Sunday, January 16, 2011

Selamat kepada : Adik

Salam suma!

Pada hari Khamis lepas, saya kembali ke pangkuan keluarga setelah tiga hari di perantauan. Memandangkan hari Jumaat merupakan hari lahir adik, jadi abah bawak kami suma keluar makan di luar.

Memandangkan kami sekeluarga bukanlah peminat makanan barat mahupun timur seperti sushi dan kaum kerabatnya yang lain, kami makan di kedai yang berunsurkan kekeluargaan. Eerr. Maksud saya tempat yang banyak keluarga makan bersama-sama. Owh ya. Ia tempat yang sama semasa menyambut hari lahir abah

Kat kedai ni ada banyak jenis makanan. Oleh itu, bila pergi makan kat sini kami cuba makanan yang baru.

Contohnya,

Daging rusa bakar.

Bagi saya, daging ni rasa macam daging yang biasa kita makan. Alar alar. Macam daging lembu dan kambing dan tak sama rasanya dengan daging manusia. HAHA. Mana pernah saya makan daging manusia. Hang gila ka makan daging manusia?! HAHA. Agak liat sikit daging ni sama liat macam daging manusia. Aik. Tadi kata tak pernah makan daging manusia. Ni macam mana tahu daging manusia liat? Saya belasah saja kata daging manusia liat.

Ikan siakap masak steam

Ikan ini boleh tahan beso jugak. Jenuh jugak nak abeskan. Banyak banyak sayo. I like. Kali ni hajat nak makan ikan masak steam dah tercapai. Baru mengidam dah dapat. Alhamdulillah. 

Frutti Tutti Shakes.

Saya sendiri tak pernah makan Frutti Tutti. Jadi saya tak dapat bayang macam bentuk, rupa, kaler dan rasa Frutti Tutti. Yang saya dapat bayang Shakes. HAHA. Jadi bila Frutti Tutti dan Shakes bergabung maka terhasilnya Frutti Tutti Shakes seperti dalam gambo di atas. Rasanya lemak manis dan sedap. Ada jugak diletakkan frutti tutti dalam shakes ni. Saya agak saja. Kalau tak letak frutti tutti tak akan nak letak nama Frutti Tutti Shakes.

Besday boy dengan ais kacang gergasi.

Kali ini rasa ais kacangnya sedap. Bagi saya lah. Mungkin sebab ada aiskrim strawberi dan rasa tidak terlalu manis dengan kurangnya pembabitan banyak susu pekat.

Owh ya. Sebelum lupa, Happy birthday adik! :)

Yang benar,
Tandatangan guna font yang jenis pusing-pusing.
Your super cute notty adorable sister. HAHA.

No comments: