Sunday, December 12, 2010

Wed wed wedding ding ding

Salam suma!

Cuti sem kali ini bertemakan pertunangan dan perkahwinan. Tidak dilupakan tema pengangguran. HAHA. Semalam ada jemputan perkahwinan sepupu kepada abah, merangkap dua pupu saya di Alor Janggus, Alor Star. Tema untuk perjalanan ke Alor Star adalah pendengkuran. HAHA. Naik keta merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengatasi masalah tido selain daripada membonceng motorsikal. Macam besa, bercakap berdasarkan pengalaman. HAHA.

Masa sampai di sana, saya jadi agak excited sebab tengok kawasan Alor Star. Banyak rupanya jalan yang saya tak tahu. Kalau jalan nak pergi Hospital Sultanah Bahiyah saya tahu lah. Jalan straight dun belok-belok. HAHA. Walaupun tinggal di kawasan utara, tak semestinya saya tahu tempat-tempat di utara serta jalan-jalan di sana. Kalau saya tahu suma tempat dan jalan, abes lah masa depan kerjaya Google Maps dan GPS. HAHA.

Pengantin baru :)

Selepas pergi kenduri, singgah kat rumah mak cik sebentar. Sesungguhnya sebentar tu boleh diguna pakai dalam mimpi. HAHA. Bergosip bukanlah perkara yang sekejap. Ada pulak ada pisang goreng panas-panas serta air oren. Pergh. HAHA. Owh ya. Tak dilupakan pesanan kasih sayang daripada mak cik untuk saya terutamanya bila saya bertunang dan berkahwin nanti. HAHA.

Aiseh. Baru nak buat majlis beso-besoran tema kesihatan. Ingat nak bersanding dalam gantry MRI. Souvenirs bagi lah panadol 4 papan ke julap 8 biji ke. HAHA.

Di akhir sesi, sepupu saya ada tunjukkan sesuatu yang di bawah ini;

Gula keras

Ia merupakan hantaran kepada kawan sepupu saya. Katanya ada banyak lagi design yang sapa tengok boleh histeria. HAHA. Kedai yang buat ni ada di Alor Star dan Ampang. Eerr. Maksud saya Ampang di Selangor. Bukan Ampang tempat hostel tercinta muah muah muah terletak. Untuk buat pesanan, tak silap saya lah memerlukan masa dalam sebulan kalau nak tempah.

Tart atau nastar (nastar merupakan nama lain bagi tart nanas di mana saya baru dapat tahu sebab ibu saudara sepupu saya yang panggil)

Kalau tak silap, ini inti tart ini rasa apple. Sedap dan cantik! :) Mak kata boleh jer tart ni buat hantaran. Owh ya. Untuk melihat apa lagi yang ada di kedai yang buat gula keras cantik serta tart yang sedap dan cantik, anda bolehlah ke facebook kedai tersebut. Search Ceri Indah Ampang. Kalau nak ode kek serta cupcakes pun boleh.

Impian : Dah tahu nak apa dan bagaimana. Sekarang sudah dapat gambaran. Apa yang penting ia bermakna :)

No comments: