Sunday, March 20, 2011

Taman Botani

Assalamualaikum.

Dah lama tak pergi Taman Botani. Seingat aku, kali terakhir pergi masa zaman kegemilangan zaman hingusan. Itu pun mak abah yang bawak. Kalau nak pergi sendiri memang tak pergi sebab tak tahu jalan nak pergi. Kalau sebut Taman Botani memang aku blur, tak tahu tempat ni dok kat cerok mana. Kalau sebut Tanjung Bungah memang aku tahu. HAHA.

Haritu masa Kak Lin datang, kami semua pi sini. Pusing taman ni naik keretapi kecik comel sebab lambang masing-masing malaih nak jalan kaki masa tengah hari rembang.

Kalau kat sini, ada jugak yang buat jejak kasih dengan saudara mara yang dah lama terpisah. Tak caya ce scroll down.

//
//
//



 Baik korang ngaku ni sedara sapa. 

 Baik lah. Tak ada sapa nak mengaku. Sekarang ce ngaku ni bestfriend sapa. Cepat cepat. ngaku sekarang. Aku paksa. HAHA

 Aik. Tak ada jugak yang mengaku. Takpa takpa. HAHA. Owh ya. Ce teka haiwan di atas memegang jantina apa? Cepat teka. Cepat teka. Nanti aku bagi hadiah. Jangan lupa tuntut hadiah kat aku.


 Aik. Ada lagi gambo dia. Nak buat macam mana. Dia dah jadi artis haritu.

Artis yang baru dijumpai. Lagi hot daripada Saidatun Maya Karin. Gambo dia dan rakan-rakan bersepah-sepah dalam entry.

 Ekceli ada air terjun kat sini. Owh ya. Ada pak cik pernah tanya kat kami soalan KBKK. Kenapa kita panggil air terjun dan bukan air jatuh sebab kalau translate balik dalam  Bahasa Inggeris adalah berbunyi "waterfall"? Masa tu kami hanya mampu tersengih menampakkan cabai yang terlekat kat celah gigi tanpa mampu berkata apa-apa.








Sebenarnya kenapa entah bila tengok pokok ni rasa spooky sikit. Mungkin aku dok bayang yang bukan-bukan. Haish.

Next; Shopping!!!

No comments: