Wednesday, April 13, 2011

Catatan Random

Assalamualaikum.

Hari makin suram
Tubuh pasti makin lesu
Bagaikan menanti hujan
Di musim kering dahulu
Tiada rasa teruja mahupun
Berkata apa pada sesiapapun

Hujan, Romantik



1. Semangat apa entah yang datang rasuk aku. Bangun pagi (macam besa, dalam waktu yang boleh dipanggil pagi) terus buat kerja rumah macam ada pertandingan kemas rumah. Abes rumah aku kerjakan. Nasib baik masih lagi nampak macam rumah. HAHA. Kalau nak bina rumah tangga kena tahu kemas rumah agar rumah sentiasa dalam keadaan bentuk rumah. Dan sudah semestinya tak ada habuk yang datang tak bagi salam dan buat onar dalam rumah aku. Kalau datang siap lah. Nahas kau aku kerjakan. HAHA. Biasa lah. Hormon suri yang menyerikan rumah memang macam ni. Ayat memang kena jadi garang. Dan macam besa. Sila percaya saya garang.

2. Tak sabar nak tunggu mereka pulang ke tanah air. Setiap hari membilang hari mereka pulang. Semoga semuanya selamat. Kerana itu doa saya. Saya mahukan semuanya selamat.

3. Telah mendownload movie dengan rakus sebab line internet tengah cantik dan sporting walaupun duration time terpahat tinggal lagi seminggu untuk 1 movie. Cry me a river baby T_________T Takpa. Better late then never.

4. Menonton movie yang telah didownload. Favourite movie - The Ron Clark Story. Movie ni mengisahkan kesabaran seorang guru mendidik anak murid. Bila tengok movie macam ni baru aku tahu yang aku ni pemurah air mata. Lepas 2 3 scence mula lah air mata laju keluar. Tengok movie sedih nanges, tengok movie happy nanges, tengok movie seram pun nanges. Perasaan senang sikit tersentuh sekarang ni. Tengok semut jatuh tergolek pun rasa nak nanges. Isk isk isk. Mungkin ni petanda elaun bulan ni masuk awal? Hhmm.

5. Study dengan rakus. HAHAHHAHAHA. Okay. Kalau sebut pasal study, mesti ada suara-suara halus yang bagi pujian mintak lempangan sekali nafas muncul.

6. Berguling-guling dengan teddy sambil tengok kejadian paranormal dalam bilik sendiri. Woohoo. Lampu on dan off dengan sendiri. Aku tengok dengan bersungguh-sungguh. HAHA. Takpa. Aku yakin tu mesti ada masalah kat kabel elektrik sebab masa tu hujan lebat. (eceh. ayat sedapkan hati)

7. Dengar lagu Krisdayanti dan Siti Nurhaliza, Dalam Diamku untuk yang keentah berapa kalinya. Aku pun tak tahu. Bila dengar rasa macam sayu. Tak semena-mena air mata keluar. See. Kan aku dah cakap, Aku pemurah air mata sejak kebelakangan ni. Jangan ada yang datang nak amek air mata buat ubat bagi dapat 4 rata untuk exam sem ni ke minyak guna-guna ke sudah lah. Kang ada jugak yang nak kena sekeh bertubi-tubi dengan aku. Ni lah orang kita. Pantang nampak yang abnormal sikit. Mula lah nak percaya benda karut. Hampeh. Tipikal.

8. Selalu dapat mimpi yang hhmm... yang... eerr... alar yang lain sikit. Maksud aku mimpi yang pelik dan sepatutnya aku tak dapat dan aku taknak dapat. Haish. Mainan tidoq suma tu. Aku pun tak amek pusing sangat. Mungkin aku overdose makan nasik tomato. Nak buat macam mana. Dua bulan mengidam nak makan baru sekarang dapat makan.

9. Rajin update blog. Ada saja menda yang nak tulis. Ada potensi nak buat 20 entry dalam sehari. HAHA. Tiba-tiba bangga dengan semangat yang ada.

10. Mata jadi galak dan liar bila masuk dalam bilik. Tak boleh tengok barang yang dah tak guna dalam bilik. Rasa nak hapuskan semua. Abes satu kotak barang dan harta pusaka aku lupuskan. Tengok ada beg yang dah tak pakai tapi elok lagi pun rasa nak buang. Haih. Baju yang tak pakai dah asing nak bagi kat orang. Nasib baik iman kuat lagi. Kalau tak kuat, tengok duit yang tak guna dalam purse pun aku belasah buang. HAHA.

11. Semangat berkobar-kobar nak abeskan krim kewanitaan yang ada. Setiap hari pakai tanpa ada rasa jemu sebab nak abeskan cepat tanpa ada niat nak beli yang baru. Semangat nak abeskan barang makeup? Sentiasa ada dan tak pernah padam malah semakin bersemangat nak abeskan. HAHA. Eh. Kejap. Aku ada barang makeup ke? *berfikir sejenak sambil menggarukan kepala yang sedikit gatal*

12. How I miss your voice saying my name. It's sound so sweet  *blushing sampai kembang pipi*

13. Facebook semakin membosankan. Semakin tak ada menda yang boleh dibuat sangat di Facebook. Gosip baru pun takdak. HAHA. Game? Pun bosan jugak. Blog jugak yang paling best. Eh. Silap. Blog nombor tiga yang paling best. Nombor dua diambil alih oleh nota-nota yang nak baca segan, nak letak tepi-tepi tak sampai hati. Kegemaran yang paling best mestilah menatap indahnya senyuman diwajahmu membuatku terdiam dan terpaku. Lepas terpaku terus tertidoq. HAHA. Sweet tak?

14. Selain daripada membanteras kemasukkan habuk yang sesuka hati tumit kaki masuk rumah tak bagi salam, saya jugak sibuk dengan aktiviti menjahit. Haip haip. Jangan gelak. Jangan gelak. Nanti kalau suami mintak tolong jahitkan poket baju melayu yang koyak, tak ada lah bagi 14 alasan untuk kaver yang diri tak tahu menjahit.

15. Telefon hidup segan mati tak mahu. Dah 2 minggu tak berbunyi. Kalau bunyi tu mesti kerja Celcom dan bagitau bil untuk bulan ni. Rindu nak dengar ringtone mesej telefon sendiri. HAHA.

16. Sekarang dah pukul 1 pagi. Aku rasa aku patut tidoq. Tahukah bahawa antara penyebab kepada terjadinya eye twitching atau myokymia adalah mengadap laptop dalam tempoh masa yang lama dan kurang tidoq? Oleh yang demikian, aku nak pi tidoq dan menatap indahnya senyuman diwajahmu membuatku terdiam dan terpaku. Ehem ehem.

1, 2, 3, krooh krooh krooh.




Aku sendiri taktau sebab apa ending macam ni...

No comments: