Thursday, December 16, 2010

Rapunzel : A Tangled Tale

Salam suma!

Flower, Gleam and Glow
Let your power shine
Make the clock reverse
Bring back what once was mine
Heal what has been hurt, change the fates design
Save what has been lost, bring back what once was mine
What once was mine


Kalau diberi pilihan sama ada buat kerja part time tangkap kekatu masa musim hujan atau tengok 14 kali movie Rapunzel : A Tangled Story, saya pilih untuk tengok movie. Sangat berbaloi! Woohoo. Letak tepi-tepi dulu kesedihan pasal elaun tak masuk lagi. T______T Kalau sebut pasal elaun lambat masuk, memang akan jadi emo dan penyakit kemurungan akan sampai tak bagi salam.

Seminggu sebelum pergi tengok movie, dah excited nak tengok. Tengok iklan pun excited. Tu baru tengok iklan kat tv. Tak tengok movie lagi. Pada hari kejadian, suma pakat pakai bersiap cantik-cantik. Saya? Saya bersiap macam saya lah. Misi nak pakai selendang (terpengaruh dengan godaan dunia) tak jadi sebab tak berapa nak menjadi selendang. Jadi apa pun saya tak tahu. Rasa macam cuba belit tu macam nak anyam ketupat. Eceh. Tengok orang lain pakai selendang steady saja. Mungkin depa pandai anyam ketupat. Sapa tau kan.

Dari mula sampai abes memang best dan tak bosan. Boleh dikatakan mula sampai abes gelak saja kerjanya. Kalau tak gelak tu tandanya korang memiliki ciri kelapan untuk mengenali makhluk asing.

Antara part yang best adalah masa Rapunzel nak sorokkan Flynn Rider dalam almari dan part Rapunzel baru jejak kaki kat tanah. Owh ya. Part rapunzel main dengan menda alah kaler hijau pun best jugak.


Owh ya. Ada jugak terpikir. Masa Rapunzel kecik-kecik dulu, alar alar masa dia baru belajar nak tak teh tak teh Mother Gothel masuk dalam menara ikut mana? Panjat? Terbang? Laluan rahsia? Lif?


Masa Rapunzel nak selamatkan Flynn Rider yang tengah nazak, ada sikit-sikit unsur sedih. Eceh. Macam besa, ending fairytale mesti happy ending. Teruk macam mana pun princess tu kena, akhir citer mesti happy. Kena pi lah jari tercucuk dengan jarum ke makan epal tak sedap langsung ke akhir citer mesti happy dan kawen. Haish. Sebut pasal kawen dengan tunang memang isu sensitif sekarang. Pedih tengok orang kawen dan tunang sebab turn tak sampai lagi. Tak apa. Sabo jelar. Tuhan sayang orang penyabar ni. Ingat tu.

Owh ya. Mula-mula sampai dekat area nak beli tiket rasa teruja. Banyak perubahan dah jadi kat kawasan ni. Kaunter beli tiket dah cantik. Tangga naik pun dah cantik. Laluan ke hall pun dah cantik. Masuk dalam hall lagi impressed. Wallpaper dinding hall dah cantik. Kerusi dalam hall pun dah ditukar kepada yang baru dan cantik. Cuma yang tak ada adalah bau kedai untuk mengukuhkan lagi kenyataan saya bahawa kerusi tu baru. Bau badan orang ada lah. Tapi tak ada lah berbau sangat pun.

 Wallpaper dan kerusi cantik. Ingat nak amek inspirasi deco bilik tido.


Owh ya. Terlupa pulak. Menda alah hijau merangkap macam pet Rapunzel dipanggil chameleon. Bukan menda alah yer adik-adik. Sebut betol-betol. C-H-A-M-E-L-E-O-N. Ulang taip, bukan menda alah. Dah nak abes entry baru tahu. Nak tukar balik kat ayat-ayat kat atas malas. Bagitahu kat hujung entry lah. Kalau adik-adik nak nampak manja dan kiut dan kacak macam akak Rapuzel dan abang Flynn Rider panggil chameleon tu Pascal. Yang dah beso tinggi lampai mahupun beso rendang pun boleh panggil macam tu jugak. Yang dah tua bangka tapi sengaja buat macam comel macam sweet 17 padahal tak comel langsung pun boleh jugak panggil. Tak ada unsur pilih kasih.


Comel tapi garang. Amek buat masak campur dengan kailan goreng ikan masin kang. Baru tahu.


Jangan riso. Walopun shaye nampax macham garanx tapi kitew tak kedekux taww. Sayam kamooo shumew. 

Okay lah. Tak reti nak buat ayat comel dan ada unsur-unsur gedik macam tu sebab diri memang dah comel. Tak buat ayat macam tu pun dah nampak comel. HAHAHAHAHAHAHA. Kalau gedik? No komen. HAHA. Tak apa. Dah standby dengan baju dan topi kalis peluru. Takut ada peluru sesat singgah kat kepala dan badan. Kalau buat ayat macam tu lagi 21 patah perkataan, boleh muntah hijau.

So, sapa-sapa yang tak tengok lagi citer ni, pi cepat tengok. Tu pun kalau depa nak tunjuk lagi kat cinema lah. Kalau tak, tunggu lah DVD keluar. Saya paksa tengok. HAHA.

No comments: