Monday, December 20, 2010

Skill hidup yang pertama

Salam suma!

Abah cuti seminggu. Weehuu. Oleh yang demikian, saya mintak abah untuk ajarkan saya drive keta. Ehem. Dah lama tak drive. Dan seperti yang saya jangka, banyak yang saya dah lupa. Nasib baik tak lupa macam mana nak start enjin keta. Kalau lupa memang nak kena tauk dalam batu belah batu bertangkup.

Rezeki saya untuk berenti di simpang beri laluan. Tambah lagi bawak berkat kawasan simpang tiga tu agak berbukit sikit. Mati enjin adalah satu perkara yang pasti. Dan cukup lah dah buat drift kat beri lalu yang berbukit sikit. Suma orang yang berenti dekat traffic light tengok. Abes glemer satu kulim pasni.

Saya tak tahu sama ada wartawan ada di tempat kejadian. Kalau tak keluar Metro tajuk depan, "Wanita Cekal Drift di Simpang Beri Lalu". Ada jugak check suratkhabar. Tak ada pulak keluar berita tajuk tu. Hhmm. Depa dah rugi satu topik hangat. Yelar. Kadang basikal kena curi ke lembu mati sebab sakit perut pun masuk suratkhabar selain daripada topik yang untuk 18 tahun ke atas. Suka lah tajuk-tajuk macam tu. Bagi saya, it's like ... blergh.

Ini ada lagi satu kisah tragis di traffic light. Kebetulan ada motosikal di depan. Masa ni berenti dalam keadaan steady. Enjin tak mati. Ada jugak saya buat drift kat traffic light. Orang yang naik motosikal kat depan pusing belakang tengok keta saya. Mungkin dalam hati dia kata apa masalah keta belakang ni. Nak kena hentak ke haah. Mungkin macam tu dialog hati dia. Saya main teka saja. Di dalam hati dirinya jua tahu. Elok saja dia pusing balik ke depan, enjin keta mati. T_______T *tangisan kesal*

Abah pun rasa heran. Macam mana saya boleh dapat lesen keta. HAHA.

Untuk menebus kekecewaan sebab tumpas di traffic light dan simpang beri laluan, saya buat ini;

Ini pisang goreng. Sekali tengok tak ada rupa pisang yang digoreng. Tengok macam kuih bulat-bulat yang digoreng pun ada jugak. Hhmm.

Hasil dan berkat usaha tidak terperi untuk minum petang.

2 comments:

Izyanti said...

Haha. First time aku tengok pisang goreng bentuknya mcm tu. kreatif2!! :D

atiq said...

HAHA. aku pun sampai musykil amenda sebenaqnya aku goreng. pisang ke kuih bulat2.