Thursday, January 06, 2011

Lagu penutup 2010

Salam suma!

Kejap saja cuti sudah mahu abes. Rasa macam baru semalam saja baru mula cuti. Punya lah rasa heaven cuti sampai dah banyak hari cuti pun rasa macam baru semalam cuti. Eceh. Dapat kesan ayat tipikal pada permulaan entry. Cuba cari ayat tipikal itu. Sapa cepat dia menang. Hadiahnya beg Gucci 14 lori termasuk dengan lori yang membawa beg itu sekali. HAHA.

Dengan adanya nikmat wireless kat rumah yang laju, lagi laju daripada kekatu yang saya kejar dalam rumah, kerja-kerja mendonload lagi dilakukan dengan rakus. Balik hostel nanti jangan harap nak donload lagu kalau tenet lembab. Hari-hari donload lagu dan kemudiannya dengan ulang-ulang. Kadang-kadang rasa bosan tengok koleksi lagu yang ada. Lagu-lagu yang didonload dengar sampai muntah darah kesatria. Tak cukup dengan lagu baru, dengar lagu lama sampai muntah keringat pahlawan. Ternyata diri mempunya semangat pejuang kemerdekaan.

Untuk minggu pertama kelas cuma satu saja. Nasib baik awal minggu. Boleh balik kampung lepas tu. Weehuu. Hari ini agak bebai sebab kena tunggu bas lama. Nak tiket murah jadi kena lah tunggu kejap. 2 jam tunggu tu boleh dikategori sekejap ke haah tambah dengan tunggu bas balik Kulim dekat sejam? T______T

Baiklah. Tak payah nak emo. Bagi menutup tirai 2010, meh kita tengok lagu-lagu yang berjaya didonload. Dah ramai cakap pasal azam baru. Azam lama lah. Pencapaian sepanjang tahun lah. Perlaksanaan azam lah. Blergh. Azam akuarium tak kecoh pun jual ikan Guppy comel bila tengok rasa nak picit-picit. Oleh itu meh sini buat kelainan sikit.

1. Late Night Alumni - Sunrise Comes Too Soon
Ini pengaruh akak Michelle Phan yang selalu letak lagu kumpulan ni dalam tutorial makeup dia. Haish. Sudah lah macam ketagih tengok makeup tutorial, ini pulak dah macam ketagih nak dengar lagu kumpulan ini. Lagunya soft saja. Sesuai bagi yang suka suara penyanyi yang bersuara lembut-tak-payah-nak-bukak-mulut-luas-semata-mata-untuk-buat-suara-jadi-sedap. Setakat ini tak jumpa lagi penyanyi Malaysia yang ada suara macam ini. Nak tahu macam mana suara tersebut? Sila dengar lagu ini. HAHA.

2. Charice - Pyramid
Suara dia sangat sedap. Tak silap pernah masuk dalam citer Glee. Ekceli tak pernah tengok lagi citer Glee tapi pernah came across video lagu yang Charice nyanyi dalam Glee. 

3. Auburn - All About Him & Perfect Two
Tak tahu sama ada dia dah femes kat Malaysia. Jumpa lagu ini di salah sebuah blog. Terus bagi salam dan tanya nama penyanyi. Punya lah tersangat nak tahu sapa nyanyi lagu-lagu ini. HAHA. Nasib baik pertanya dijawab dengan comel oleh tuan empunya blog.

4. Linkin Park - Waiting For The End
Lagu yang dinyanyikan oleh bekas kekasih-kekasih lama. HAHA. Lagu mereka tak pernah mengecewakan walaupun tak ganas macam dulu. Hey. Saya ada semua koleksi lagu Linkin Park termasuk lah lagu yang depa buat masa pergi tour. Siap hafal lirik lagu lagi. Tapi suma tu dalam lipatan kenangan terindah dalam hidup. Abes rosak kaset tercelup dalam air banjir. Well. Beli zaman sekolah. Tak mampu nak beli DVD. Sob sob sob. T_______T

Owh ya. Suara Mike Shinoda kedengaran kacak dalam lagu ini walaupun muka semak dengan misai jambang janggut suma. Tak tahu apa masalah dia simpan suma semak samun tu. Haish.

5. Rabbani - Cari Jodoh
Lirik lagu yang cantik dan bermakna. Rabbani tak pernah mengecewakan. Ehem. Sesuai untuk yang masih mencari pasangan hidup dan yang bakal berkahwin. Banyak pengajaran.

6. Adam Lambert - If I had You
Walaupun dia tak sekacak artis Korea mata sepet, lagu dia best. Saya suka intro lagu ini. Intro sahaja. HAHA.

7.  Massive Attack - Paradise Circus
Lagu ini saya tak tahu nak masuk dalam kategori mana sama ada rock ke r n b ke punk rock ke pop ke. Saya sendiri tak pasti. Yang saya pasti, ia tak boleh masuk group Slipknot sebab suara penyanyi ni kiut ala ala suara Lily Allen dan Lenka. Siapa yang suka lagu yang slow and steady, boleh dengar lagu ini.

8. Ne-Yo - One In a Million
Lagu ini pun saya suka intro nya. Bila dah start masuk korus, saya malas nak bagi perhatian sangat. HAHA. Lirik mungkin sesuai untuk mereka yang dilamun cinta mahupun dilambung ombak rindu (eceh. macam tajuk novel lah pulak). Kalau lagu rindu, dengar lagu Slipknot tak pun Metallica. HAHAHA. Group oldskool. Depa pun dah tak larat dah nak hayun gitar suma tu. Suma pakat-pakat duduk rumah minum kopi petang-petang sambil baca soq habaq.

Kalau dilambung ombak laut macam mana pulak? Kalau jadi macam tu, jangan buat rumah di tepi pantai. Nanti ketam masuk rumah kepit jari kaki.

9. The Veronicas - 4ever & Untouched
Ini pun kumpulan kembar comel. Lagu lama. Masa dulu-dulu lagu tajuk 4ever tu femes lah. Yang lagu Untouched tak berapa sangat tapi best. Kalau tanya budak-budak moden mana depa kenal dah kempulan ni. Ini lagu zaman saya and da geng muda-mudi.

10. Mike Posner - Please Dont Go
First time dengar terus dah suka. Lagu ala ala lagu Bassshunter. Tapi lagi best daripada Basshunter.

11. Maroon 5 - No Curtain Call
Bila Abang Adam Levine nyanyi , hati tengah dambaan pilu boleh kembali berarak mesra. HAHA. Sampai sekarang tak paham kenapa bila putus cinta ke patah hati tulang ranting pokok suma lagu mesti sedih. Ce buat lagu ceria sikit.

12. Lady Gaga - Christmas Tree
So Lady Gaga. Well. Letak tepi-tepi pasal Illuminati suma tu. Bagi saya, lagu Lady Gaga best. Lain daripada yang lain. Kat Malaysia tak ada lagu macam lagu Lady Gaga. Bila dengar saya rasa suara dan lagu sama saja.   Nyanyi lagu ni banyak kali sampai Ma rasa tension. HAHA. 

13. Imogen Heap - Speeding Cars
Mula-mula dengar ingatkan jejaka suara lembut mana yang nyanyi. Tapi rupanya perempuan. Kalau Justin Bibir tu tak payah konpius. Dengan yakin saya cakap perempuan yang lagu Bayi. Eerr. Baby maksud saya.

14. 3 Idiots ost - Give Me Some Sunshine
Tak pernah tengok lagi movie ni. Tapi zramai yang kata movie ni best. Lagu ni sudah semestinya best walaupun tak berapa nak paham Hindustan.

Tetiba rasa macam nak buang suma lagu lama yang ada dalam simpanan. Tapi sayang lagi dekat suma lagu tu. Dalam sayang pun ada jugak yang selamat masuk dalam recycle bin. HAHA. Kadang-kadang rasa bosan jugak bila ramai sangat orang minat satu atau dua lagu. Pergi mana-mana pun orang dengar lagu tu. Biar dengar lagu rare tapi best. Disebabkan dah ramai yang minat satu-satu lagu tu, contohnya lagu Maher Zain, saya dah tak ada lagu tu. Dah selamat masuk dalam recycle bin.

Okay lah. Nak pi masak. Bye bye.

No comments: