Sunday, January 09, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran :)

Masa ni, suma adik-adik Kak Lin ada dengan Kak Lin. Tak tahu bila kita dapat duduk sama-sama macam ni lagi. Gelak sama-sama, menangis sama-sama, gosip sama-sama, mengumpat sama-sama .

Salam suma!

Gadis ayu lagi cun di atas nih adalah Kak Lin atau nama glemernya Lin serta nama manjanya Iza (ada potensi nak kena sekeh. HAHA) atau nama sebenarnya Adzlin Fariza binti Haron. Pada 9 Januari 2011, Kak Lin dah   berusia 23 tahun. Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat kepada beliau. Semoga beliau dipanjangkan umur, murah rezeki dan ditetapkan iman serta sentiasa ceria walaupun macam-macam rintangan datang. Eceh. Boleh jadi idola wanita cekal ni. Itu doa saya kepada beliau kerana saya sangat sayang pada beliau. 

Dan. Beliau merupakan insan yang selalu di samping saya tak kira waktu. Semasa saya gembira bila elaun dah masuk, masa saya kecik hati dan rasa nak nanges sangat-sangat sampai basah lencun teddy bear basah dengan air mata, time angin nak merap dan manja saya sampai, masa saya sedih sampai nanges kuar hingus suma, semasa saya rasa nak mengamuk sampai nak gigit besi katil kat hostel dan semasa saya rasa sakit hati sampai rasa nak patahkan tiga batang pensel warna Luna saiz pendek.


Selain itu, Kak Lin jugak selalu teman saya makan sama ada di hostel atau di kedai yang jual ayam metropolitan dengan harga yang boleh menyebabkan bajet makan untuk seminggu lari. Di samping itu, Kak Lin jugak ada di sisi saya semasa saya sakit atau sihat, semasa saya hendak bershopping, menjadi mangsa hasutan saya untuk beliau turut shopping, membantu saya membuat keputusan untuk membeli jam serta perfume. Owh ya. Beliau jugak ada dengan saya semasa time exam sebab meja study kami sebelah meyebelah.

Tengok keadaan meja study pun dah tau. Tempoh masa untuk meja kemas paling lama sejam dua saja. Tu merupakan rekod meja kemas yang paling membanggakan bagi kami. Ternyata kami mempunyai kimia. Kalau Saidatun Maya Karin, boleh dapat anugerah meja study paling kemas sepanjang zaman. Nak tahu macam mana nak dapat meja study macam Saidatun Maya Karin? Senang saja. Letak barang penuh atas meja dan jangan usik barang-barang tersebut sampai abes semester. Nak lagi thrill, kekalkan gaya itu sampai abes korang dapat diploma atau degree.

Owh ya.

Lagi satu, make sure meja korang berhabuk. Nak ada unsur-unsur thrill lagi, ada bulu burung yang tersesat masuk dalam rumah atau bilik korang. Warna dan saiz bulu burung tak kisah. Kalau burung kenyalang masuk bilik korang, pastikan burung kenyalang tu tinggalkan bulu dia sehelai dua ada atas meja study sebagai cenderamata. Konon-konon macam Cinderella tertinggal kasut kaca kat tangga istana lepas tu putera kacak (tapi aku tengok jambu jer. HAHA) datang masuk meminang. Ni bulu burung kenyalang yang tertinggal. Bukan kasut kaca. Benda yang berbeza.

Geng 2-12

Kak Lin jugak ada semasa saya dan Saidatun Maya Karin kesejukan dengan selimutkan kami berdua masa kami tidur kat ruang tamu sebab kami berdua buat-buat taff dan ada enam petak dengan tido tak guna selimut padahal memang tahu tengah malam memang sejuk. Woohoo. Kak Lin jugak berada di sisi saya semasa saya mempunyai konflik diri. Contohnya tak tahu nak buat keputusan untuk pilih artis Korea yang paling hensem. Serius. Saya tak dapat buat keputusan. Tapi itu dulu. Sekarang saya dah dapat yang lagi best daripada daripada artis Korea. Ehem. Kan saya pernah kata. Orang yang mata sepet ni hensem. HAHAHUHAHUHA.

Itu belum masuk konflik tiga segi gadis. Serius. Kak Lin termasuk sama walaupun sepatutnya tak ada kena mengena dengan Kak Lin. Well, itu pun saya kira Kak Lin berada di sisi saya sebab saya pun termasuk dengan ketidakrelaan diri. Ooowwh ~ tiidaaak. T_______T

Sebenarnya banyak lagi perkara yang terjadi di mana Kak Lin ada di samping saya bila saya memerlukannya. Bukan kepada saya, tetapi jugak kepada adik-adik dia yang lain. Banyak kenangan tambah-tambah lagi kat rumah 2-12.

Entry kasih sayang diakhiri sebuah lagu jiwang karat-tunggu-masa-nak-reput.


Sedetik tanpamu ku rasa keliru
Keanehan mula menjelma
Semalam ku sunyi tanpa suaramu
Di manakah ia berada
Lenakan daku

Lenakan daku
Nyanyikan lagu rindumu

Ku tetap di sini
Setia menanti mu
Dengan doa yang kudus
Oh oh oh

Biar masa cemburu
Dan musim pun berlalu
Takkan pudar cintaku
Oh oh oh

Dunia seakan senyum mengintai gelora
Di lautan yang suci
Menangis dan tawa
Biarlah bersama sehingga
Ke akhir hayatku ini

Sekali lagi ku mengulangi kata
Ku yakin kau akan percaya (percaya)
Percintaan ini ‘kan hidup selamanya
Hanya kau bertakhta di jiwa
Renunglah mataku

Renunglah mataku
Nyanyikan lagu rindumu

Ajai dan Nurul, Lagu Rindu

3 comments:

A.Z.i.r.A.F N.i.L.z.D.A said...

ehem2...blushing jao...tp ye sis

atiq said...

HAHA. alololo. dah lama tak tengok kak lin blushing.

Anonymous said...

hahahhaha...biar lmee...