Sunday, December 26, 2010

Sesi membela perut 3

Salam suma!

Dah lama nak pergi makan mee rebus yang femes di Sitiawan. Tapi tak ada rezeki sebab bila pergi kedai tutup. Dan hari Jumaat lepas kedai bukak. Weehuu. *summersault* Ramai orang yang datang dan majoriti bawak family.


Dan oleh yang demikian, kami mengode;

 Mee rebus.

 Bihun sup. Owh ya. Ini merupakan bihun sup yang baik. Sebab apa saya kata yang baik? Sebabnya tak ada letak bahan-bahan seperti carrot, bunga kobis, sayo kangkung, telur dan lain-lain lagi.

 Mee kari

Restauran ni dekat dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestaman. Harga makanan bagi saya murah. Mee rebus, mee kari dan bihun berharga RM2.50. Jadi sapa-sapa yang pergi Sitiawan boleh lah singgah makan kat sini. Owh ya. Kalau tak tahu Sitiawan tu kat mana, ce cari guna GPS. Ate tipon mike kan canggih. Ngape idok gune je. HAHA.

No comments: