Saturday, April 23, 2011

Nafkah untuk sebulan



Doctor actor lawyer or a singer
Why not president be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

I know that we all got one thing
That we all share together
We got that one nice dream we live for
You never know what life could bring
Cause nothing last for ever
Just hold on to the team you play for

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor actor lawyer or a singer
Why not president be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

We may have different ways to think
But it doesn't really matter
We all caught up in the steam of this life
Focus on every little thing
That's what does really matter
Luxury cars and bling
Thats not real life

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor actor lawyer or a singer
Why not president be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

Last year I used to dream about this day
Now I'm here I'm singing for you
I hope I could inspire you
Cause I've got all the love
Cause I've got all love for you

Doctor actor lawyer or a singer
Why not president be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be 



Assalamualaikum.

Semakin hujung bulan semakin banyak menda nak kena siapkan. Banyak perkara penting yang kena diselesaikan termasuklah perkara yang lagha. HAHA. Tu tak masuk lagi dengan soalan-soalan panas. Boleh rentung bila kena tanya dengan soalan tu. Letak tepi-tepi dulu dengan semua perkara yang boleh menyeksakan minda. Jom berpoya-poya. HAHA. Meh nak bagi bahan bacaan yang tak boleh masuk dalam kategori ilmiah sebagai bekalan sebulan tak update. HAHA. Eceh. Padahal sebelum ni dengan steady tak update blog sepurnama tanpa ada rasa bersalah biaq blog bersawang tanpa kasih sayang. Jadi untuk kali ni, jangan pelik atau hairan kalau entry jadi super saiya panjang. Besa lah. Dalam blog memang banyak merapu. Padahal kat realiti kemain pendiam. HAHA. Weih. Tolong lah percaya yang aku ni pendiam. Penat aku yakinkan kome semua yang aku ni pendiam. HAHA. Antara ciri orang yang pendiam ialah kentut pun tak bunyi apatah lagi bau. HAHA.

1.  Study
Macam besa. Kena study. Study study study study stdo stdo stdo stdo. HAHA. Hujung bulan ni ada final exam untuk final semester. Ekceli, banyak lagi yang tak baca dan tak ingat. Tapi macam besa, kalau dah namanya student kita kena jadi steady. Bila steady, hidup akan jadi tenang. Tak mudah gelabah bila dengar exam. Macam aku pernah buat dulu. Skip baca banyak tajuk untuk subjek teras masa semester 4. HAHA. Orang lain menghafal sampai tak keluaq bilik, berbuih-buih mulut dan tak ketinggalan study dengan penuh kesaikoan yang tinggi dalam diri. Aku tengok pun dah rasa saiko. Tu baru tengok dah saiko. Kalau aku join, taktau apa jadi kat aku.

Walaupun termasuk dalam kategori nerd, aku dan study memang takdak kimia. Kes ni pun sama dengan makeup. Lagi tak serasi bersama (eh. macam lagu ajai dengan nurul lah). Eh. Perbuatan dan azam untuk tak update blog sebab nak study adalah perbuatan yang tipikal. Kang ada entry baru. HAHA. Eceh. Besa lah. Masa exam macam-macam perbuatan tipikal akan terjadi. Contohnya tak mahu update blog, tak mahu online kat Facebook lah dan lain-lain lagi perbuatan tipikal. Heeh. Dah besa sangat dah tu dengaq semua ayat-ayat tipikal tu.

Bila tengok orang study secara saiko, kita serba sedikit kena tempias jadi saiko. Bukan saiko sebab tak study secara saiko-saikoan tapi saiko sebab orang yang saiko study dok pulun saiko kita suruh study. Itu boleh menyebabkan stress. Macam besa, bercakap berdasarkan pengalaman orang lain. HAHA. Okay. Macam ni. Kalau sebut pasal study, memang dah study especially yang duduk kat hostel, macam aku. Memang kami dah study. Kami dah study dah semester lepas. Well. Still kira dah study kan walaupun study semester lepas. Semester ni? Satu subjek jer. KAHKAHKAH.

2. Getting new baby

Maybe something like this...
 or this...

Eerr. Untuk gambo ni maksud aku cermin mata. Bukan tukaq jadi tuan empunya cermin mata. Kalau nak tukaq jadi dia memang mustahil. Tempek 80 kg krim kecantikan pun belum tentu dapat jadi macam dia. HAHA.

Aku bukanlah pemakai cermin mata yang tetap dan setia. Senang cerita, selalu on off. Bila dalam kelas dan keja saja aku akan pakai. Kalau cermin mata pun pakai on off, nak pakai contact lens lagi lah malaih. Renyah nak jaga contact lens ni. Cermin mata yang paling senang dan kelihatan comel (eceh. nak jugak. HAHA) dan kacak, macho dan hensem. Ayat bodek sebenarnya ni. HAHA. Tapi betol apa sapa yang pakai cermin mata nampak hensem walaupun mata sepet, kulit putih dan misai tumbuh manja-manja. HAHA. Cermin mata pun aku tak peduli sangat. Abes aku belasah pakai sampai lunyai. HAHA. Agak berciri ganas di situ. Membelasah pakai cermin mata sampai lembik lunyai semua. Nasib baik tak reput.

Masa hari cuti kat Perak, kami keluar pi berpoya-poya kat Jusco Ipoh. Again and again sampai dia cakap aku ni duta Jusco. HAHA. Sampai kat sana, kami tak tahu nak buat apa. Serius. Tak tipu. HAHA. Then lalu depan MOG. Tengok promotion yang ada. Well. Not bad. Cermin mata boleh siap dalam masa sejam dengan harga yang berpatutan, bagi aku lah.

3. Membelasah tengok movie
Masih lagi menunggu movie siap didownload. Bila dah abes download, tengok kualiti movie adalah mengecewakan. Jadi download lagi movie yang sama. HAHA.

Movie yang dalam senarai KIV

  • Resident Evil - Walaupun aku sangat benci zombie tapi masih lagi bersemangat nak tengok movie zombie. Benci tapi sayang. HAHA. Ni gara-gara sejak tengok movie Resident Evil : Afterlife. Mungkin sebab aku suka tengok pelakon utama movie ni. 
  • Harry Potter - Memang tak tinggal ikut siri movie Harry Potter. Mesti lah nak pelakon. HAHA. Macam besa, Ron Weasley jadi pilihan. Kami ada kimia iaitu kami tak suka labah-labah dan semestinya kami suka magik. Mungkin aku patut masuk sekolah magik jugak. Amek diploma hocus pocus. HAHA. Tengok movie cepat sikit daripada baca buku cerita movie ni. Dari Form 2 sampai sekarang, buku Harry Potter and the Order of Pheonix aku tak khatam lagi. Dah dekat 7 tahun. Tapi siri yang lain memang super saiya laju aku abes baca. 
  • Easy A - Yeah. It's all about teenage life. Tengok trailer macam best walaupun pelakon utama suam-suam kuku hot. Bila tengok movie ni teringat movie Mean Girls. Cuma yang beza tak ada Lindsay Lohan. Owh apa khabar Lindsay Lohan. Dah lama tak dengaq habaq. Makin kurus ke gemuk? HAHA.
  • Step 3 - Terbaik! Aku sendiri tak tahu macam mana depa boleh menari macam tu. Mau tergeliat tulang belakang aku. 
Banyak lagi movie yang nak tengok dan nak download. Nampaknya kena beli hardisk baru untuk menampung movie-movie baru yang bakal didownload.

4. Hello Baby Bus
Setelah sekian lama tak naik bas ekpres, akhirnya naik jugak. Macam besa, tu sebab nak balik Ipoh. Kalau tak, jangan harap. HAHA. Tak apa. Nikmati kegirangan dan keriangan naik bas ekpres. Lepas ni tak tahu bila lagi nak naik. Seat bas sudah semestinya single seat sebab untuk double seat agak sempit. Dan seperti biasa jugak, saya berdoa agar pemandu bas ni tak tinggalkan kami yang nak turun di Ipoh kat tepi jalan instead of masuk terminal bas. Huuh.

Dan tahukah anda bahawa stesen bas merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk buat reunion? I say YES! HAHA. Especially masa cuti perayaan atau cuti semester. Anda akan jumpa orang yang dah bertahun tak jumpa di stesen bas. Dan lagi best orang yang satu sekolah selama 5 tahun tapi tak pernah bercakap dengan dia walaupun satu huruf serta cuma selisih bahu masa tengah berebut nak beli nugget goreng kat kafe sekolah boleh bercakap dan bersembang dengan gembira macam dah kenal 10 tahun di stesen bas.

Owh ya. Kat stesen bas jugak boleh jumpa orang yang kita tak sangka akan jumpa. Bila dah jumpa jadi blushing. HAHA. Eerr. Abaikan lah ayat tu. Move to da next point. Aku pernah tengok adegan tipikal yang selalu ada dalam drama atau movie Melayu di mana ia melibatkan stesen bas. Ada adegan pujuk memujuk dan air mata. Aku sekodeng daripada belakang. HAHA. Tengok macam depa gaduh besaq. Cuba pasang telinga nak dengaq pasai pa depa jadi lagu tu tapi tak berjaya. Aku ni ada masalah pendengaran sikit. Ulang taip. Sikit sahaja. Tu yang tak berapa nak dengaq. Kena pulak dengan orang dok riuh rendah juai tiket bas. Memang lagi tak boleh dengaq. *kesal*

5. Pertemuan
Alhamdulillah. Semuanya selamat. Dan setelah sekian lama, dapat jugak jumpa walaupun hanya seketika. Okay daripada tak jumpa langsung. Dah lama tak menatap indahnya senyuman diwajahmu membuat ku terdiam dan terpaku secara langsung. Bila dah dapat, ingat senang-senang saja nak lepas macam tu saja. HAHA. Bila tengok dalam hati kata, Wah. Putihnya dia. Sepetnya mata. Bisa buat aku tak keruan. HAHA.

Ada yang pernah bertanya macam mana boleh tak jumpa dalam tempoh masa yang lama. Maksud aku macam dalam setahun dua atau tiga kali saja jumpa. Tak susah sebenarnya nak adapt. Ewah. HAHA. Kalau daripada mula lagi dah biasa dan dilatih untuk berjauhan dan segala-galanya dalam bentuk PJJ, semua tu tak mustahil. Ingat. Bukan kita sorang saja yang kena berjauhan. Ada yang lagi jauh dan lama tak jumpa tapi depa steady saja. Tak ada pulak aku tengok meroyan sampai pi gigit pintu pagar besi ke makan ubat julap 8 botol ke. Lain lah kalau Asyraf Muslim nak kawen. Tu memang ada potensi nak meroyan dan frust sampai Subuh minggu depan. HAHA.

Tapi kalau daripada mula dah biasa sentiasa bersama macam hang sorang dalam dunia ni ada pasangan dan takmau nak berenggang macam dah kena gam cap gajah tu mungkin agak sukar untuk survive. Walaupun tak dapat jumpa, teknologi sekarang pun dah maju. Ada telefon. Tunggu apa lagi. Mesej atau kol lah. HAHA. Okay lah tu dapat dengaq sora walaupun tak dapat tengok muka. Macam besa, bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. HAHA.

Tunggu lah dah kawen nanti aku dah kawen. Aku balas dendam balik. Tiap-tiap hari keluar dating. Sekarang ni semua tu simpan untuk lepas kawen. HAHA. 

6. Diarrrhoe
Sapa kata sakit perut ni best? Ingat sedap ke haah kena makan magnesium? Huuh. T______T

7. Diasak soalan menyesakkan
Bila umur semakin meningkat, akan ada suara-suara yang bertanyakan soalan-soalan yang boleh membunuh dalam diam. Apa lagi kalau bukan soalan "Bila nak kawen?", "Tak ada calon ke?" Soalan tipikal tu mestilah ditanya oleh insan yang terdekat dengan diri kita mahupun yang jauh. Tambah pulak dah ada yang dah kawen. Haish. Sampai masa nanti aku kawen. Jangan riso. Tak terjejas pun kualiti hidup anda kalau aku kawen atau tak kawen. Bahkan tak ada kaitan langsung dengan kehidupan orang lain sekiranya aku tak kawen atau kawen. Kalau tak kawen ramai yang susah hati. Tak paham kenapa mesti ada yang susah hati kalau aku tak kawen. Takut aku amek boyfriend ke tunang ke suami? HAHA. Tapi sedangkan kapal terbang orang boleh rampas, inikan pulak manusia. KAHKAHKAH. Acah jer.

Bila dah satu langkah ke alam perkahwinan (ehem ehem. HAHA. ekceli baru pakai kasut untuk melangkah) ada jugak yang susah bila dok tanya bila nak langsung. Haih *sigh* Tunggu aku dapat kerja dulu. Ni final exam pun tak lepas lagi, takkan nak kawen dah. Nak rasa jugak berpoya-poya sambil amek final exam. HAHA. Hutang MARA pun tak bayaq lagi. Ada hati nak kawen. HAHA.

Bila dah selalu kena tanya, jadi boring. Cuba tanya aku ni dah makin berisi ke dah pernah makan aiskrim Baskin Robin ke kalau tak pernah nak belanja makan ke sedap jugak lah dengaq. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Haih. Aku sendiri taktau sebab apa aku boleh taip ayat tipikal ni.

8. Snow White
Argh. Putihnya dia. Putih melepak. Putihnya putihnya putihnya. Aku sendiri tak seputih tu. HAHA. Eceh. Agak tergugat dengan keputihan kulit dia. Tak boleh jadi. Daripada hari ni kena mandi guna Clorox. Semoga dapat putih macam dia. HAHA. Tak pernah dengaq pulak lelaki dok kalut nak putih. Perempuan sahaja yang sibuk nak putih. Semuanya nak putih. Itu kira okay nak kulit kaler putih. Kalau nak kulit kaler pink ke purple dah nampak macam Barney and Friends. HAHA.

//
//
//

Macam besa. Ini bukan entry yang terakhir untuk bulan ni. HAHA. Tapi rasa tak cukup panjang. Takpa. Bersambung untuk entry seterusnya. HAHA.

Thursday, April 14, 2011

14 days 336 hours 20160 minutes

And, I find myself trying to stay by the phone
Cause your voice always helps me to not feel so alone




It's hard to be away from each other. It's hard...

Setiap hari adalah hari yang menggembirakan

Assalamualaikum.

Banyak perkara dan menda yang boleh bagi kita gembira dan rasa tidak bosan. Antaranya ialah makan. Yup. I love food. Aku suka makan. Kalau diberi pilihan antara make up dengan makanan, aku pilih duit. HAHA. Mesti lah pilih makanan. Sejak praktikal kat Penang, aku banyak makan dan ramai yang murah hati dalam bab makanan. Oleh yang demikian, semakin maju pipi mengembang. 

1. Secret Recipe

White Chocolate Macadamia
Tiramisu. I think. HEHE.
Fresh Fruit Punch. Ada macam-macam buah campur dalam air ni. Hasil campuran buah-buah tu makan terhasillah air ni. Hhmm. Tak silap ada pisang, orange dan tembikai.

Macam besa. Lupa nama air. Tapi tapi tapi ni pun sedap jugak. Tak silap jus apple campuq dengan celery. Rasanya lah. Ni dah lama dah. Tu yang lupa. Rasa macam tak penting dalam hidup. Tu yang tak pahat dalam hati dan ukir dalam minda.

Grilled Black Pepper Chicken. Sedap!

Sapa-sapa yang tak suka cheese, jangan ode. Kalau tak, menyesal sampai Subuh minggu depan. HAHA. Bercakap berdasarkan pengalaman. Tapi aku menyesal sampai sekarang. HAHA. Walaupun nama macam best konon-kononnya bila makan akan jadi Angelina Jolie ke Bella Swan ke Hermione ke. Semua tu dusta belaka. Hampeh.

Kalau depa jadi kek ke makanan ke, aku tak sanggup nak makan sebab cantik dan comel sangat. Kena pulak ada artis kat situ dan datang dalam bentuk makanan. Lagi lah tak sampai hati nak makan. HAHA.


2. Pizza Hut

Ini Puan Halimaton yang belanja kami, student-student sedia berkhidmat untuk makan. HAHA. 

Triple Pleasure. Kalau pi Pizza Hut, sila ode ni.

Chocolate Volcano. Begitu jugak yang ni. Sila ode. Aku paksa. HAHA.


3. Eerr. Somewhere near the beach and Queensbay Mall

Dalam pertengahan bulan 3, CI datang untuk buat assessment kat kami iaitu sebanyak 24 assessment dalam masa 3 hari untuk 8 orang student. Hampa kira lah sendiri berapa banyak assessment sorang student kena buat. Hampa kan dekan setiap sem. Mesti tau punya lah. HAHA. Tapi yang membanggakan lalu mengembangkan badan, kesan daripada kebanggaan tadi adalah kami berjaya abeskan dalam masa sehari saja. Ehem. Hebat tak? HAHA. Nak abeskan tu punya lah seksa walaupun nampak macam steady saja.

Jadi, malam tu CI kami, Encik Yussri dan keluarga bawak kami pi makan kat sini. Woohoo. Rezeki rezeki. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Kalau cari balak? Hhmm. Itu perkara lain dan takdak kena mengena dengan makanan. Balak, sila keluar sekarang. HAHA.


Dan agak menyeksakan jiwa dan rohani bila ode makan kat sini. Maksud saya, service. Tempat dah cantik dah. Makan kat area pantai. Tapi makanan sampai lambat. Kami kebulur sampai rasa tertekan.

4. Nurul's Restaurant

Restauran ni tepi jalan nak ke Queensbay Mall. Tak nampak sangat dari tepi jalan sebab terlindung dengan pokok-pokok renek serta rumput-rumput yang tumbuh dengan sihat. Restauran ni jugak sebelah dengan tempat polis marin Pulau Pinang. Jadi tempat memang familiar bagi aku walaupun tak pernah pi makan pun kat sini. Sebelum ni usha dari jauh ja.

Owh ya. Kali ni Encik Fahmi dan Nasri power ranger keding kaler biru yang murah hati bawak makan kat sini. Tak dilupakan Encik Z. Woohoo. Terima kasih sebab bawak adik-adik makan kat sini. Terharu sangat. *lap air mata terharu*


5. Teluk Tempoyak

Kak Alin, Encik Lat, Sharul dan Kak Ummu yang bawak. Tempat ni tak silap dekat dekat Batu Maung dan Muzium Perang. Restauran ni betol-betol tepi laut. Tak susah nak pi sini. Stret jer. Jangan belok. Sampai simpang baru belok. Kalau ada kucing melintas, elak sikit. Jangan langgaq pulak kucing tu. Kang ada yang nak kena bako. Ate jangan kabo yang teman idok kabo dulu. Sayangi kucing walaupun kucing selalu buat onar dalam hidup Saidatun Maya Karin. Maya, sila tabah lalui cabaran hidup bersama kucing.

Service? Boleh lah. Makanan? Okay jugak. HAHA.



7. Bangkok Tomyam (I think)


Tempat Ni tak tahu kat area mana sebab naik saja kereta aku terus turn off. HAHA. Bila bukak mata dah sampai kedai. Makanan? Okay! Service? Terbaik! Makanan sampai dalam masa yang singkat. Tak sampai setengah jam semua ode dah sampai. Woohoo.


8. Hari Jumaat yang membahagiakan.

Vict ada buat jamuan makan kat department x-ray. Lauk semua sedap. Air pun sedap. HAHA. Macam besa, kami bila dengaq saja ada makan, semua rasa happy dan gembira semester alam. Owh ya, terima kasih. :)

Nampak macam sikit. Nampak saja. Semua tu ilusi saja. Padahal sebenarnya penuh pinggan. HAHA. Nampak sangat aku nih mesin pengisar makanan yang cemerlang dan kuat makan.

9. Lunch talk yang berleluasa di department

Kat sini baru aku tahu apa itu Lunch Talk. Sebelum ni kalau hampa tanya memang dengan yakin aku cakap ia adalah sejenis ceramah propaganda perniagaan yang tak macam perniagaan pun. Tapi rupa-rupanya ia salah. Bila ada lunch talk, maknanya duit dapat dijimatkan pada hari berkenaan. Kat sini lunch talk selalunya pasal mesin x-ray. Tapi mesin pengisar makanan hanya mampu dengar dan tengok untuk 5 slides saja. Lepas tu kami semua tumpas ketiduran. HAHA. Bila tengok makanan, terus mata bersinar-sinar macam nampak cahaya di hujung terowong. Antara menu yang ada adalah Nasik Beriani Kapitan, Tandoori Kapitan dan KFC. 

Kat ICL pun ada makan-makan jugak masa aku dan Saidatun Maya Karin dapat posting sana. Kami dapat makan McD dan nasik berlauk. Woohoo. Allah sayang orang yang bersabar. Dia akan bagi nikmat yang kita sendiri tak sangka. Mungkin jugak berkat pengorbanan yang kami buat. HAHA. Ada staf kat sini cakap sejak dia kerja kat sini berat badan dia naik 6kg dalam masa setahun. HAHA. Kalau aku kerja kat situ mungkinkah berat aku akan naik 6.5kg dalam masa 6 bulan? Hhmm. Ada potensi.


//

Owh ya. Dapat cuba makanan yang baru pun dikira sebagai hobi masa lapang. HAHA. Dan rugi jadi rakyat Malaysia kalau tak makan durian dan petai. HAHA.

Wednesday, April 13, 2011

Catatan Random

Assalamualaikum.

Hari makin suram
Tubuh pasti makin lesu
Bagaikan menanti hujan
Di musim kering dahulu
Tiada rasa teruja mahupun
Berkata apa pada sesiapapun

Hujan, Romantik



1. Semangat apa entah yang datang rasuk aku. Bangun pagi (macam besa, dalam waktu yang boleh dipanggil pagi) terus buat kerja rumah macam ada pertandingan kemas rumah. Abes rumah aku kerjakan. Nasib baik masih lagi nampak macam rumah. HAHA. Kalau nak bina rumah tangga kena tahu kemas rumah agar rumah sentiasa dalam keadaan bentuk rumah. Dan sudah semestinya tak ada habuk yang datang tak bagi salam dan buat onar dalam rumah aku. Kalau datang siap lah. Nahas kau aku kerjakan. HAHA. Biasa lah. Hormon suri yang menyerikan rumah memang macam ni. Ayat memang kena jadi garang. Dan macam besa. Sila percaya saya garang.

2. Tak sabar nak tunggu mereka pulang ke tanah air. Setiap hari membilang hari mereka pulang. Semoga semuanya selamat. Kerana itu doa saya. Saya mahukan semuanya selamat.

3. Telah mendownload movie dengan rakus sebab line internet tengah cantik dan sporting walaupun duration time terpahat tinggal lagi seminggu untuk 1 movie. Cry me a river baby T_________T Takpa. Better late then never.

4. Menonton movie yang telah didownload. Favourite movie - The Ron Clark Story. Movie ni mengisahkan kesabaran seorang guru mendidik anak murid. Bila tengok movie macam ni baru aku tahu yang aku ni pemurah air mata. Lepas 2 3 scence mula lah air mata laju keluar. Tengok movie sedih nanges, tengok movie happy nanges, tengok movie seram pun nanges. Perasaan senang sikit tersentuh sekarang ni. Tengok semut jatuh tergolek pun rasa nak nanges. Isk isk isk. Mungkin ni petanda elaun bulan ni masuk awal? Hhmm.

5. Study dengan rakus. HAHAHHAHAHA. Okay. Kalau sebut pasal study, mesti ada suara-suara halus yang bagi pujian mintak lempangan sekali nafas muncul.

6. Berguling-guling dengan teddy sambil tengok kejadian paranormal dalam bilik sendiri. Woohoo. Lampu on dan off dengan sendiri. Aku tengok dengan bersungguh-sungguh. HAHA. Takpa. Aku yakin tu mesti ada masalah kat kabel elektrik sebab masa tu hujan lebat. (eceh. ayat sedapkan hati)

7. Dengar lagu Krisdayanti dan Siti Nurhaliza, Dalam Diamku untuk yang keentah berapa kalinya. Aku pun tak tahu. Bila dengar rasa macam sayu. Tak semena-mena air mata keluar. See. Kan aku dah cakap, Aku pemurah air mata sejak kebelakangan ni. Jangan ada yang datang nak amek air mata buat ubat bagi dapat 4 rata untuk exam sem ni ke minyak guna-guna ke sudah lah. Kang ada jugak yang nak kena sekeh bertubi-tubi dengan aku. Ni lah orang kita. Pantang nampak yang abnormal sikit. Mula lah nak percaya benda karut. Hampeh. Tipikal.

8. Selalu dapat mimpi yang hhmm... yang... eerr... alar yang lain sikit. Maksud aku mimpi yang pelik dan sepatutnya aku tak dapat dan aku taknak dapat. Haish. Mainan tidoq suma tu. Aku pun tak amek pusing sangat. Mungkin aku overdose makan nasik tomato. Nak buat macam mana. Dua bulan mengidam nak makan baru sekarang dapat makan.

9. Rajin update blog. Ada saja menda yang nak tulis. Ada potensi nak buat 20 entry dalam sehari. HAHA. Tiba-tiba bangga dengan semangat yang ada.

10. Mata jadi galak dan liar bila masuk dalam bilik. Tak boleh tengok barang yang dah tak guna dalam bilik. Rasa nak hapuskan semua. Abes satu kotak barang dan harta pusaka aku lupuskan. Tengok ada beg yang dah tak pakai tapi elok lagi pun rasa nak buang. Haih. Baju yang tak pakai dah asing nak bagi kat orang. Nasib baik iman kuat lagi. Kalau tak kuat, tengok duit yang tak guna dalam purse pun aku belasah buang. HAHA.

11. Semangat berkobar-kobar nak abeskan krim kewanitaan yang ada. Setiap hari pakai tanpa ada rasa jemu sebab nak abeskan cepat tanpa ada niat nak beli yang baru. Semangat nak abeskan barang makeup? Sentiasa ada dan tak pernah padam malah semakin bersemangat nak abeskan. HAHA. Eh. Kejap. Aku ada barang makeup ke? *berfikir sejenak sambil menggarukan kepala yang sedikit gatal*

12. How I miss your voice saying my name. It's sound so sweet  *blushing sampai kembang pipi*

13. Facebook semakin membosankan. Semakin tak ada menda yang boleh dibuat sangat di Facebook. Gosip baru pun takdak. HAHA. Game? Pun bosan jugak. Blog jugak yang paling best. Eh. Silap. Blog nombor tiga yang paling best. Nombor dua diambil alih oleh nota-nota yang nak baca segan, nak letak tepi-tepi tak sampai hati. Kegemaran yang paling best mestilah menatap indahnya senyuman diwajahmu membuatku terdiam dan terpaku. Lepas terpaku terus tertidoq. HAHA. Sweet tak?

14. Selain daripada membanteras kemasukkan habuk yang sesuka hati tumit kaki masuk rumah tak bagi salam, saya jugak sibuk dengan aktiviti menjahit. Haip haip. Jangan gelak. Jangan gelak. Nanti kalau suami mintak tolong jahitkan poket baju melayu yang koyak, tak ada lah bagi 14 alasan untuk kaver yang diri tak tahu menjahit.

15. Telefon hidup segan mati tak mahu. Dah 2 minggu tak berbunyi. Kalau bunyi tu mesti kerja Celcom dan bagitau bil untuk bulan ni. Rindu nak dengar ringtone mesej telefon sendiri. HAHA.

16. Sekarang dah pukul 1 pagi. Aku rasa aku patut tidoq. Tahukah bahawa antara penyebab kepada terjadinya eye twitching atau myokymia adalah mengadap laptop dalam tempoh masa yang lama dan kurang tidoq? Oleh yang demikian, aku nak pi tidoq dan menatap indahnya senyuman diwajahmu membuatku terdiam dan terpaku. Ehem ehem.

1, 2, 3, krooh krooh krooh.




Aku sendiri taktau sebab apa ending macam ni...

Tuesday, April 12, 2011

They are beautiful.

I'm in love with you.


Owh dear. You so hot.
 And you too honey. How adorable you are.



Meleleh saliva satu sungai tengok kasut-kasut ni. Tunggu lah aku dah keja nanti. HAHA. Tengah bersabo ni. Tak tahan tengok suma kasut ni. Owh ya. Kalau nak kaki nampak just a little bit sexy, wear ankle straps heels. Dan dan dan, kalau nak kaki nampak comel, pakai kasut yang ada ribbon, not too big or too small. Owh ya. Dan lagi satu. Kaki nampak cantik kalau nampak tak kosong. Maksudnya ada something yang balut kaki dan tak semestinya kena ada straps or ribbons. Senang citer tak nampak kosong macam kita pakai selipar jamban. Get it? :)

Kalau kasut dah cantik, gaya jalan pun kena seiring dengan kasut. Tak berapa nak comel kalau pakai heels or wedges tapi jalan seret kaki atau a little bit mencapah. Memang bila pakai heels ke wedges ke tapi jalan lambat. Tapi kadang-kadang kena up sikit speed jalan. Baru nampak ada confident pakai heels ni. Tak banyak pun takpa. Sikit pun jadilah. Tapi kalau dah sejak azali lagi jalan camtu cheq tak boleh nak kata apa dah. HAHA.

Owh ya. Nak share macam mana nak tukar kasut yang biasa-biasa jadi luar biasa. Tak ada lah tukar jadi kasut boleh terbang ke boleh jalan atas air ke.



Enjoy it! :)

Monday, April 11, 2011

Sesi lempang guna baldi

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi

Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini

Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah lepaskanlah

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi

Krisdayanti & Siti Nurhaliza, Dalam Diamku


Assalamualaikum.

Sekarang dah abes praktikal. Seksa nak cari 1000 kes isi dalam buku log dah lepas. Seksa nak buat CME pun dah lepas. Seksa buat karangan pengalaman praktikal kat hospital atas permintaan local preceptor pun dah lepas (karangan aku 5 muka surat dan antara student yangg paling panjang karangan selepas karangan Farah. nampak sangat banyak suka duka aku kat situ. HAHA. ke aku yang suka merepek?) Dan semasa sedang menikmati setiap detik kegembiraan berpraktikal, aku dapat kesan sesuatu yang tipikal sedang berlaku dalam kehidupan seharian. Dulu dah sebut dah. Kali ni ada nak tambah lagi. HAHA.

// Kedai makan
Ada satu kedai makan dekat dengan hospital. Kedai tu memang femes. Kalau time lunch memang penuh. Memandangkan aku bukannya penggemar nasik kandaq, aku makan kat kedai tu. Kat situ memang banyak pilihan lauk. Tapi aku tak rambang mata pun nak pilih pun sebab nak makan tak perlu jadi complicated nak buat pilihan. Kalau barisan jadi panjang, aku paham. Banyak lauk depa nak pilih. Iyer lah. Nak tengok lauk yang mana satu sedap. Tapi part nak bayaq aku agak hangin kat situ.

Dah lama aku perhati. Ada ramai cashier termasuk tuan kedai makan tapi barisan tetap panjang. Kalau sorang cashier tapi ramai orang nak bayaq, aku paham. Tapi dah ramai cashier, kadang-kadang sampai 3 cashier, barisan yang dok beratur masih lagi panjang, aku memang tak paham. Kenapa boleh jadi macam tu? Kenapa? Kenapa? Kenapa? You cakap dengan I. You cakap dengan I. You cakap dengan I. Huuh.

Aku tengok cashier tu bukannya lambat kira pun. Cepat jer kira walaupun banyak lauk. Tu takpa lagi. Yang tak bestnya, masa dah sampai kat kaunter baru lah ada makhluk Bumi baru nak bawak keluar beg duit. Nak cari-cari dalam beg mana pi beg duit depa. Nak cari beg duit tu pun dah amek banyak masa. Masa tengah tunggu turn taknak amek inisiatif cari siap-siap beg duit. Hang ingat kami kat belakang hang dengan riang tunggu lama-lama? Sori naik lori makan mee kari kat Kota Kenari. Sat lagi ada yang nak kena lempang dengan baldi.

// Surau
Normal kalau seorang perempuan pakai makeup yang tebal sebab letak krim kecantikan tambah foundation banyak sama banyak dengan gula merah nak buat 3 kawah dodol tambah pulak compact powder yang sikit macam satu kampit simen. Ia normal bagi perempuan walaupun ia nampak tak normal dan kadang-kadang dapat menyebabkan jadi tak berapa cantik di mata lelaki. Biasanya bila pakai foundation kawasan yang ditenyeh foundation adalah bahagian bawah dagu sehingga sedikit bahagian lehar sebab nak seimbangkan warna kulit muka dengan kawasan bawah dagu serta leher. Nampak tak comel muka putih melepak macam kertas A4 tapi bawah dagu dengan leher sama kaler dengan kulit Alicia Keys mahupun Beyonce.

Dan selalunya apa yang aku perhatikan, tak ramai yang akan cuci atau lap dahulu bahagian bawah dagu dan sekitarnya. Natijahnya, foundation 3 kawah dodol tu akan kena atau melekat pada telekung. Paham tak macam mana? Lepas tu telekung akan jadi tak best. Kalau telekung sendiri lain lah. Ini telekung yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk kegunaan masyarakat awam. Tolong lah jaga telekung. Bukan anda sorang saja yang nak guna telekung tu.

Ini merupakan salah satu sebab aku tak kisah beg berat bawak telekung sendiri. Owh ya. Kalau dah cantik, tak payah pakai foundation pun dah cantik. Natural beauty.

// Marah
Semua orang pernah ada rasa marah. Bayi kecik pun ada rasa marah bila teddy depa kena sorok ke kena curik ke. Cuma cara cara kita nak kawal rasa marah tu. Ada orang susah nak marah. Ada yang senang marah. Setiap orang berlainan. Kadang-kadang kita marah orang tanpa kita sedar dan takdak niat langsung nak marah.

Dalam sesuatu perkara, bila kita nak sesuatu kerja siap dalam keadaan cepat, peratus kita untuk marah atau melenting memang tinggi. Aku pernah kena macam ni sebab tu aku berani taip ayat tadi. HAHA. Nak sound, malaih sebab boleh bawak kepada perang mulut yang berpotensi kepada peperangan yang lebih dasyat. Ekceli, menda tu semua dah elok, takdak apa yang kurang tapi tiba-tiba semangat pahlwan datang, ada menda yang nak ditambah dalam kerja yang tengah dok buat. Idea dah ada dah nak tambah cuma taktau macam mana nak start. Bila dah jadi blur, ada pulak yang datang kat kawasan tu dan gelak padahal takdak kena mengena pun dengan kerja tu. Takdak sangkut paut pun. Bila idea nak start takdak, rasa bengang boleh membawak kepada perbuatan bangang mahupun ayat bangang yang akan lahir daripada mulut.

Tak paham kenapa mesti marah atas menda kecik. Mungkin bagi aku tu perkara kecik dan sangat haluih di mata tak berapa nak sepet dan tak berapa nak bulat aku. Nak terasa hati pun macam takdak pekdahnya. Cuma terkesima kejap.

Dah tak pasal-pasal kena sound. Duduk elok-elok pun kena jugak. Haih. Macam besa. Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. HAHA.

// Pengorbanan 
Ada orang kata kadang-kadang kita kena berkorban untuk kebahagian atau kesenangan orang lain. Ada jugak yang kata kadang-kadang kita kena jadi selfish. Bagi aku, kadang-kadang pengorbanan tu banyak bagi rasa makan hati and sorry to say, take for granted. Bukan tak boleh, tapi berpada-pada. Buat baik berpada-pada, buat jangan sekali-kali mahupun berkali-kali. Ada sesuatu yang istimewa yang tak boleh tukaq dengan duit mahupun harta benda.

// Fotostat
Sejak praktikal, aku banyak fotostat nota dan buku. Sebab aku tak ada buku dan nota tu suma. Dekat dengan rumah sewa aku ada satu kedai fotostat. Nak kata besaq kedai tu takdak lah besaq mana. Boleh lah kalau nak dipanggil kedai yang pengkhususan kepada memfotostat. Aku ada nak fotostat buku nota yang pinjam daripada kawan aku. Disebabkan banyak set yang nak buat, kami tinggalkan buku tu kat kedai ni.

Keesokkan harinya kami pi amek buku. Bila belek balik buku yang dah fotostat tu, memang nak bagi aku nyanyi lagu Viva Forever Never Say Never kuat-kuat. Pekerja tu fotostat senget benget buku. Nampak sangat buat kerja jenis cincai dan loqlaq. Yang buat kerja sesi tu perempuan. Or lelaki. Mungkin dua-dua jantina ni. Aku pun taktau. Tapi dah senget memang tak diterima. Blergh. Menyirap darah aku tengok. Kalau sehelai saja yang senget boleh dimaafkan lagi. Ini banyak muka surat. Memang tiada maaf bagimu. Never.

Aku ingat mungkin sebab masalah mesin fotostat problem haritu. Takpa lah. Pergi lagi kedai fotostat tu. Nak fotostat. Kali ni takdaknya nak tinggal nota. Jangan harap. Aku pi sana sebab kedai fotostat lagi satu mesin rosak. Aku tunggu sampai dia selesai fotostat nota. Dan. Memang minah ni nak kena lempang gegendang telinga sekali nafas. Dia fotostat nota macam apa lagi. Dah lah senget. Siap ada bahagian dalam nota terpotong, tak masuk dalam kertas. Memang aku hangin. Depa ni dah melampau.

Memang kena sound dengan aku. Belum pernah lagi aku sound kat orang macam mana aku sound kat pekerja kedai ni. Kesabaran aku masa tu memang lagi nipis daripada kertas. Ingat seronok ke haah nak marah-marah dan sound orang ni? Tambah kedut kat muka ada lah. Tengok kualiti fotostat pun dah tau jenis nak buat bagi kerja cepat siap. Haish. Jenis kerja cincai dan loqlaq. Tak ada pulak aku paksa dia buat kerja laju-laju. Jadi buat lah kerja pelan-pelan dan elok-elok. Walaupun isu ni nampak macam remeh, tapi bagi aku ia tak. Sakit mata dan sakit hati tengok kertas fotostat yang senget ni. Fotostat adalah satu proses yang kita copy sesuatu. Dah nama pun copy, mesti lah nak sama macam yang asal. Kalau dah senget, bukan copy namanya.

Kedai ni ada jugak amek tempahan kad kawen. Fotostat pun senget benget. Ada hati nak buat kad kawen. Booo booo booo.



//
//
//


Banyak menda yang tipikal. Sangat tipikal. Macam tipikalnya novel, drama dan filem Melayu. Cukup-cukup lah jadi tipikal. Jadi tipikal sikit-sikit sudah lah.


Sunday, April 10, 2011

Sweeto Potato Momento

Assalamuaikum.

Ada perbezaan dua darjat kat dua belah bilik ni daripada segi kemajuan teknologi, keluasan bilik dan warna lampu dalam bilik. Saiz bilik dua adalah lebih comel dan mempunyai lampu yang romantik yang bersesuaian dengan peribahasa seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Serius tak tipu. Kalau bilik tiga, tak sempat nak sorong bantal ke sorong perahu ke patient dah mai dah. T____T Kalau mesin, malas nak komen. HAHA.

Ni kat bilik angio. Bilik ni merupakan antara bilik "killer". HAHA. Serius tak tipu. Orang lain kalau dapat bilik-bilik yang boleh dikategorikan sebagai bilik killer, depa takmau pi jejak dah kaki kat bilik tu. Siap pi kutip tapak kaki bungkuih bawak balik umah. Tu dia aih. Tapi aku sampai kena heret kaki paksa balik rumah sebab kaki melekat kat bilik ni. HAHA. Tu baru part aku. Tak tengok Saidatun Maya Karin lagi. Dia sampai teriak-teriak takmau balik. Kami suma dah sepakat nak kol bomba tolong pujuk dia suruh balik rumah. HAHA. 

Tapi aku rasa aku tau sebab apa Saidatun Maya Karin takmau balik rumah. Ni mesti sebab ada kembar IJN. HAHA.

Lepas ni takdak lagi dah first come last out. Sebelum pukul 8 pagi dah sampai. Balik tiap-tiap hari pukul 5.30 petang. Kalau murah rezeki haritu balik pukul 6. Setiap hari sebelum mula dan selepas duty kena jawab soklan. Tu belum lagi kena jawab soklan killer kat bilik killer seperti berapa banyak tandas yang ada kat department, berapa banyak rong kuning yang ada kat deparment dan lain-lain lagi. Ni kalau praktikal tak dapat 4 rata aku taktau nak kata apa.


10 minggu rasa sat sangat :(
Terima kasih semua! :)

Girls Day Out.

Assalamualaikum.

Pada mulanya niat nak pi Bukit Merah tapi cancel atas sebab-sebab tertentu. Oleh yang demikian, kami berpoya-poya sambil shopping sakan macam tiada hari esok. HAHA.

Feveret :) Tahukah anda bahawa buah dan coleslaw ni sedap selepas ayam?

Fresh Fruit Salad

 Coleslaw
Farah kata tak berapa sedap dan tak boleh lawan kesedapan coleslaw kat KFC tapi aku kata sedap sampai mengalir air mata. Maybe sebab ada kobis kaler ungu kot. Tapi aku tak kisah kobis kaler kuning ke biru ke pink ke. Aku makan dengan riang gembira. HAHA

Caffe Mocha Iced Blends, Strawberry Dream Yogurt Iced Blends dan Tropical Paradise.
Caffe Mocha dengan Strawberry Dream Yogurt terbaik! Memang sedap. Dan untuk Tropical Paradise, aku nasihatkan takyah bersusah payah ode. HAHA. Paham tak sebabnya? Muhong ngait aaihh kalau tak paham. Anda kan beautiful young handsome guy confidence with brain. Ayaq yang Farah ode pun sedap jugak. Nama Jewel Treasure.

 :)
Misi seterusnya; beli ubat gigi.