Friday, January 21, 2011

Saya ...

  1. susah nak cemerlang time exam. Serius. Dari zaman sekolah sampai zaman universiti. Tak pernah dapat dekan lagi. Haish.
  2. selalu mengantok dalam kelas. Letak pi lah lecturer hensem sampai rasa nak terjun lombong lambang terlalu hensem dan macho. Aku tak peduli. Kalau dah mengantok tu mengantok jugak lah. Tapi kecuali kelas Pengajian Malaysia, EST dan Pendidikan Islam. Aku suka lalu tak mengantok. HAHA. Mungkin aku patut tukar karier.
  3. suka dengar lagu yang sama banyak kali tanpa ada rasa jemu.
  4. pendiam sebenarnya. HAHA. Serius. Korang yang baca dan kenal aku jangan gelak. Amaran ni.
  5. penakut kepada labah-labah. Tak boleh aku tengok badan labah-labah yang berbulu dengan kaki banyak. Kalau dia tiba-tiba muncul depan aku tak bagi salam memang dia cari nahas. Dah lama hidup kot. Memang automatik aku pukul dia sampai penyek. Serius. Ni jugak amaran kepada labah-labah. Kalau Spiderman atau Tam Spider special kes. Kalau dorang tiba-tiba muncul depan aku, aku automatik blushing. HAHA.
  6. ada masalah tekak yang kurang sporting. Asyik senang rasa loya tanpa sebab.
  7. kurang berat badan. Ingat nak start makan jambu batu dengan belimbing besi untuk tambah berat badan.
  8. suka berpikir out of box. Kadang-kadang yang tak masuk akal pun ada jugak. Mungkin ini satu petanda aku bakal jadi penulis novel atau pengarah filem. Hhmm. 
  9. tak suka makan gula-gula. Kalau yang lain makan gula-gula untuk bagi hilangkan mengantok dalam kelas, aku lebih suka makan angin dalam kelas. Mengenyangkan dan rendah kandungan gula. 
  10. memiliki ketinggian yang boleh dibanggakan. Boleh geng dengan Adriana Lima. HAHA.
  11. alergi pada habuk. Habuk pun alergi dengan aku.
  12. senang selsema. Selsema pun senang saya. Aik?
  13. kurus keding. Tapi kekurusan masih lagi dapat dikawal dan tidak mencapai kurus macam hantu jerangkung atau macam Dhalsim.
  14. cepat sejuk bila marah. Leave me alone and I will be okay.
  15. suka minum jus buah especially oren.
  16. tak tahan sejuk. Tido tak on kipas pun tak apa. Boleh tido lagi dengan steady.
  17. suka makan nasik. 
  18. senang tido bila naik kereta, bas dan motosikal. Nasib baik masa tido atas motosikal duduk steady lagi. Kalau tak, dah lama tido atas jalan. Dan tak pernah lagi cipta rekod tido dalam bas sampai terlentok kat bahu orang lain. Nak tahu rahsianya? Selalu amek single seat. HAHA. Kalau terlentok jugak alamatnya tido atas lantai dalam bas.
  19. agak cerewet dalam sesetengah perkara. Contohnya kualiti gambo dan tulisan yang dihasilkan oleh mesin fotostat.
  20. suka beli majalah fashion. Tapi bila tengok diri sendiri tak ada langsung ciri-ciri orang yang sukakan fashion. Serius.
  21. suka tengok orang yang pakai uniform especially yang dah bekerja mahupun pergi kelas atau praktikal. Bagi saya, ia kemas dan sapa pakai uniform automatik nampak cantik dan kacak.
  22. suka kasut yang bertali. Saidatun Maya Karin memang dah tahu taste saya terhadap design kasut yang aku suka. Bangga bila artis alert dengan kesukaan diri. HAHA.
  23. tunggu masa nak grad dan kerja. Weehuu.
  24. tak dapat bezakan antara purse dan handbag. Ke dua-dua ni sama saja?
  25. suka makan aiskrim. Anyone? HEHEHEHEHEHE.
Terima kasih kepada Ety sebab bagi tag ni. Ada jugak modal nak buat entry walaupun berpeluh nak abeskan 25 perkara ni. HAHA. 

6 comments:

etykus said...

tahniah kerana berjaya habiskan. haha.

atiq said...

HAHA. Berpeluh nak siapkan.

etykus said...

yeahhh. sama la kita. nasib org kena tag. hahah :P

Anonymous said...

interesting..mmg best bace

Nurhidayah ♥ Apple said...

saidatun maya karin..??
haha!!! aku rase mcm kenai...

atiq said...

anonymous : thank you :)

dai : HAHA. hang confirm kenai. kalau tak kenai, meh nak cucuk perut. :P