Saturday, December 18, 2010

Retail Therapy

Salam suma!

Hari ini saya pergi shopping dekat Jusco kat Bandar Perda. Well. Ini pergi shopping dengan keluarga tercinta. Jadi kena senonoh sikit tempat yang hendak pergi tu. Eerr. Maksud saya, harga barang kena senonoh. Tak ada mahal macam harga ikan kembung dan ayam kota metropolitan. Memandangkan saya masih seorang student di mana MARA support tiap-tiap bulan, kena akur untuk tidak bershopping secara berleluasa. Bila elaun RM500 buat cara elaun banyak tu. Tak boleh nak belanja lebih sangat. Lain lah kalau RM5k every month. Boleh lah nak pergi Pavillion ke (sampai sekarang nak sebut nama shopping mall ni agak terbelit) Gurney ke dan tempat-tempat lain.

Nasib baik Padini baik hati bagi voucher berkat asyik beli barang dekat kedai dorang dan dengan gigih kumpul point. Ada lah dia bagi sumbangan. Lepas lah nak shopping sikit. Kebetulan masa tu PDI tengah buat sales. Voucher ni dah dapat lama dah. Tunggu masa yang sesuai untuk guna. Kebetulan voucher ni boleh jugak guna untuk Vincci. Tapi macam tak ada seru nak masuk Vincci. Maybe teringatkan masa depan kasut-kasut yang beli tapi tak pakai. Haih. Dah terbiar macam kerang di tepi jeti pun ada jugak.

Nak beli blouse, tak ada yang berkenan. Asyik ada banyak corak petak-petak saja. Kang tak pasal-pasal tuduh saya ni pengikut Illuminati lah amenda lah. Blergh. Entah apa-apa. Kalau pokok pisang pun dorang nak kata agenda Illuminati, ada jugak yang kena sepak Jepun kang. Tak pun ada yang kena kentut sampai sesak nafas baru tahu. Biaq biaq biaq. Padan muka. Huuh. Mencik tau.

Kembali ke realiti. Ini hasilnya;


Sweater adalah pengaruh salesgirl. Dia memudahkan saya untuk memilih saiz sweater dengan bagi pendapat yang bernas dan bukannya pendapat cerdik macam tong sampah. Sebabnya saya konpius-konpius untuk beli sama ada sweater saiz M atau L. Nak pilih warna pulak jadi masalah. Tengok warna lain meriah sangat. Kalau amek sweater untuk lelaki beso jugak walaupun saiz S. 

Owh ya. Pembelian tshirt tidak dipengaruhi oleh sapa-sapa. Ia dipilih berdasarkan kerelaan sendiri. Saya rasa saya beli tshirt lelaki. Saiz S dia macam abnormal saja bagi perempuan. Kan tshirt perempuan selalunya kecik. Apa entah orang panggil tshirt perempuan. Babyfit kot. Saya sendiri pun tak tahu apa nama jenis tshirt tu. Tapi tak apa. Kalau pakai tak ada lah macam pakai baju sarung nangka (mak yang cakap haritu. makan dalam weih lalu tertunduk tersipu malu yang disertai dengan blushing sebab blushing termasuk dalam pakej makan dalam ni) mahupun pakai baju anak sedara sekolah tadika. Nak buat macam mana, tak ada adik perempuan. Adik lelaki pun dah beso.

Selain itu, saya jugak ada membeli ini;

I think it is the best.

Nak beli ni bukannya pergi masuk kedai dan terus beli. Ada jugak lah saya buat survey macam kat website Olay dan forum-forum pengguna produk ni. Setakat ini, kebanyakkan respon mereka adalah positif. Macam masyarakat awam selalu cakap, ia berdasarkan jenis kulit anda. Tak semua orang sesuai dengan semua produk. Alhamdulillah. Setakat ini, saya tak ada masalah kalau tukar produk macam pencuci muka dan krim muka. 

Sebab apa saya kata ia terbaik;
  • Boleh samarkan dark spots atau blemish pada kulit
  • Ada SPF 24 untuk elakkan kulit jaid kusam dan lindungi kulit daripada UV. Kalau untuk xray boleh pakai gonad shield sebagai perlindungi. Ate kome nak pakai mask yang diperbuat daripada lead semata-mata tak mahu bagi kena sinar UV? Hell no. Pekdahnya?
  • Boleh menampakkan kulit lebih cerah dan gebu. Eceh. 
  • Jimat sebab boleh tahan berbulan lamanya. Ikut pakai banyak mana lah. Kalau belasah guna untuk satu badan, memang lah 3 hari boleh abes. 
  • Tak berminyak. Serius. Lagi serius daripada Sirius Black.
  • Setakat ni tak ada lagi saya dengar produk ni bagi kesaf negatif yang teruk terhadap pengguna.
Ada lagi satu produk Olay iaitu Olay Total White : Spot Lightening Cream. Ini saya guna sejak zaman sekolah sampai sekarang untuk hilangkan parut jerawat dan ia berkesan untuk hilangkan parut jerawat dalam masa tak sampai seminggu. Saya pun tak perasan sama ada Olay dah tukar rupa packaging produk ni. Tapi kalau yang lama macam ni; 
Kalau dekat Kulim, supermarket Minat kat Taman Selasih ada jual lagi. Tak silap saya lah. Kalau dekat Guardian rasanya tak ada lagi dah. Harga pun okay. Tak sampai RM5 untuk saiz kecik tapi boleh tahan selama berbulan-bulan sepanjang yang saya guna.

Puas hati dapat beli produk Olay sebab dah lama nak beli tapi tak terbeli lagi. Next target, Olay Moisterizer Cream. Yeah baby. Wait for me.

Balik makan kat kedai makan yang dekat dengan UiTM dan masjid. Kedai ni sebelah dengan kubur. Ramai orang makan. Mungkin sebab banyak pilihan lauk dan harga yang murah. Yeah. Itu yang kita mahukan.


Dah lama tak makan kat Kenny Roger dan kaun sejenis dengannya. Tapi kalau makan kat sana lari bajet makan untuk seminggu. Makan kat situ pun dah berpuluh ringgit yang boleh kaver makan untuk 3 hari. Haih. *kesal*

3 comments:

A.Z.i.r.A.F N.i.L.z.D.A said...

hebat mmbeli kak

A.Z.i.r.A.F N.i.L.z.D.A said...
This comment has been removed by the author.
atiq said...

HAHA. dah lama tak shopping :P