecik dan sangat haluih di mata tak berapa nak sepet dan tak berapa nak bulat aku. Nak terasa hati pun macam takdak pekdahnya. Cuma terkesima kejap.

Dah tak pasal-pasal kena sound. Duduk elok-elok pun kena jugak. Haih. Macam besa. Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. HAHA.

// Pengorbanan 
Ada orang kata kadang-kadang kita kena berkorban untuk kebahagian atau kesenangan orang lain. Ada jugak yang kata kadang-kadang kita kena jadi selfish. Bagi aku, kadang-kadang pengorbanan tu banyak bagi rasa makan hati and sorry to say, take for granted. Bukan tak boleh, tapi berpada-pada. Buat baik berpada-pada, buat jangan sekali-kali mahupun berkali-kali. Ada sesuatu yang istimewa yang tak boleh tukaq dengan duit mahupun harta benda.

// Fotostat
Sejak praktikal, aku banyak fotostat nota dan buku. Sebab aku tak ada buku dan nota tu suma. Dekat dengan rumah sewa aku ada satu kedai fotostat. Nak kata besaq kedai tu takdak lah besaq mana. Boleh lah kalau nak dipanggil kedai yang pengkhususan kepada memfotostat. Aku ada nak fotostat buku nota yang pinjam daripada kawan aku. Disebabkan banyak set yang nak buat, kami tinggalkan buku tu kat kedai ni.

Keesokkan harinya kami pi amek buku. Bila belek balik buku yang dah fotostat tu, memang nak bagi aku nyanyi lagu Viva Forever Never Say Never kuat-kuat. Pekerja tu fotostat senget benget buku. Nampak sangat buat kerja jenis cincai dan loqlaq. Yang buat kerja sesi tu perempuan. Or lelaki. Mungkin dua-dua jantina ni. Aku pun taktau. Tapi dah senget memang tak diterima. Blergh. Menyirap darah aku tengok. Kalau sehelai saja yang senget boleh dimaafkan lagi. Ini banyak muka surat. Memang tiada maaf bagimu. Never.

Aku ingat mungkin sebab masalah mesin fotostat problem haritu. Takpa lah. Pergi lagi kedai fotostat tu. Nak fotostat. Kali ni takdaknya nak tinggal nota. Jangan harap. Aku pi sana sebab kedai fotostat lagi satu mesin rosak. Aku tunggu sampai dia selesai fotostat nota. Dan. Memang minah ni nak kena lempang gegendang telinga sekali nafas. Dia fotostat nota macam apa lagi. Dah lah senget. Siap ada bahagian dalam nota terpotong, tak masuk dalam kertas. Memang aku hangin. Depa ni dah melampau.

Memang kena sound dengan aku. Belum pernah lagi aku sound kat orang macam mana aku sound kat pekerja kedai ni. Kesabaran aku masa tu memang lagi nipis daripada kertas. Ingat seronok ke haah nak marah-marah dan sound orang ni? Tambah kedut kat muka ada lah. Tengok kualiti fotostat pun dah tau jenis nak buat bagi kerja cepat siap. Haish. Jenis kerja cincai dan loqlaq. Tak ada pulak aku paksa dia buat kerja laju-laju. Jadi buat lah kerja pelan-pelan dan elok-elok. Walaupun isu ni nampak macam remeh, tapi bagi aku ia tak. Sakit mata dan sakit hati tengok kertas fotostat yang senget ni. Fotostat adalah satu proses yang kita copy sesuatu. Dah nama pun copy, mesti lah nak sama macam yang asal. Kalau dah senget, bukan copy namanya.

Kedai ni ada jugak amek tempahan kad kawen. Fotostat pun senget benget. Ada hati nak buat kad kawen. Booo booo booo.



//
//
//


Banyak menda yang tipikal. Sangat tipikal. Macam tipikalnya novel, drama dan filem Melayu. Cukup-cukup lah jadi tipikal. Jadi tipikal sikit-sikit sudah lah.


No comments: