Friday, January 14, 2011

Menda yang menguji kesabaran diri dan tatabahasa mencarut

Salam suma!

Ni minggu kedua dalam bulan Januari tahun baru. Semalam balik rumah lagi. Kelas baru masuk 3 kali dalam 2 minggu. Banyak kali tak ada dan kensel. Blergh. Jadi kiranya bulan ni merupakan bulan paling banyak aku balik rumah guna bas ekspress. Bulan depan balik naik ferid dan rapid penang pulak. Pergh. Dah kelas pun sekali dalam seminggu. Pecah peluh iron baju tudung suma, pergi kolej then dapat tau kelas dibatalkan. Memang nak bagi aku nyanyi lagu Viva Forever banyak kali. Tak masuk lagi dengan cantik bahasa tapi buruk maknanya.

Tu baru part kelas batal. Tak masuk lagi perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian yang boleh memusnahkan mood baik di pagi hari. Contohnya ...

1. turun bas bila dah sampai kolej.
Ini memang aku tak paham. Dari mula masuk universiti sampai lah aku jadi super senior kat universiti (eceh) ada satu menda yang tak berubah. Lambat turun bas. Padahal kemain awal lagi bangun dari tempat duduk semata-mata nak turun dulu. Blergh. Pastu jadi traffic jam dalam bas. Haish. Kami yang lain bangun lambat dari tempat duduk pun boleh turun cepat. Kami pun pakai kasut high heel jugak. Penat tau tunggu turn nak turun bas.

Kalau turun bas ekspress atau bas awam, majoriti akan turun cepat terutamanya bila nak turun dari bas awam. Kalau turun bas ekspress pun tak ada lambat-lambat turun walaupun bawak beg beso mahupun dua tiga empat beg sekali bawak turun. Ini yang turun bas kolej yang cuma fail dan handbag. Bukannya handbag tu beso beg baju nak pergi haji or camping empat lima bulan dalam hutan.

2. beratur amek makanan.
Ini pun jadi satu masalah jugak. Lambat bila masa nak amek makanan kat kedai makan atau masa kenduri kawen. Aku kat belakang jenuh istigfar. Kalau yang amek tu kategori opah atau mak cik yang tak mampu nak cepat, boleh dimaafkan lagi. Tapi yang melembapkan lagi kelancaran pengambilan makanan adalah remaja serta muda belia lagi, memang nak bagi aku zikir viva kat tempat kejadian.

Iyer iyer. Lauk banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana. Kalau nak ikutkan diri sendiri saja, jangan babitkan dengan orang lain. Buat keputusan cepat. Abes tu apa jadi dengan orang kat belakang yang beratur belakang engkau? Saja suka-suka pergi beratur?

Itu kalau kat kedai makan. Yang kat kenduri kawen pun tak paham kenapa jadi macam ni padahal tak sampai lima jenis lauk atas meja. Punya lah lambat nak amek lauk. Ayam goreng dengan sayo macam nak amek banyak letak dalam pinggan padahal pastu amek serdak ayam goreng jer. Tak cukup dengan tu, main timbang-timbang kuah pun ada jugak. Kejap amek sikit kuah. Kejap amek banyak kuah. Akhirnya tak amek langsung kuah tu. Blergh. Memang viva.

3. makan dan bising dalam panggung wayang.


Buat lah bising. Kang dia datang kat korang. Baru korang tahu.

Hari Isnin haritu aku pergi lah tengok movie Paranomal Activity 2. Well. Two thumbs up! Kami suma duduk line kerusi single yang paling belakang. Belakang kami ada couple seat yang beso. Kalau nak duduk tiga orang atau empat orang pun muat jugak sebab tak ada tempat letak tangan kat tengah-tengah. Jadi senang lah nak melentok atas bahu boyfriend masa tengok citer hantu. HAHA.

Then masuk lah satu couple duduk kat belakang kami. Macam besa lah. Kalau masuk tak bawak bekal makanan dan minuman macam nak pergi berkelah memang tak sah. Dorang makan popcorn. Aku tahu dorang makan popcorn walaupun tak tengok amenda jenis makanan dorang beli. Sebabnya dorang makan macam nak lawan bunyi movie. Punya lah kuat. Korang tahu lah kan. Citer Paranormal Activity mana ada bising-bising. Hantu masuk rumah orang tak bagi salam pun senyap-senyap jer. Takkan hantu tu nak bagitahu satu taman dia masuk rumah orang.

Terganggu jugak lah rasanya masa tengok permulaan movie bila dorang makan bunyi kuat. Aku rasa aku yang paling terjejas sebab aku duduk paling hujung antara kami dan paling dekat dengan couple tu. Tahu lah kami tak beli popcorn. Tapi kami ada bawak bekal air masak tau. Huuh. Tak menunjuk pun. Air mineral lagi tu.

Bukan takat couple kat belakang, ada dua orang mamat yang duduk beberapa baris kat depan pun buat bising time ada preview movie yang bakal kuar. Tengok diam-diam sudah lah. Nak bising, bising dalam hati. Aku rasa macam nak ikat mulut dia guna tali feri penang. Huuh.

Lagi satu. Aku kadang-kadang rasa menyampah tengok movie bila ada pembabitan budak-budak yang baru nak baligh. You know what I mean. Salah satu contoh adalah budak-budak yang dah sibuk dan gatal nak bercinta siap dah ada plan nak kawen padahal kerja sekolah pun tak siap lagi. Contoh saja. Yang dah final semester dan bakal bekerja tak lama lagi tak apa. Kadang-kadang dalam movie especially movie Inggeris ada lah untuk 18 tahun ke atas yang tak sampai 5 saat pun. Budak-budak baru nak baligh pun cam excited jer dan mula buat bising macam what the fish lagi. Masa tu aku memang dah nyanyi lagu viva dalam hati. Tengok diam-diam tak boleh ke haah.

Jap jap. Amenda yang korang pikir bila aku sebut untuk 18 tahun ke atas? Buat bayi? Itu lah kerja kome. Pikir itu jer. Time kejadian tu aku tengok movie apa entah. Ada adegan bunuh yang melampau. Ulang taip. Adegan bunuh yang melampau. Bukan buat bayi atau singkatannya BB. Singkatan ni aku yang reka. Tak ada dalam kamus dewan pun. Tak payah cari. Jangan guna dalam resume mintak kerja sebagai salah satu kebolehan diri. Bahaya. Jangan cakap aku tak warning.

4. tunggu bas dan van kolej
Universiti aku jauh dari hostel sampai kena naik bas atau van. Tapi tak ada lah jauh macam nak pergi Paris. Kalau haritu murah rezeki, kami akan pi kolej naik bas kilang T______T Tapi tak apa lah. Janji dapat pergi kolej. Kalau kat hostel lama, pak cik bas akan sampai tepat pada waktunya. Jadi kami boleh bajet bila naik turun. Itu kalau nak pergi kolej. Yelar. Pagi kan kelas start awal. Tapi part nak balik hostel yang tak best. Tak kira lah balik hostel lama atau hostel baru. Kadang-kadang kena tunggu lama baru bas datang. Kalau kelas abes pukul 4, kena naik bas pukul 5. Memang penat tunggu. Sudah lah penat blaja anatomi. Ni tambah dengan penat tunggu bas. Kalau kelas abes pagi, nak tunggu sampai petang? Hell no.

Bas pukul 2 belum tentu ada lagi. Kena naik van pukul 3 tak pun dekat pukul 4 baru van gerak. Itu kalau ada van. Kalau tak ada, naik bas pukul 5. What the fish. Dah bayar duit pengangkutan, takkan tak mahu guna. Bayar mahal servis pun kena lah baik. Macam bas ekspress. Walaupun penumpang sikit, dia tetap bawak penumpang ke destinasi dorang nak pergi walau jauh macam mana pun. Sebab itu memang tugas dan amanah kepada dorang. Cukup masa bas gerak. Tak perlu penumpang tunggu lama sambil menyumpah-nyumpah sama ada dalam hati atau luar hati.

Kalau bas ekspress perjalanan jauh seperti 10 jam boleh jalankan tugas dengan baik, kenapa bas dan van kolej tak boleh untuk perjalanan dekat yang cuma amek masa 10 minit saja? Kenapa tak? Kenapa tak? Jawab sekarang. Bukannya kami naik percuma.

5. bising dalam kelas
Daripada mula masuk kat universiti sampai sekarang, sampai dah nak blah dari universiti pun dok selalu terjadi. Ini sama dengan kes bising dalam panggung wayang. Cuma tak ada lah tayangan adegan bunuh melampau serta makan popcorn. Kalau rajin, baca balik point nombor 3 tu. HEHE. Lebih kurang sama saja situasi.

Bising dalam kelas tak terhad kepada budak perempuan malah budak lelaki pun sama jugak. Bila kena sound direct, mula lah melenting padahal salah sendiri. Blergh. Tu lah. Sapa suruh bising. Kan dah kena sound. Aku pun heran jugak. Amenda yang dorang sembang sampai daripada sebelum masuk kelas sampai dalam kelas tak abes sembang. Kalau nak sembang, guna lah kertas kemudian main pass-pass kat kawan sebelah. At least tak buat bising sampai ganggu orang lain nak blaja. Selain daripada itu, boleh lah nampak macam korang salin nota padahal dok reply mesej dalam kertas.

6. Tunggu orang naik bas pergi kolej
Ini terjadi masa kat hostel lama. Sakit jiwa kalau setiap hari macam ni. Nasib jiwa aku sihat walaupun setiap hari macam ni. Setiap hari tunggu orang yang sama. Kami yang lain pun tido lewat jugak tapi tak ada lah setiap hari bangun lewat. Kalau lewat sekali dua boleh dimaafkan lagi. Tapi dah setiap hari memang melampau dan orang yang sama asyik lewat. Memang viva. Seingat aku berturut-turut dua sem orang yang sama lewat naik bas. Pasal dia jer abes semua orang lewat pergi kolej jugak. Blergh. Dah lah perjalanan nak pergi kolej bukannya dekat.

Bila pak cik bas nak gerak dah, mula lah jerit-jerit, "Tunggu! Tunggu! Ada lagi tak naik bas!" Setiap pagi dengar ayat tu. Memang viva. Kau ingat kau diva? Aku dah abes makan nasik lemak sebungkus yang letak dalam polisterin siap mak cik tu bagi nasik lemak penuh satu bekas dia tak naik bas lagi. Siap rasa nak pergi membuang pun dia tak naik lagi. Mangkuk betol minah ni. Aku dah lar nak terberak. Boleh pulak jalan lemah gemalai itik pulang petang dah tahu lambat. Tak ada jejaka kacak kat situ pun. Budak-budak perempuan nak pergi kerja kat kilang ada lah. Kalau dia itik, dah lama aku tembak dia guna senapang gajah. Then bagi buaya makan. Biaq biaq biaq.

Nasib baik dua sem ni tak kena naik bas dengan dia lagi. Phew. Tapi penyakit diperturunkan kat junior dia pulak. Memang mangkuk tingkat.

Semua tu merupakan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian aku. Maksudnya aku tak boleh lari daripada kena hadapi jugak walaupun jenuh nak elak. Kalau esok lusa ada benda lain yang boleh memusnahkan mood aku, aku citer len. Ada modal nak buat entry baru. Tak ada lah blog ni terbiar macam kurang kasih sayang. HAHA.

Owh ya. Minggu depan ada satu kelas saja. Maka, aku akan balik rumah lagi lepas abes kelas. Woohoo.

4 comments:

A.Z.i.r.A.F N.i.L.z.D.A said...

awat hg mmbebel pnjgnni...xd kja ka....haiya....

atiq said...

HAHA. takdak sapa nak luahkan suma ni. tu yang membebel kat blog. rasa ada lagi yang nak tambah.

A.Z.i.r.A.F N.i.L.z.D.A said...

hahahha...meh2 kol k.li dok luahkn ap yg trbuku tu...:p

atiq said...

HAHA. kalau kol nanti banjir. jenuh. tak ada sapa nak tolong tenangkan. :P