Thursday, January 20, 2011

Review : Paranormal Activity 2

Salam suma!
Serius. Saya suka movie ni.

Memandangkan kelas ada seminggu sekali saja untuk sem ni, jadi banyak hari kami berpoya-poya di rumah atau Jusco. Nak buat macam mana. Tak mampu nak berpoya-poya sambil bershopping di Pavillion T______T Tunggu lah aku buat onkol banyak nanti. Abes satu Pavillion aku kerjakan. HAHA.

Minggu lepas ada terbekenan secara tiba-tiba dengan satu baju kemeja. Woohoo. I like. Tapi bila tengok minggu ni dah tinggal sehelai saja. Mungkin pergi minggu depan atau tiga minggu lagi dah tak ada. T_______T Kemudian tergoda pulak tengok handbag kat Vincci. Fuuh fuuh. Nyaris-nyaris nak beli. Bila nak beli teringat warning yang dapat berbunyi macam ni;

"BELI BISKUT BUKAN BEG. KALAU LAPAQ NAK MAKAN BEG KE. HABAQ MAI SAT"

Tengok warna tulisan siap semua huruf beso pun dah tahu tahap kegerunan amaran beliau T_____T

Disebabkan tak dapat memiliki beg idaman kalbu nyaris-nyaris nak beli, pergi lah tengok movie Paranormal Activity 2.

So, pendapat tentang movie ini? Sesuai ditonton bagi mereka yang nak tengok scary movie tapi tak mahu tengok muka hantu. Actually ini kali pertama aku tengok movie ni. Paranormal Activity tak tengok lagi. Kak Mira cakap movie ni tak best tapi bagi aku best woooo sampai rasa nak melompat-lompat dalam cinema.


Untuk Paranormal Activity 2, ia mengisahkan satu keluarga iaitu keluarga Don dan Kristi yang baru berpindah masuk dalam satu rumah. satu hari, rumah tu macam baru dipecah masuk orang perompak. Abes semua barang bersepah-sepah kecuali bilik bayi lelaki pasangan ini, Hunter dan rantai milik kakak Kristi yang hilang. Disebabkan kejadian itu, mereka pasang CCTV kat rumah. Bermula dengan kejadian "pecah rumah" macam-macam perkara pelik terjadi. Anak perempuan pasangan ni, Ali mula buat research pasal menda pelik yang terjadi kat rumah dia.

Seronok tonton sebab :

  1. Tak tunjuk muka hantu yang buruk sampai rasa nak sepak muka hantu tu dengan baldi. 
  2. Movie ni kelihatan macam "real". Maksudnya nampak macam ia berlaku dalam kehidupan seharian. Lakonan yang real tanpa ada unsur lakonan. Contohnya gaya badan yang nampak lebih natural. Tak ada nampak gedik bila ada hantu dalam rumah seperti jerit-jerit macam dia seorang ada anak tekak atau berlari pusing keliling rumah. 
  3. Aku suka cara dorang cakap dalam movie ni. Nampak natural di mana kalau perkara supernatural yang terjadi kat korang, korang akan gunakan ayat yang lebih kurang sama dengan pelakon ni guna dalam movie ni. Takkan korang nak guna ayat plastik macam dalam drama, ayat bunga-bunga, batang kayu lah, ayat sayo sawi lah dan lain-lain lagi.
  4. Setiap rakaman video mesti rasa nak cari amenda yang hantu tu buat.
  5. Boleh korang rasa trauma duduk rumah sorang-sorang waktu malam.
  6. Boleh tengok movie hantu dengan hati yang tenang tanpa perlu bersusah-payah tutup mata sebab takut dengan muka hantu yang macam pecah rumah. Hey. Tapi memang dia yang pecah masuk rumah orang tak bagi salam.
Starting movie agak lambat. Kajol dengan Shah Rukh Khan berguling kat padang lagi laju. Tapi semakin lama semakin menarik bila kejadian aneh semakin banyak terjadi dan penemuan sebab apa kejadian aneh semua ni terjadi. Ada jugak diselitkan permainan Spirit of the Coin. Alar-alar. Game yang guna duit syiling untuk panggil hantu dan tanya soalan kat dia.


Memandangkan dah lama tak tengok movie seram, maka movie inis sesuai sebagai warm up pertama untuk menonton movie seram yang lain.

Owh ya. Ada beberapa pengajaran yang boleh dapat daripada movie ini :

  1. Jangan buat perjanjian dengan demons untuk dapatkan kekayaan ke kecantikan ke kereta ferarri mahupun lapan lori handbag Coach serta yang lain-lain kerana kelak akan memakan diri. Allah murka. 
  2. Jangan bawak balik boyfriend ke rumah konon-konon takut duduk sorang-sorang kat rumah dengan adik kecik sebab mak ayah keluar dan kemudian bermain game Spirit of the Coin. Satu, tak sweet for both. Nombor dua, mungkin hantu akan marah sebab berdua-duaan kat rumah lalu datang buat onar untuk menghalang sebagai warning. Ingat orang saja tahu marah bila perkara tak elok jadi.
  3. Percayakan Allah. Bomoh ni kebanyakkan kelentong lebih konon-kononnya ada makhlus halus dok ikut masuk dalam rumah lah makan usus dalam badan lah. Lepas diagnos sakit lain. Blergh. Boooooo.

Nak dapatkan movie seram yang ada kelainan, boleh lah tonton movie ni. Untuk movie ini, 8 stars.

2 comments:

etykus said...

salam. baru kelmarin dulu tgok movie ni. tgok ngn rumate kat dlm bilik jah. so kurang seram la. hehe :)

atiq said...

wslm. memang kurang seram. itu yg terbaik. HAHA. tak payah ada orang teman pi toilet sorang2 tengah malam. :P